Wednesday, December 23, 2009

Catatan setelah pulang dari Indonesia

Kias

Pagi 18 Disember di LCCT mengungkap sejarah bermakna dalam hidup saya.

Akhirnya, saya akan menaiki kapal terbang ke luar negara berbanding perjalanan dalam kereta ke Singapura atau Sg. Golok.

Saya akan berangkat untuk bercuti di Indonesia bersama keluarga. Jakarta dan Bandung.

Walaupun pagi itu diselitkan dengan drama ketidak mampuan saya untuk hidup normal, saya tetap duduk di wheelchair dengan senyuman yang menawan hati sendiri.

Sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, kami disambut Pak Ali (old school seyh nama. respect), tour guide. walaupun tanpa kehadiran Abah yang terpaksa datang 2 hari lewat atas urusan kerja, semua nampaknya berjalan lancar dengan mood Mama dan adik beradik lain nampak ceria.

Rombongan termasuk Umi dan Baba (pakcik dan makcik saya) serta sekumpulan lagi peserta dari Kedah.

Lawatan ke Indonesia menyaksikan kami menghabiskan 70 peratus masa membeli belah di Jakarta dan Bandung kerana harga barang yang menarik uang dari dompet.

Walaupun saya bukanlah penggemar beli belah, saya turut menghabiskan uang yang diperuntukkan oleh Mama kepada saya untuk membeli beberapa item atas dasar ingin menghabiskan masa terluang.

Selain tempat2 membeli belah seperti Mangga Dua dan Pasaraya Tanah Abang di Jakarta dan Chihampelas, Toko Tiga, Pasar Baru, beberapa Factory Outlets di Bandung, kami turut melawat beberapa tempat menarik yang lain.

Gunung Tangkuban Perahu (Bandung), Masjid At-Taawun (Puncak Bogor, Jawa Barat) Taman Safari Indonesia (Bogor), Taman Mini Indonesia (Jakarta), Lubang Buaya dan Monumen Pancasila (Jakarta), Monumen Nasional (Jakarta) dan Masjid Al-Istiqlal (Jakarta)

Sayangnya, setelah beberapa hari di Indonesia, nikmat makanan dikurangkan oleh Allah. saya dan adik, Syamil, kena kembung perut.

Bermaksud, perut kerap sakit dan tidak banyak makanan yang boleh entry.

Mama cakap ini adalah balasan kepada sikap makan banyak kami berdua sepanjang berada di Indonesia.

Bukan salah kami, chef restoran masak sedap. Masakan Padang kebanyakannya.

sepanjang di sana, kami menginap di dua buah hotel, Hotel Batavia (Jakarta) dan Hotel Cemerlang (Bandung). Alhamdulillah, kedua2nya memberikan servis yang terbaik.

Terutama apabila kami menyebabkan pintu bilik kerap kali terkunci dari dalam lantas memerlukan bantuan pihak hotel.

Konklusi, Indonesia memang besar. Jakarta tampak begitu luas. dan sesak.

Mengubah pandangan saya melihat Indonesia secara hampir keseluruhan.

Barangannya begitu murah.

Ceweknya, secara peribadi, tampak lebih cantik.

Makanannya memang tampak pelik dari sudut saya sebagai rakyat Malaysia dan seorang Muslim. (Sup buntut itu sup ekor)

Indonesia tampak lebih terbuka dalam beberapa hal berkaitan agama.

Sejarahnya dalam membentuk bangsa dan agama tersendiri.

Saya kagum melihat kaum Cina di Indonesia menggunakan bahasa Indonesia sebagai pengantar biar diantara mereka.

Friday, December 18, 2009

susah betul cakap..

Kalau Kau Taknak Kena Sebat/Rejam Jangan Zina!

Kau Nak Sokong AIDS ke?

Kau Nak Sokong STD lain?

Kau Nak Tengok Anak2 Luar Nikah Yang Kena Buang?

Kalau Kau Taknak Kena Sebat, Jangan Minum Arak!

Kau Nak Kemalangan Kereta?

Kau Nak Tiba2 Dah hilang Teruna/Dara?

Kau Nak Orang Rompak Kau mudah2 Je?

Kau Nak Liver And Kidney Kau Rosak?

Paling penting..

Kau Nak Langgar Apa yang Allah dah Tetapkan?

Kau Nak Mengundang Balasannya kelak?

Kau Tahu benda itu membinasakan..

Allah apatah lagi, Lebih Tahu dari Manusia yang paling tahu..

Maka kenapa engkau..

Lulusan Universiti terkemuka..

Pemikir sehebat Sarjana dahulukala..

Mengapa kau turut juga..

Manusia..

Ibuku dan Multi Tasking

Wanita dikatakan lebih versatile dalam melakukan kerja.

Merujuk kepada kebolehan mereka untuk multi task, melakukan pelbagai kerja dalam satu masa, mmg tidak hairan mereka boleh lebih versatile, atau lebih serba boleh.

Berbanding dengan lelaki, lebih ramai wanita dalam pemerhatian saya boleh menonton televisyen sambil berbual melalui telefon bimbit.

berbanding lelaki yang jika diganggu panggilan sudah pasti tidak boleh lagi menumpukan perhatian terhadap apa yang ditontonnya.

Pemerhatian seorang pakar seperti saya.

Pagi ini, jam 9, kami sekeluarga akan bertolak ke Indonesia. bercuti.

Ayah saya terpaksa bertolak lebih lewat sehari kerana terpaksa menguruskan sesuatu.

Maka tinggallah Ibu saya seorang untuk menguruskan 5 orang anaknya yang turut serta dalam percutian ini. 5 termasuk saya.

Disebabkan kakak dan abang saya terpaksa bekerja, maka mereka tidak akan mngikuti percutian kali ini, menjadikan saya sebagai abang besar dikalangn adik2 yang empat.

Malam sebelum bertolak, beberapa jam lalu, Mama menyuruh adik2 berkemas, kerana mereka leka menonton tv dan melayari Internet.

'Menyuruh' disini bermaksud memarahi dengan pitch suara yang tinggi. maka beratur lah adik2 dengan muka tidak puas hati berkemas.

Perhatian dan pujian perlu kepada Mama kerana dia 'menyuruh' sambil dia sedang melipat bajunya sendiri dan sedang berborak dalam telefon sambil menyuruh saya untuk fotostat kertas penyata penerbangan untuk Abah.

Bukti wanita cemerlang dengan multi tasking.

Sebagai abang besar, dengan ketiadaan abang, angah, dan abah, maka saya terasa terpanggil ingin membantu.

selesai mereka mengemas barang, mereka menyambung aktiviti asal, menonton Tv dan melayari internet.

"Syamil, pergi tido. kan besok nak bangun awal. Alya, dah. tutup tv. Kakcik, baju untuk pakai besok dah prepare?" arah saya sambil berlagak abang besar yang hebat.

Semua beransur masuk ke kamar tidur masing2.

Walhal saya yang nak layan facebook dan tulis post baru ni..

Thursday, December 17, 2009

KakakKu Tunangan Orang

Sejak Sabtu lepas, Kakak saya is off the market.


Ya, dia sudah pun menjadi tunangan orang dalam sebuah majlis kecil di kediaman keluarga.

Tercapai jugak hasrat untuk melihat orang berpantun di majlis meminang dan bertunang.

Walaupun tidak berbalas.

tapi sekurang2kurangnya ada pantun.





Bagi siapa yang tidak mengenali, inilah kakak saya. Zatil Hanan bt Shahlan. anak kedua dari tujuh adik beradik.

Lebih mesra dengan KakNgah dikalangan ahli keluarga.

Atau Zatil di kalangan sahabat2nya.

Atau ? oleh tunangannya. sesuatu yang mungkin mereka sahaja yang tahu. (and Allah)

Pada siapa yang berminat, anda dah terlambat. sabar dan teruskan mencari kerana dia sudah

menjadi tunangan orang. Dan dalam Islam, tidak boleh meminang tunangan orang.

Kepada saudari kakngah, semoga cepat mendirikan rumah tangga.

Saya mahukan anak buah. secepat mungkin. cepat2la menikah.

Sunday, December 6, 2009

susah

saya menulis setiap kali apabila rasa ingin menulis, atau perlu menulis..

Beberapa minit yang lalu, saya perasan bahawa penulisan kata-kata oleh saya sendiri, adalah tabir, atau cover up, kepada perasaan saya ketika sesuatu ditulis.

Tulisan boleh ditafsir dari pelbagai sudut.

Mungkin ada orang yang akan perasan apa makna tulisan itu.

Atau ada orang yang tidak perasan dan menafsirkannya dari sudut lain.

Walau apa tafsiran terhadap tulisan, ia kekal sebagai andaian semata-mata.

Jadi saya bebas menulis tanpa perlu risau tentang orang lain menghakimi saya.

Terutamanya tulisan yang berbentuk puisi.

Berjuta rasa dan pendapat dicurahkan dalam tulisan itu.

Semenjak Abah menyuruh saya menyelitkan nilai murni dalam blog berbanding berborak kosong semata, saya mencuba yang terbaik.

Setiap tulisan saya harapkan agar pembaca menafsirnya agar ada manfaat yang dapat diambil.

Sama ada sinis, sarkastik, terang-terangan, kias, ambil pengajaran.

Jadi apa tafsiran anda berkenaan tulisan post kali ini?

Saya menulisnya pada jam 4.10 pagi di rumah.

Apa tafsirannya?

Friday, December 4, 2009

Selepas dua bulan

Bila badan sudah bertambah berat, segala benda menjadi susah.

Nak bangun tidur susah,

Nak mandi pagi susah,

Nak belajar susah,

Nak dengar cakap susah,

Nak senaman susah,

Nak turun makan pun susah.

Jadi kenapa tak turun berat?

Kerana jarak makanan dengan tangan adalah dalam lingkungan capaian.

Amat berbahaya.

Rumah saya, ibarat syurga penggemar makan.

Dengan kemahiran memasak yang dianugerahkan Tuhan kepada mak saya dan kak sah,

Segala bahan mentah di dalam atau luar peti ais ditukar mereka menjadi sesuatu yang menaikkan selera dan nafsu makan.

Kalau kita makan, "Ish, alang ni makan banyak sangat dah ni alang. risau mama. alang dah kena amalkan pemakanan sehat ni"

Kalau kita tak makan, "Ish, alang, meh la makan, tolong habiskan lauk ni."

Apakah salahku?

Adik Anis bertanya buat kali ke-5 dalam masa seminggu,

"Alang, bila nak pergi swimming ni? kata nak bawak Anis"

Untuk kali ke-5 saya menjawab

"Nanti pagi besok/petang ni alang bawak"

atau

"Anis pergi tanya mama dulu. kalau mama bagi pergi, alang bawak." mengetahui mak saya tidak akan membenarkan dia keluar berenang dengan saya sahaja. Takut tak reti jaga adik.

Tiba2..

"Alang, Anis dah telefon. mama kata tunggu dia balik, nanti dia hantar kita"

Berat badan..

Monday, October 12, 2009

Nak hidup senang pun tak boleh.

Bila di kirimu Neraka,
Bila di kananmu kosong tiada makna,
Bisakah kau membisu seribu bahasa?

Bila langkahmu dipalit dosa,
Bila saudaramu kekal hitam hatinya,
Bisakah kau tidak berbuat apa?

Di zaman kebangkitan Dajjal ini,
Siapa yang kakinya benar sudahpun di neraka?
Yang kanan menafikannya,
Yang kiri menuduh lawannya.
Maka teluskah akalmu untuk menilai durjana?

A, B, C
Itu yang kau tahu,
Alif, Ba, Ta 
Itu ilmumu,
Cukupkah untuk berfatwa,
Akan siapa ahli Syurga dan Neraka?

Maka membisukah caranya?
Maka sepikah jawapannya?
Melangkah mencari jawapan,
Berjalan berpimpin tangan,
Melihat seluas pandangan,
Membaca sehabis fikiran,
Berdoa senafas kehidupan..

Jawapan itu ada,
Jangan menghukum membabi buta,
Jawapan itu ada,
Cuma wajib untuk manusia mencarinya..

Untuk semua yang nak berfikir..

Kan bagus kalau Pemimpin ni sudi nak korbankan harta benda untuk tolong mereka yang dipimpin.

Sebab saya pun susah jugak nak korbankan harta sendiri. Dah jadi materialistiklah katakan.

Ah, baik sambung buat personal statement

Wednesday, October 7, 2009

duit, Duit, DUit, DUIt, DUIT

bak kata Jalil Hamid, ada macam2 jenis raya,

orang banyak harta, namanya kaya raya.

macam mana boleh kaya raya? sebab banyak duit.

sejak kecik, kanak2 di malaysia(saya tak tahu pasal kanak2 tempat lain) sudah dikorupsikan dengan duit.

daripada Duit raya, kepada baju raya, kepada kasut raya, kepada songkok raya, kepada mercun raya, kepada trading card raya dan lain-lain.

semuanya berkisar tentang harta, dalam erti kata lain, duit.

Sepupu saya berumur 8 tahun, pada Aidilfitri yang lepas, mengerutkan muka apabila dia mendapat duit raya yang sedikit dari seorang insan kenalan keluarga.

Ketika di kampung, ada liga Pro Evolution Soccer untuk pelantar Playstation 2 dikalangan sepupu sepapat saya.

Maka,ketika satu perlawanan dengan seorang sepupu berumur 15 tahun, saya dengan penuh riak dan rasa bangga berkata:

"azik, mung kalu dapat kalahkan alangi, alang bui mung limo(5) yar (riyal, rinngit) huahahaha."

saya kalah 4-0.

melayanglah 5 ringgit..

adiknya yang berumur 8 tahun yang disebut diatas mencelah,

"alang, kalu Munif main dengan alang, kalu menang dapat 5 yar dok(tak)?

Tuesday, October 6, 2009

Monday, October 5, 2009

sudah lama tidak menulis sampai tua

sudah lama tak menulis. mungkin jari ini sudah terbeban dek banyak lemak yang masuk ke dalam badan ketika Ramadhan dan Syawal.

bercakap tentang lemak, konsistensinya dalam badan saya semakin meningkat.

banyak yang terjadi sepanjang sebulan yang lalu. 

saya sudah semakin rajin dan rajin untuk belajar menjelang periksa yang bakal hadir.

perbualan mengenai konsep 1Malaysia dikalangan kawan2 yang berbeza pendapat.

Muslim Youth Camp yang saya hadiri dan info mengenai taktik bercinta mengikut Islam.. menarik..

perjumpaan dengan abang2 dan kakak2 senior yang sudah atau sedang belajar di luar negara.

proses membeli belah yang berakhir dengan kegembiraan.

duit raya yang semakin berkurang disebabkan binaan tubuh dan kekacakan hampir kepada seorang bapa 34 tahun.

ketika saya menaiki teksi pada suatu hari, pakcik pemandu bertanya,

'anak berapa bang?' 

Saturday, September 5, 2009

Komen dan Syorkan blog

Saya sudah diinvite untuk menjadi penulis dalam blog Sekolah saya dulu.

Maka 5 minit lepas, saya dah hadiahkan satu post untuk blog itu.

Ikut nasib.

Kalau dah ada orang nak ambik kisah, bagusla blog tu.

Harapnya ramai yang kisah.

bukan apa, kalau dulu, punya kawan baik, lepak satu dorm, sekarang janganlah dilupakan.

Blog tu masih dalam pembangunan.

Macam Pembangunan Wilayah Iskandar dan macam2 lagi block2 ekonomi kat negara kita ni.

Saya tergelak gembira macam ayam bila membaca blog "hilang Punca"

Saya dikritik sahabat saya Mochi kerana baru tahu kewujudan blog tu.

Takpe Mochi, blog aku baru nak naek. kau tengokla.

Tapi, saya suka baca tulisan brader Pipi.

Sebab saya gelak bila baca.

yang baru lepas putus cinta, fail exam, kena khianat kawan, kena pecat kerja, dah tiada duet, kereta rosak, dibenci keluarga, batal puasa secara tidak sengaja, tak sahur pagi, hilang keyakinan diri, tidur lewat, banyak kerja, jealous dengan mereka yang baru balik bazar ramadhan, dan lain-lain

Mereka-mereka di atas ini saya syorkan untuk bukak blog "hilang punca" agar reda sedikit tekanan yang mereka hadapi.

Lek suda..

Thursday, September 3, 2009

Melayu Islam atau Melayu?

"Melayu itu Islam. Islam itu bukan Melayu."

Itulah yang saya percaya.

Saya, seperti yang telah saya nyatakan, sukakan sejarah.

Saya masih dalam proses mencari sebab mengapa di dalam perlembagaan ditulis 'Melayu itu Islam'

Kerana Melayu di Malaysia kini, ramai yang sudah jauh dari kenyataan Islam.

Ramai yang berlagak persis dia tidak tertakhluk dalam lingkungan Hukum Allah. Mungkin saya juga termasuk didalamnya.. Harapnya tidak.

Maka mengapa tidak ditangkap mereka yang seolah-olah berlagak seperti bukan Islam ini. bukankah melanggar perlembagaan? Jika Melayu itu Islam, maka lagaknya mestilah seperti Islam. Bukankah begitu?

Ada yang sedar akan ikatannya pada Islam, tapi segelintir menoreh pula indah Islam itu.

Rasuah, korupsi, Judi, Arak.

Menghina, Memfitnah, Membohong, Mengubah, Mencipta

Membutakan, Mengaibkan, Mementingkan, Menidakkan, Membenarkan

Itu Melayu kita. Melayu Islam. Dari golongan rakyat seperti saya, hingga para pemimpinnya yang masih tidak ada kerjasama.

Mungkin kerana selagi ada Iman biar pun sedetik, selagi dia masih percaya pada syahadahnya, Ia masih Muslim. Maka siapa kita menentukan orang itu Muslim atau tidak? kita tahukah nilai Imannya?

Jawapan itu pasti ada, cuma wajib dicari.

Maka, buat sementara waktu, saya mengutarakan konklusi saya sendiri.

Mungkin, pemimpin ketika itu berpendapat:

"Melayu diletakkan sebagai Islam kerana Melayu akan jadi lebih teruk jika tiada pimpinan Islam itu."

atau mungkin:

"Jika tidak dilabel sebagai Islam, siapa orang Islam? dan bagaimana negara ini nak menjadi negara Islam?"

atau mungkin:

"Ramai orang Melayu ketika Perlembagaan ini ditulis, Melayu ramai yang beragama Islam sehingga kedua-duanya bukan lagi entiti yang asing."

Ini hanya konklusi sendiri berdasarkan logik akal sendiri dan bukan berdasarkan fakta. Saya perlu mencari jawapannya. Sila bantu jika ada.

Tapi yang pasti,

Melayu itu Islam. Islam itu bukan Melayu.

Tuesday, September 1, 2009

Sejarah: Kisah dari Kubur

Mengapa saya suka belajar History di kolej berbanding Sejarah di sekolah?

Mungkin kerana analisanya lebih dalam dan lebih teliti. berbanding Sejarah di sekolah yang tidak menganalisa langsung dan lebih banyak menghafal untuk peperiksaan.

Mungkin juga kerana belajar History of Europe sebagai orang Malaysia membuatkan kita memandang sejarah mereka dari sudut yang lebih neutral.

Berbanding belajar Sejarah Malaysia yang menunjukkan kita di pihak yang baik dan kita sudahpun dipengaruhi oleh cerita-cerita orang tua dari kecil.

Kurang analisa, mungkin penyebab sahabat2 sebaya saya tidak faham dan membuat tafsiran sendiri tentang kepentingan Sejarah di negara kita.

Berapa ramai yang mengambil serius kata-kata hikmat 'mereka yang tidak tahu sejarah, akan mengulanginya'?

Mempelajari secara teliti (in comparison to what have i learn before for SPM) tentang naik turun bangsa Barat, saya sedar sekarang kepentingan sejarah.

Nampaknya Malaysia ada menunjukkan tanda-tanda masalah yang membelengu mereka yang sudah jatuh sebelum ini.

Berapa ramai yang sedar akan kenyataan ini?

Bukan kepimpinan dan ahli politik semata-mata, malah berkisar tentang rakyatnya juga. kita secara keseluruhan mewakili tanda-tanda bangsa yang bakal jatuh semula.

Mungkin kejatuhan kedua yang terbesar semenjak penakhlukan Portugis.

Tapi berapa ramai yang sedar?

Kalau belajar Sejarah semata-mata untuk 1A SPM.

Berapa ramai tahu apa yang terjadi sebenarnya kepada Chin Peng setelah kegagalan PKM untuk menyebarkan ideologi mereka tidak lama dahulu?

Berapa ramai yang tahu yang dia sudah diberikan peluang pengampunan selepas mereka tumpas sebelum ini ?

Sejarah untuk 1A SPM.

Memanglah tidak masuk silibus.

Tapi ia sejarah yang mengajar kita untuk jangan mengulang kesalahan yang sama.

Sebab itu saya minat subjek Sejarah. Mungkin kerana Pn Zainiyah yang mengajarnya dahulu. Tapi kerana saya minat.

Kerana saya berharap saya tidak menumpang nasib malang mereka yang sudah jatuh dan berkubur.

Saya Belum Merdeka

sahur pada hari ini suram.

Nasi, ayam paprik, sup sayur dan milo suam tidak menceriakan suasana.

Semalam mendapat berita, bapa salah seorang sahabat baik saya, Ismah, kritikal di ICU. Semoga pulih dan meneruskan perjuangan di muka bumi Allah ini uncle Zainuddin. Doakanlah.

Merdeka yang ke-52 pula dirasakan kosong.

Hari ini juga exam AS trial bermula.

nampaknya saya belum merdeka lagi.

Mungkin merdeka seorang pelajar adalah apabila ia merdeka daripada sebarang tekanan peperiksaan?

Mengapa agaknya ya?

Bila hidup dirasakan suram, penyelesaiannya adalah kembali kepada cara ketika kita bahagia dahulu.

Tak kan nak kembali kepada zaman Tadika dulu?

Atau mungkin, kembali kepada 2 tahun yang lalu..

Tapi, yang suram akan tetap terjadi.

Sanggupkah kita melaluinya lagi?

Mungkin penyelesaiannya salah.

Masa silam hanya mengikat jiwa kita.

Kita maju ke hadapan, jangan berundur lagi, jangan pandang belakang.

Ada kegembiraan lain yang menanti.

Sahut mana tangan yang dihulurkan.

Hulurkan tanganmu jua.

Setiap langkah diambil kira.

Kepercayaan dan doa penunjuk jalanNya.

Manusia akan benar-benar bahagia, apabila rohnya kelak diterima ke Syurga.

Saya mahu bahagia.

Mungkin tika itu, saya akan merdeka.

Ngomelan peribadi. Biasalah.

Sunday, August 30, 2009

Aku diTag lagi

Ditag sekali lagi oleh sahabat Dai. link blognya: 'Aku Mahu Chendol'. ada ditepi blog ini. Disuruhnya untuk copy gambar dibawah ini, lakukan apa yang disuruh gambar ini, dan tag 10 orang lagi untuk melakukan perkara yang sama. Maka sahabat2lain, sebarkanlah gambar ni ya. tiada hak cipta terpelihara. Saya macam malas nak tag orang lain. tapi tidak mengapalah. maka ini senarai manusia yang saya tag.

Syida Ganu, Syuk Suliman, Syuk Sapuan, Haq, Skin, Aimi, Abg Iman, Kak ngah, Husna .5, dan yang ke-10: siapa2 yang rasa nak sebar mesej baik ini.

Dai, tag yang 2nd tu malas nak buat. panjang. hehehe. mintak maaf sahabat. nanti aku belanja.

Friday, August 28, 2009

Maka Calar Lagi Wajah Itu..

terkejut mendengar berita berkenaan protes sekumpulan Islam di Selangor selepas solat Jumaat hari ini berkenaan kuil yang nak dibina di Seksyen 23, Shah Alam.

Para tukang karut yang memprotes membawa banner-banner yang tertulis "Pindahkan Kuil ke Seksyen 22" , "Take Beer! (takbir)" , "Islam Untuk Semua, Kuil untuk Rodziah dan Khalid" dan lain2 slogan berbaur biadab.

Maka adalah beberapa orang solo pasukan protes yang memegang mikrofon melaungkan kata-kata amarah. Di bulan Ramadhan.

protes di Shah Alam tengahari tadi mencapai tahap yang lebih ekstreme apabila kepala lembu dikerat dan diarak tanda protes pada pembinaan pada binaan kuil Hindu.

Lembu adalah adalah suci dalam agama Hindu..

maka kepalanya dikerat dan diarak dalam protes Jumaat tadi..

Astaghfirullah..

Ya Tuhan..

sudahlah di bulan Ramadhan, bulan yang melatih kesabaran, bulan yang melatih kita berfikir dengan baik..

maka calar imej Islam..

Sahabat-sahabat ku yang bukan Muslim, maka saya memohon maaf sebagai seorang Muslim.. terutamanya sahabat-sahabat beragama Hindu..

please, do not judge us only by a trickle..

saya sedih, marah dan segan.

Saya tahu sedikit sebanyak tentang konflik penempatan kuil di Seksyen 23.

Tetapi protes yang dianjurkan yang menghina mencaci agama lain bukan satu langkah yang bijak, betul dan waras untuk dilakukan bagi menyelesaikan masalah di negara kita yang berbilang kaum dan agama. Saya tidak bersetuju lansung.

Saya tidak mahu menuduh mana-mana pihak..

Ada yang berpendapat ini adalah satu lagi satira politik.. mungkin ya, mungkin tidak

dari pihak mana? kita tidaklah tahu.. janganlah menuduh sebarangan tanpa sebarang bukti..

jika tersalah, maka ia fitnah semata-mata.

Polis tiada di tempat kejadian, tidak mengambil apa-apa tindakan segera..

FRU? juga tidak ada..

protes dan perhimpunan ini tidak mempunyai kebenaran berhimpun.

maka kita tunggu dan lihat apa yang akan terjadi.

Untuk sahabat-sahabat Muslim yang lain, apa jua perasaan kita, janganlah terlalu mengikut emosi..

bersabarlah, dan fikir secara rasional..

untuk sahabat-sahabat bukan Muslim, saya sekali lagi menyatakan perasaan sesal saya..

kita lihat nanti apa yang terjadi..

Wajah Itu

Maka turunlah dari langit itu yang tiada kepulan..
Pada lelaki yang duduknya berfikir..
Di dalam gelap gua, muncul cahaya..
Bangun ia berjalan ke seluruh dunia..
Manusia tidaklah lagi buta..

Maka terlihat Wajah suci itu..
Umat dunia memandang ragu..
Namun..
Yang diikat, hilang talinya,
Yang ditoreh seksa, hilang azabnya,
Yang dihina, padanya mulia,
Yang ditindas tiada berharta, hak itu ditangannya..
Mata tidak picing..
Redup menerima wajah itu..

Berabad lamanya matahari itu bersinar..
Timur Barat Utara Selatan..
Dunia ini mana hujungnya?
Mata picing semula..
Hanya tangan yang meraba-raba..
Dalam cahaya yang kian pudar ditelan gelita..
Wajah itu dicalar-calar..
Dek tangan-tangan yang buta..
Dek tangan-tangan yang hanya merasa..

Thursday, August 27, 2009

perbualan dengan Mr.X

salam. setelah bereksperimen, saya tidak biasa menggunakan 'aku' untuk medium penulisan.

saya gunakan semula 'saya' dan bahasa Melayu yang lebih elok.

maka alkisah..

terdapat seorang wanita..

elok namanya, Kartika..

namun, didapati minum arak biar dirinya Islam..

Maka saya bersetuju akan hukuman sebat 6 kali yang dikenakan hakim Mahkamah Syariah. Kartika juga khabarnya bersetuju akan hukuman tersebut dilaksanakan.

Mazhab Syafie mengenakan 40 kali sebatan sabit kesalahan meminum arak.

untuk ulasan dan info lanjut berkenaan arak dalam Islam dan Kartika di Malaysia ini, sila klik di sini . IsyaAllah membantu.

Namun, tika hampir dilaksanakan, maka ditangguhkan pula hukumannya pada suatu ketika kelak.

Sungguh menarik sekali, penangguhan ini kebetulan terjadi selepas isu sebat ini disiarkan dalam media 'liberal' USA dan UK iaitu CNN dan BBC.

Tambah menarik, apabila seorang tenaga pengajar dari UK yang mengajar saya di KYUEM, Mr.X, telah meramalkan sebelum penangguhan, bahawa akan terjadi sesuatu kepada hukuman sebat ini selepas ia ditayangkan di BBC dan CNN.

Mengapa tilikannya sebegitu rupa?

kerana katanya, 'this shows that Malaysia is not a such liberal Islamic country as the world usually think.'

sambung beliau 'well, i think that after the issue has show up in CNN and BBC, leaders of your country will probably do something to actually repair the image back to its normal.'

seorang sahabat saya menambah ' well sir, in Islam, we are not allowed to involve ourself with alcohol, even selling or distributing it'


Mr.X menjawab 'well, it does shows a degree of hypocrisy then. well, if you go to Bukit Bintang nowadays, it seems to me that some Muslims are actually drinking and no action has been taken. why?'

'and i thought that even in your country, they are producing the beer here arent they? and what about the people serving the beer? some of them are Muslims. in hotels and clubs even around Kuala Lumpur. why are not they been taken into custody?

'it seems to me that you have to actually fire most of the hotel staffs then. why arent u? U just have to turn a blind eye to all these things'

begitulah perbualan dengan Mr.X.

Arak ini, kita buat di negara kita, kita edarkan di negara kita, kita jual di negara kita. Negara Islam.

sedang jelas Islam melarang sebarang penglibatan dalam proses membuat, mengedar, menjual, apatah lagi meminum.

bukti Islam Malaysia hanya pada nama.

segannya saya pada Mr.X. apa yang boleh saya katakan?

adakah patut saya katakan, 'Mr X, Islam in this country is deteriorating, and there is nothing we can do about it, we are powerless.'... ?

sedangkan kita tahu, ada sesuatu yang boleh kita lakukan.

tapi, apakan daya, sedang Islam di negara kita berpecah belah..

Pemimpinnya, entah betul, entah salah..

Maka jika salah, kita bantu betulkan..

Mahkamah Syariah yang sepatutnya berkuasa terhadap hukum Islam dan umatnya sentiasa dipengaruhi undang-undang Civil dan pemimpin yang 'Civil'

Islam pada nama..

saya pun tidaklah banyak Ilmu dan amalan.. cuma mengomel kerana sedih..

saya harap, saya tidaklah Islam pada nama..

rungutan manusia macam saya

bila puasa ni, kesabaran aku pun teruji jugak.

semalam ada pulak meeting yang aku kena cakap kat depan 60-70 student house Garnet.

dengan dah ramai-ramai macam tu, sah2 la masing ada perangai sendiri. lagi-lagi bila dah bulan puasa ni.

ramai pulak yang merungut suruh habiskan cepat meeting.

nak pegi riadah la, nak balik tido la, nak balik study la, nak balik prepare untuk bukak la, banyak lagi la..

kau ingat kau sorang je yang puasa?

aku ni pun nak pergi gak kuruskan badan petang2.

kalau dah pagi sumbat masa sahur, petang tak pegi main, maghrib dah sumbat lagi, macam mana nak kurusnya?

xpe2. sabar2. itulah sebab Islam suruh puasa. sebab nak suruh kita sabar. kalau tak, baik continue menggemukkan diri di hari2 biasa je.

manusia ni bila perut kosong, tahap kesabaran tu memang rendah sikit kot.

Allah tahu. sebab tu Dia suruh kita puasa sebulan. nak bagi kita berlatih sabar.

kalau dah meeting dalam sejam pon dah merungut macam budak tadika kena suruh hafal abc, macamana ni?

adoi.

sabar2.

nasib baik la bukak puasa semalam sedap. tebal sikit kesabaran tu. semua gembira.

Monday, August 24, 2009

alih cara

Yosh!

selamat berpuasa kepada umat Islam sekalian alam.

banyak fadhilat even ibadat sunat pon.

paling best kalau nak diet.

walaupun rasanya macam tak berkesan, petang tidur je, tapi still dalam usaha.

tadi lepas tarawikh makan bubur lambok dengan pie.

selama ni aku guna 'saya' and try untuk sehabis baik guna bahasa Melayu yang betul.

sekarang aku nak try tukar pulak. guna cara orang cakap biasa.

mungkin nanti nak tukar jadi bahasa Inggeris pulak ke, iban ke, urdu ke, campuran ke, tengokla.

INI BUKAN CUBAAN NAK MENCEMAR BAHASA.AKU MASIH MAMPU BERPUISI.

oleh itu, aku nak sampaikan satu lagi puisi.

hohoho.

puisi ini ditulis waktu dalam kelas economics mr. Conquest pada tahun lepas.

waktu tu, aku bodoh lagi dan tak faham sangat biler orang putih ni bercakap.

sorry sir, but sometimes, i just cant get what the house are u saying.

sekarang ni dah hebat la.

ok. dengarkan yer sahabat sekalian.

HARI MANUSIA LEBIH BESAR

Hari ini
Mana peraturan yang memerintah?
nafsu hati manusia
Biar seluas laut
Masih belum punya penghujung
Hingga akal fikiran
kurniaan Tuhan
tidak kesampaian..

Tangan yang didepa
Diharap mampu memeluk dunia
sayang..
Jari tidak kesampaian

Tapi siapa yang kisah?
Tipu daya manusia
lahir dari akal yang mulia..
Lidah bercabang
wangi berbau..
tulisan pena dakwat hitam
Manusia sebenar-benarnya tidak tahu..

Mata yang melihat
akan terus terpana melihat..
Tapi mata bukan milik manusia..
Kita rasa
Kitalah sehebat kuasa..

hebat seyh aku..

Sunday, August 16, 2009

isu tayang menayang video

Puan H menegur beberapa video yang dilahirkan oleh ilham setiap wakil Rumah di kolej.

video-video dihasilkan sempena pertandingan video Minggu Citra Budaya, anjuran Kelab Kebudayaan Melayu.

tema 'menjunjung adat, memayungi budaya'.

Puan H dalam dilema.

katanya, 'saya ni dalam dilema. ada video-video ni tak menepati kriteria untuk ditayang waktu penutup nanti.'

sambungnya lagi, 'kalau tak tayang, nanti apa kata pembuat video, penat lelah diorang. tapi kalau tayang, bawak maksud lain pulak kat penonton.'

la.. kriteria apa pulaknya puan..

'kriteria saya la.. saya taknak la jadi macam majlis yang dulu tu. lepas tayang video, kena tegur dengan orang atas sebab tak sesuai.'

habis tu, nak tunjuk yang menang sahajakah puan?

'kalau tunjuk yang menang saja, nanti director lain tak puas hati. diorang pon nak video diorang kene tayang.'

semua video tak capai kriteria ke puan?

'tak adalah.. maksud saya, certain-certain house je yang tak capai kriteria saya tu. tapi takkan nak cancel yang diorang punya je'

apa kriterianya yang puan nak?

'tak adalah.. kenapa mesti setiap kali nak buat cerita, mesti cerita dari buruk jadi baik? kenapa
mesti cerita pasal benda-benda Melayu yang tak baik ? itu pun bukan semua orang Melayu
punya perangai. so tak adil la. kenapa tak boleh cerita pasal baik jadi lebih baik. bila anda
buat cerita tentang buruk Melayu, apa sebenarnya mesej yang nak anda sampaikan? yang kita
ni sentiasa macam tu?'

hm.. bukan apa puan. kadang-kadang mereka ni nak buat lawak sahaja puan.

'tahulah nak buat lawak. video kalau serius memanjang mana nak sedap tengok. tapi interpretation orang lain-lain. kalau orang luar tengok video tu, orang bukan melayu tengok
cerita tu, apa yang diorang dapat tentang kita Melayu ni? Kalau nak tunjuk yang baik-baik pun
seolah-olah sarkastik semata-mata. kalau sekali sekala video macam ni
saya pun tak kisah. tapi dah memanjang sejak tahun-tahun dulu, asyik-asyik tunjuk yang kita ni
teruk memanjang. jarang ada nak tunjuk baiknya.'

jadi, akhirnya Puan H dan ahli jawatankuasa bersetuju menayangkan semua video.

bagi saya ada sebab Puan H risau.

kita perasan, realiti menunjukkan umat Melayu tidak menjadi semakin baik.

mungkin kita mencapai kejayaan di sana sini, tapi moral kita semakin mundur, mampir ke arah kemunduran akal dan hati.

sedang carutan pemimpin menjadi perkara biasa.

mungkin kita tidak sedar, kemunduran moral begitu tebal menyelimuti perasaan kita sehingga kita hanya tahu berfikir bagaimana ingin menjadi lebih baik.

sebab itu video yang ditayangkan hanya mengenai buruk menjadi baik.

kita terlupa, dengan menunjukkan baik menjadi lebih baik, kita turut dapat mencari jawapan kepada masalah kemunduran nilai yang kita alami.

cuba fokus kepada kekuatan selain cuba membaiki kekuatan..

tapi di zaman ini, apakah kekuatan yang kita ada?

Islam.. tapi ramai juga yang dah lupa. Melayu itu Islam. tapi Islam bukan Melayu.

hm.. saya buntu.. ada cadangan lagi?

ini pendapat saya.

saya turut risau selepas itu akan penerimaan orang lain tentang video yang nak ditayangkan.

saya salah seorang pembikin video-video tersebut.

Thursday, August 13, 2009

abang dan kakak peliharaan

Kolej Yayasan UEM mengaplikasikan sistem rumah.

Topaz, Garnet, Diamond, Sapphire.

Kami tidak menyebut warna di hadapan.

oh ya, bagi yang tidak tahu, Garnet itu rumah warna merah.

Tidak mengapa, itu bukan soalnya.

setiap rumah pula ada sistem yang digunakan, agar setiap pelajar merasa mereka disayangi dan merasakan mereka penting buat pelajar yang lain.

sistem 'Petfamily' atau keluarga angkat.

Setiap senior akan diberi nama 2 atau 3 pelajar junior yang akan menjadi petsibling mereka yang baru.

sebagai senior di tahun kedua dan terakhir di kolej, kami dikehendaki mengadakan majlis selamat datang buat junior-junior yang baru masuk kolej mengikut rumah masing-masing.

maka, sebelum majlis diadakan, senior akan menghantar surat buat adik-adik junior yang lain namun, dengan menggunakan nama samaran.

maka harus bagi junior untuk meneka siapakah senior yang menjadi petbro dan petsis mereka melalui cara berbalas-balas surat dengan mereka.

surat yang dihantar akan ditampal pada board di dinding yang ditetapkan.

saya turut mendapat 2 orang junior dalam petfamily saya.

pada mulanya, saya agak malas untuk mengutus surat.

ialah, susah-susah nak kena merahsiakan identiti sampai majlis selamat.

membazir kertas, tenaga dan dakwat pen.

namun pada suatu tengahari, ketika makan tengahari, saya terlihat wajah seorang daripada mereka yang melihat ke arah board di dinding..

kelihatan seperti mencari sesuatu..

wajah yang kelihatannya begitu teruja mencari surat..

namun sayang..

surat tidak ada..

senyuman di bibir hilang, dia beransur ke dalam dewan makan bagi santapan tengahari..

oh, betapa kejamnya daku!!!



sambil menyuap daging ke dalam mulut, saya bertekad untuk menghantar surat pada petang itu juga!



usai makan, saya pulang ke chalet, mencapai sehelai kertas dan pen.



saya mula menulis..



terus menulis..



kepada junior yang dua itu.



dengan menggunakan nama samaran 18sx, saya pun menampal surat pada board di dinding.



saya turut teruja!



tak sangka, seronok rupanya merahsiakan identiti ni.



malam itu, surat saya dibalas. kedua-duanya bertanyakan klu-klu yang menunjukkan identiti saya.



wah! cepat benar mereka ini.



bersusah payah, saya memberikan klu yang sepayah mungkin untuk mereka teka.



saya tergelak mendapat respon semula yang mengatakan klu-klu yang diberikan susah untuk diteka.



ah seronoknya.



permainan diteruskan.



kemudian..



dalam masa dua hari,



identiti saya bocor.



ada sahabat senior yang mmbocorkan.



cis!



membazir kertas, tenaga dan dakwat pen.

Sunday, August 9, 2009

saya juga puitis, bukan anda sahaja..

dingin di ubun menerpa,

setiap titisan umpama rembesan dosa-dosa,

yang tidak mungkin diampunkan..



air lalu di depan mata,

menutup air dari mata yang dua,

air biar mengalir masih punya segan...



dingin terasa menusuk hingga ke jiwa,

tubuh diselubungi tanah Pencipta,

terasa ingin mengalir jua,

membuka mata saksinya onar..



salah siapa hati berlari,

hingga terlepas dari genggaman,

sedang hati sendiri masih berfikir,

ingin menongkah arus,

mencapai hati yang lain?

mimpi memang bayang,

hilang bila tiada cahaya..



kita remaja,

bukan hati yang tua,

walau kita rasa kitalah wira,

sentiasa kita tewas,

dengan rasa hati tidak bergalas,

kita wira?

sedang diri sendiri,

meludah cermin yang kita ada..



Biar hati ini cuba mencapai putihnya kembali,

Hitam tetap raja,

mana mungkin Raja jatuh begitu mudah,

sedang nafsu mengunci pintu akal..



Akal yang menjadi anugerah Pencipta,

semakin terhakis menjadi pasir,

sekadar melukut,

apa beza dengan pasiran lain?



kitalah bezanya,

kita yang tentukan,

hitam putih,

biru kuning,

hati sendiri..



didedikasikan pada sahabat-sahabat.

juga bagi yang tidak mengaku sahabat,

juga bagi yang mengaku sahabat tapi bukan sahabat,



juga bagi hati yang ingin dimiliki,

hati sendiri,

dan hati yang disayangi.



macamana?



puitis bukan?

saya memang berkeyakinan tinggi.

sedar dirikah?

kesedaran diri bermula dengan banyak sebab..

ada sebab dimarah orang.

'kau fikir aku ni apa? aku juz nak mntak tolong je sbab dah xde orang nak tolong. itupun kau tak boleh tolong?'

ada sebab merasakan diri mendapat hidayah.

'waktu aku form 3, ada la seorang tabligh approach aku dengan kawan-kawan rempit aku. lepastu, dia adalah bagi nasihat, dan aku mulai sedar. semenjak dari itu, aku mula semangat nak belajar. then, aku perform dalam PMR.'

ada sebab melihat perubahan diri pada orang yang terdekat dan kita pun nak jugak.

'kau kene banyakkan bersabar kash.. dulu aku pun macam tu jugak. tapi aku tak dekat dengan Allah dulu. sekarang, aku dah lebih tenang..' (diri sendiri: nak jadi macam dia lah.)

segala dialog adalah berdasakan kisah benar dengan sedikit ubah suai.

ada seorang pakar motivasi, Dr Elfiky Ibrahim.

dia kata, motivasi yang paling tak tahan lama adalah motivasi luaran. contohnya, program-program motivasi, nasihat dari ibu-bapa, motivasi dari cerita-cerita inspirasi seperti cicak man, sepet, dan sebagainya.

motivasi yang paling tahan lama adalah motivasi dari diri sendiri.

motivasi yang paling menimbulkan kesedaran diri.

bila kita lihat, berfikir jauh ke dalam, dan dengan sendirinya, cuba untuk bangun dan membuat perubahan.

ketika itu mungkin Tuhan memberikan kita cahaya untuk memudahkan hati dan akal berinteraksi.

susah untuk mendapat kesedaran diri begitu rupa..

saya sendiri pun dikejut dengan satu panggilan mesej pada jam 4.59 pagi untuk terasa seperti kesedaran diri dan menulis post ini.

inipun rasanya faktor luaran jga dan tidak akan kekal lama..

namun kita perlu usaha untuk kekalkannya..

seronok bangun pagi.

saya perlu solat Subuh sekarang.. moga mendapat cahaya.

Tuesday, August 4, 2009

kawan saya ingin berubah

saya ada seorang kawan.

dia baik hati.

sebelum ini, dia banyak membantu saya.

saya merasakan dirinya baik hati dan dia masih ingin berubah menjadi lebih baik dengan cara mendekati Tuhan.

Baguslah.

Dia mula merapati sahabat-sahabat lain yang lebih banyak ilmu, yang dirasakan mampu membantunya menjadi lebih baik.

saya lihat hasil penulisannya di blog pun, sudah terlihat kelibat unsur-unsur kerohanian.

saya berasa gembira untuk beliau.

tiba-tiba, tanpa dijangka-jangka,

pada suatu ketika, muncul sedikit perasaan cemburu dalam hati.

cemburu kerana dia sudah mula ada perasaan ikhlas ingin berubah.

cemburu kerana usahanya boleh dilihat walaupun dia cuba tidak berniat untuk memperlihatkan.

cemburu kerana saya masih lagi di takuk lama.

salah siapa perasaan cemburu?

bila cemburu bermaksud encik syaitan sudah mula memainkan peranannya.

salah syaitankah?

bila cemburu bermaksud Tuhan mula menguji kita.

salah Tuhan ArRahman kah?

sedang mencari siapa yang bersalah, terlupa saya melihat pada diri sendiri.

sayakah yang bersalah? kenapa saya pula bersalah? ikut suka hati dalam badan sayalah nak rasa cemburu.

tetapi..

bila berfikir dengan bantuan seorang lagi sahabat yang tidak sedar sedang membantu saya, saya tahu..

tiada siapa yang bersalah atas perasaan cemburu itu.

itu hanya ujian Tuhan.

bukan suatu kesalahan. hanya ujian semata.

kau dah pandai-pandai rasa macam tu, berubahlah sendiri. tak payahlah nak emosi pulak brader.

entah apa-apa la manusia ni.

Kalau Tuhan tak bagi ujian dari kecik, sampai ke besar kau tak jumpa jalan.

jadi bersyukurlah.

Friday, July 31, 2009

isu sakit

junior sudah hampir sebulan masuk kolej.

belum hampir sebulan, kolej sudah pun ditutup atas sebab kesihatan komunitinya.

ada yang sihat walafiat seronok bila dapat tahu dapat balik rumah seminggu.

ada yang dikuarantin tidaklah berasa sebegitu seronok.

yang berjaga-jaga juga tidak begitu seronok.

ialah. manalah tahu Influenza.

kolej ditutup secara rasmi beserta notis Isnin lalu pada27 Julai 2009.

sebelum kolej ditutup, komuniti pelajar seronok bergegak gempita berlatih untuk pertandingan boria Interhouse sempena Minggu Citra Budaya.

saya salah seorang AJK Minggu Citra Budaya.

maka kecewalah barisan organiser kerana beberapa pertandingan terpaksa ditangguhkan seperti Final Pantun dan Boria sendiri.

pasukan Boria House of Garnet umpamanya mengalami defisit ahli dari 15 orang kepada 6 orang pada Ahad 26 Julai.

oh ya. pada pagi Jumaat 24 Julai, dikatakan lebih 160 pelajar melaporkan diri di sick bay atas pelbagai alasan sakit yang logik seperti demam dan batuk-batuk serius.

itu baru pelajar yang melaporkan diri, yang tidak melaporkan diri seperti saya? staf? para guru? anak staf?

pada hari Ahad, saya mengambil topeng yang dipakai jika batuk di sick bay. ada pemeriksaan beramai-ramai hari itu oleh pihak kementerian Kesihatan.

disebabkan saya berlagak cool, maka tidaklah saya pergi memeriksa diri ketika pihak kementerian sampai. orang hebatlah katakan. tenanglah kawan. apa nak risau. sakit sikit saja.

sedang duduk menonton televisyen sambil makan aiskrim di cafe, seorang sahabat datang mendekati.

' kau tak pergi check ke kash?' 'kau dahla batuk, makan aiskrim lagi'

alahai, tenangla kawan. dia bagi kau apa lepas check?

'dia bagi aku m.c untuk hari Isnin.'

lalu bergegas saya ke tempat pemeriksaan.

pegawai bertanya pada saya

'staf ke student?'

student bang.

'nah, ambik borang ni isi.'

usai mengisi borang, abang pegawai perubatan itu mengambil suhu badan. dalam hati menempik.

Panasla! tolongla panas!

'uish panas jugak ni dik'

hah? betul ke panas? adakah doa ini dimakbulkan?

'ke kau berlari tadi dik?'

saya tergelak kecil tidak menafikan..

abang pegawai mengambil suhu sekali lagi.

dia bertanya pada kawannya

'eh, cuba kau tengok ni? ok tak?'

'ok je' sahut kawan di sebelahnya.

'suhu normal ya dik'

saya gagal mendapatkan mc.

hari Isnin tetap dapat balik rumah.

Tuesday, July 28, 2009

syabbas abg driver

post ini ditujukan khas buat abang driver bas Mara Liner pada 18 July, jam 6.30 ptg.

walaupun abang rasanya tak kan terbaca post ni, tapi biarlah orang lain tahu kehebatan abang dan doakan yang terbaik.

dan juga untuk mereka yang banyak membantu pada hari sabtu itu.

pada Sabtu 18 Julai 2009, saya beransur ke Kuala Lumpur untuk menghadiri sebuah majlis perkahwinan kakak seorang sahabat.

terima kasih Angah sebab sudi ambik alang kat Lembah Beringin untuk hantar ke KL.

majlis tidak membantu saya berasa lebih baik tentang diri sendiri, though it was a nice majlis.

terima kasih bro Nabil, sahabat SBPI hingga sekarang, sebab sudi teman saya ke majlis yer.

usai majlis, kami beransur ke KLCC. dengan harapan, dapat lepak lama-lama sikit sebelum saya beransur ke Tanjung Malim pada petangnya.

lepas makan KFC (saya tidak lalu makan sangat di majlis), kami beransur. saya mengorak langkah ke Pudu, Nabil ke pejabat ayahnya dengan harapan ayahnya akan bawak dia pulang sekali.

sampai Pudu, saya mencari bas untuk ke Tg Malim. perancangannya, beli tiket ke tg malim, sampai sana beli barang di pasar malam, cari teksi untuk ke Lembah Beringin.

saya beli tiket bas Mara Liner.

tiba masa, jam 6 pm, saya naik ke atas bas.

ketika itu pemandunya belum ada.

saya yang ketika itu berada dalam keadaan beremosi, terus mencari tempat duduk dan cuba melelapkan mata.

sedang dalam usaha tidur, konduktor bas datang menyapa,

'adik, tiket dik' saya hulurkan tiket dan sambung usaha.

bas bergerak dan saya terjaga apabila bas berhenti secara tiba-tiba..

masih beremosi negatif ditambah mamai, saya memerhatikan sekeliling.

bas berhenti di simpang masuk RnR Rawang tapi tidak masuk ke dalam kawasan RnR.

saya pelik dan berdasarkan pemerhatian, penumpang lain turut pelik.

tiba-tiba, terdengar satu suara dari depan bas.

'tu yang kat belakang tu buat apa dua-dua orang?!'

tegang bunyi suaranya.

'ingat duduk kat belakang aku tak nampak ke?!'

suara menjerit lagi. saya menelengkan kepala ke kiri dan lihat abang driver yang sedang menjerit..

pada dapatan saya, rasanya dia sedang menegur orang membuat onar di tempat duduk belakang.

'dua-dua orang tu meh duduk depan ni!'

malas hendak mengambil kisah, saya cuba pejamkan mata semula..

buat beberapa ketika, bas masih tidak bergerak..

'mari duduk kat depan ni! duduk belakang entah buat ap tu! ingat aku tak nampak?!'

selepas beberapa saat, terdengar tapak kaki dari belakang bergerak.

sambil menyandarkan kepala di tingkap, saya membuka sebelah mata. seorang lelaki berbadan agak gempal, berbaju coklat, dan seorang wanita juga agak gempal, berbaju putih dan bertudung berjalan melepasi tempat duduk saya.

hm..

beberapa ketika kemudian, bas bergerak semula.

sampai ke Tg malim, pasangan itu yang pertama keluar dari bas.

saya yang terakhir.

sampai kepada pemandu, saya ucapkan terima kasih dan saya terkejut.

pemandu bas masih muda, tetapi lebih tua dari saya. pada amatannya, dalam lingkungan 28-30 tahun.

kagum kerana dia begitu berani menegur secara terus, berbeda dengan pemandu bas yang lain yang lebih selesa senyap sunyi. seperti saya juga.

tiket bas= RM7. teksi= RM25.

emosi masih terganggu.

Wednesday, July 8, 2009

saya cikgu yang baik


suatu malam, Anis, adik bongsu, bertanya soalan sains pada saya.

darjah 3.

dia tanya berkenaan 'conductor'

"alang, ni macam mana nak buat alang?"

soalan dalam buku latihan:

'colour the items that can act as a conductor'

comel soalan sains darjah 3 ni.

Anis faham ke tak soalan ni?

"faham"

cuba translate dalam BM.

"erm, warnakan, item tu apa alang? erm, yang jadi conductor"

bagus2..

cikgu suruh Anis buat ke ni?

"haah. tapi Anis tak ada dalam kelas waktu cikgu ajar"

la.. habis tu tahu tak 'conductor' tu apa?

"tak"

saya ajar dia dari mula tajuk 'conductor and electricity'

malam tu, dia hampir menangis sebab kena marah oleh saya.

mangsa marah dalam pos istimewa

tapi sekurang-kurangnya, dia dah tahu apa maksud,

1.conductor = benda yang bagi elektrik lalu.
2.flow= mengalir
3.conduct= bagi lalu
4.items= barang-barang
5.metal= besi

besok pagi sebelum pergi ke sekolah, saya tanya ketika sarapan, perkataan diatas..

Anis dapat menjawab dengan baik.

12 jam kemudian,

"alang, jangan la marah, 'item' tu apa?"

bagus2..

Anis tidak bertanya lagi di kemudian hari..

Sejujurnya3

PPSMI akan dimansuhkan sepenuhnya pada 2012.

TPM DS Muhyidin Yassin berkata, biarkan habis satu cycle dulu.

perbincangan pada pagi Rabu 8Julai melibatkan Tun Mahathir mempersetujui bahawa sehingga 2014, sains dan Matematik akan diajar dalam dua bahasa.

DS Muhyidin berkata, semenjak PPSMI dimulakan, jurang diantara pelajar bandar dan luar bandar semakin besar.

penekanan terhadap subjek Bahasa Inggeris akan ditingkatkan dengan peningkatan guru Bahasa Inggeris.

Kata beliau lagi, keputusan diambil semata-mata atas dasar keprihatinan terhadap pelajar tanpa sebrang sebab politik.

begitulah akhirnya pengakhiran PPSMI.

kerana dikatakan lebih merugikan pelajar berdasarkan kajian yang dibuat.

penggunaan bahasa Inggeris dikatakan membuat pelajar makin tidak berminat terhadap subjek sains dan matematik dan peningkatan penguasaan bahasa inggeris meningkat hanya sedikit.

pendapat saya?

sifat dan perangai kita sendiri.

gunakanlah bahasa apa pun janji umat kita maju.

negara yang menggunakan bahasa sendiri dan maju seperti Jepun bukan bergantung semata atas bahasa. tapi memang diakui, sikap mereka menjadi penentu utama.

kajian cakap, PPSMI menyebabkan penurunan minat terhadap sains dan matematik.

harapnya, dengan penggunaan bahasa Malaysia akan meningkat semula minat.

jangan guna banyak alasan. apa yang ada, kita gunakan sebaik mungkin.

biar bahasa Malaysia kita guna, umat pasti berjaya jika sikap terbuka dan bersungguh-sungguh ada.

InsyaAllah.

Michael Jackson lagi

pagi tadi punya semangat, saya berjaga sampai pukul 4 tengok majlis tribute untuk michael Jackson.

saya minat michael jackson. dan semalam, acara yang bermula pada jam 1.45 am berlansung selama hampir 2 jam.

secara lansung dari Staples Centre, Los Angeles.

saya kagum dan sedikit pelik kerana keranda yang mengandungi Michael Jackson dibawa sekali ke dalam dewan diletakkan di bawah hadapan pentas.

ada ucapan tribute, dan persembahan berselang seli.

ungkapan yang saya ingat dari seorang rakan karibnya, Brooke Shields,

"when he first appeared with the glove, i said, What's up with the glove?" hahaha. saya turut tertawa.

ada yang menangis, diselang gelak tawa, menangis lagi, ada yang tabik hormat pun ada.

saya rasa paling tersentuh juga bila anak michael jackson, Paris, yang berumur 9-11 tahun menangis sambil menyatakan di mikrofon betapa Michael ialah ayah yang paling hebat dan tidak terganti oleh sesiapa.




tapi, saya masih keliru bagaimana dia akan dikebumikan. dengan cara Islam atau tak.

ketika majlis berlansung, yang tribute dan menyanyi semua sebut nama jesus sahaja.

saya yang pada mulanya nak sedekahkan alfatihah, rasa serba salah.

terdapat sambungan selepas jam 4 am yang menunjukkan di mana mayat Michael dibawa untuk dikebumikan. tapi saya yang dah terlalu mengantuk, tertidur.

setelah terjaga, nampaknya media turut tidak mengetahui bila, dimana dan bagaimana Michael Jackson akan dikebumikan.

dia belum dikebumikan ketika post ini ditulis.

tolonglah hang tu Islam..

pahit..

dengar.. oh jeritan batinku..

memekik-mekik..

memanggil-manggil..

namamu selalu..

saya pun dah rasa karma..

tak seronok pun..

nampaknya, saya kena mintak maaf kepada seseorang.

Sunday, July 5, 2009

susah la macam ni..

apa yang sengal sangat ni..

dah tahu orang tak gemar, buat jugak..

saya baca Utusan Malaysia..

semuanya memburukkan pembangkang..

pembangkang buat salah tu.. pembangkang buat salah ni..

saya dah nak muntah sebab meluat..

memang meluat yang amat..

apa yang dia siarkan mengenai kerajaan?

kerajaan bagi sumbangan tu.. kerajaan bagi sumbangan ni..

hah.. menyampahnya..

bukak Harakah pula..

pun sama!!!

ah..


saya buka blog DS Najib, perdana menteri.

hahahaha..

tergelak sebentar.. orang lain buat blog, barulah dia pun nak jugak buat blog..

itupun entah dia, entah siapa yang tolong uruskan..

ah!!!

ah geramnya!!!

cerita berkenaan lawatan dia ke sabah, China, pasal 1Malaysia, pasal pertandingan tangkap gambar?!

isu rakyat mana?!

isu kebenaran dalam kepimpinan mana?

mana?!

susah la macam ni Dato'. memang tak terlawan blog orang lain.

segala post langsung tidak secara direct!

kerja biar ikhlas Dato'.

this is not going to help u win hearts, peoples, and, realistically, voters.

God helps us all.

Look deeper..

Saturday, July 4, 2009

sakit, sakit...

saya masih teringat lawatan ke parlimen suatu masa dahulu..

samar-samar..

tahun 2006 pada ingatan saya..

saya berumur 16 tahun..

berpakaian baju sekolah berwarna putih beserta tali leher, rombongan persatuan bahasa melayu masuk ke dalam dewan parlimen ketika ia sedang bersidang.

dengan bersemangat, di hadapan kami duduk sebilangan wakil rakyat, sebahagian daripadanya kerap muncul di media..

ketika itu sesi soal jawab agaknya.

kami pelajar sekolah menengah, detik terlihat muka-muka yang sering di media sudah cukup membuatkan kami tersenyum lebar. teruja.

sesi bermula dan kami pelajar sekolah yang berumur 13-16 tahun duduk di bahagian atas, agak tersembunyi namun boleh melihat hampir keseluruhan dewan.

seorang wakil rakyat berdiri. "TuanYangDiPertua, saya dari ***** (saya tak ingat) ingin mengajukan soalan kepada ******(juga tak ingat)"

ketika itu darah pendebat sedang mendidih dalam badan. rasa teruja mendengar soalan yang diajukan dari pembangkang kepada kerajaan.

fuh, lengkap soalan yang ditanyakan.

cukup faktanya, dan persoalan yang ditimbulkan bunyinya wajar.

pihak yang ditanya menjawab. menjawab juga dengan fakta. wah! ini sudah mantap.

tiba-tiba..

"woi duduklah *****!!"

eh, siapa pula yang menjerit tu?

"bangang! senyaplah!!"

apa yang terjadi ni? soalan tadi ada konspirasi tersendiri ke?

"duduklah wei!" "lembah beringin (contoh) duduklah!!"

kenapa wakil-wakil rakyat ni menjerit kepada satu sama lain?

sekali lagi terdengar "lembah beringin(contoh) bangang! duduklah wei!!"

hina-menghina, caci mencaci mula kedengaran dari kedua-dua belah pihak kerajaan dan pembangkang.

saya tanyakan kepada abang yang mengiringi lawatan kami sejak kami tiba.

selalu ke jadi macam ni bang?

"hui, ni baru sikit dik. selalunya lagi teruk"

perasaan saya yang begitu teruja di awal persidangan terus layu..

hilang rasa hormat..

sidang pengawas sekolah tanpa pengawasan cikgu lebih aman dan bertamadun.

3 tahun kemudian..

2 julai 2009. Tan Sri Pandikar Amin Mulia, speaker di Dewan Rakyat dilaporkan berkata.

'I hope our MPs will behave like the British'

terjemahan

" saya berharap agar wakil-wakil rakyat kita boleh berkelakuan seperti wakil rakyat Britain"

lawak sungguh..

masalah dah berzaman..

dipersilakan tuan-tuan dan puan-puan!

wakil-wakil rakyat kita!

pakar kamus carut!

look deeper..

Friday, June 26, 2009

'king of pop' no more..

michael jackson is dead..

as one of his fan, its a little bit of shock to me..

his death was caused by cardiac arrest..

owh MJ..

if u are really a Muslim, then good for you..

if not, still, i am your fan..



bye MJ.

"You Are Not Alone"

Another day has gone
I'm still all alone
How could this be
You're not here with me
You never said goodbye
Someone tell me why
Did you have to go
And leave my world so cold

Everyday I sit and ask myself
How did love slip away
Something whispers in my ear and says
That you are not alone
For I am here with you
Though you're far away
I am here to stay

But you are not alone
For I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart
But you are not alone

'Lone, 'lone
Why, 'lone

Just the other night
I thought I heard you cry
Asking me to come
And hold you in my arms
I can hear your prayers
Your burdens I will bear
But first I need your hand
Then forever can begin

Everyday I sit and ask myself
How did love slip away
Something whispers in my ear and says
That you are not alone
For I am here with you
Though you're far away
I am here to stay

For you are not alone
For I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart
For you are not alone

Whisper three words and I'll come runnin'
And girl you know that I'll be there
I'll be there

You are not alone
For I am here with you
Though you're far away
I am here to stay
For you are not alone
For I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart

For you are not alone
For I am here with you
Though you're far away
I am here to stay

For you are not alone
For I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart

For you are not alone...




mengarutlah..

ah, sudah malas rasanya nak dengar berkenaan isu politik lagi.

sekejap begitu, sekejap begini.

diantara terbaru yang saya tahu, kerajaan perpaduan yang dicanang tidak jadi.

mengapa tidak jadi?

sebab rasmi tidak jelas, yang pasti, perbincangan diatara pemimpin Pakatan Rakyat memutuskan untuk menolak cadangan kerajaan perpaduan.

di pihak Barisan Nasional dan UMNO, katanya kerajaan perpaduan menyatukan dan mengukuhkan umat Melayu Islam.

kepimpinan Nik Aziz menolak dengan alasan, mengambil kata-kata tok guru Nik Aziz, "saya sudah masak dengan UMNO" dan "beristiqamah"

mengambil petikan blog DS Anwar Ibrahim, keputusan menolak cadangan kerajaan perpaduan adalah satu kejayaan bagi Pakatan Rakyat.

"UMNO kecundang lagi dalam isu kerajaan perpaduan. Strategi mereka untuk meretakkan hubungan Pakatan Rakyat berkecai."

memetik kata-kata DS Najib Tun Razak, "UMNO dan tidak rugi apa-apa"

hm..

pelik..

kalau benar prinsip UMNO bahawa kerajaan perpaduan mampu menyatukan umat Melayu Islam Malaysia, mengapa jika ia gagal, UMNO tidak rugi apa-apa?

adakah isu perpaduan Melayu Islam ini dianggap remeh oleh DS Najib?

begitu juga berkenaan kenyataan DS Anwar Ibrahim, isu ini dianggap menguntungkan UMNO untuk meretakkan PR.

maksudnya isu perpaduan tidak diambil kira sebagai suatu isu penting dan lebih dianggap sebagai konspirasi semata?

politik dimana-mana..

isu perpaduan dipolitikkan..

isu pendidikan dipolitikkan..

hm.. rasanya tidak boleh untuk bosan dengan politik..

kerana jika tidak terlibat, bermaksud kita tidak menghiraukan akan nasib negara dan agama.

jadi pada siapa kita harus berpihak?

sedangkan siapa yang benar dan siapa yang salah amat kabur untuk kita putuskan..

siapa yang berpandukan al-Quran dan Sunnah, siapa yang berpandukan nafsu dan kuasa?

ada idea?

pelik dan jijik

sepanjang kehidupan, pelbagai jenis manusia sudah saya jumpa.

rasanya dunia ni masih luas untuk diterokai.

jadi, beberapa hari lepas, terjumpa satu ciri manusia lagi yang agak unik.

selesai menonton cerita di panggung wayang, terasa ingin ke tandas.

saya bergegas ke tandas terdekat.

kelibat lelaki yang membuang air secara berdiri di tandas gantung tepi dinding.

saya masih tidak faham kenapa mereka tidak kisah akan kekotoran yang mungkin terpalit pada seluar mereka.

lebih-lebih lagi jika mereka yang saya beranggapan iras-iras muslim.

jijik. kita lupakan.

terpandang dari sudut masuk, sebuah pintu jamban terselak. tanda tiada orang.

terdesak, saya bergerak pantas.

menolak pintu jamban dengan berhati-hati, terlanggar sesuatu yang agak ampuh.

tolak sekali lagi,

"hei"

saya pandang ke dalam, seorang lelaki cina sedang kencing.

dia memandang saya.

mata bertentangan,

"oops, i'm sorry" balas saya sambil menutup pintu dan bersandar di dinding belakang.

terpana seketika.

oh ya. lelaki itu membelakangi saya, jadi tiada apa yang peribadi yang saya nampak melainkan lelaki itu kencing berdiri.

setengah minit kemudian, lelaki itu keluar, tidak memandang ke arah saya. buat seperti biasa.

selesai urusan saya, saya berfikir buat seketika.

mengapa lelaki itu tidak mengunci jamban?

mungkinkah dia terlupa? atau sengaja tidak mengunci pintu? tidak sempat? tidak kisah?

hm.. kategori baru manusia, tidak kisah orang melihatnya membuang air kecil.

saya terus berfikir..



ciptaan tandas dinding oleh manusia, tempat buang air kecil tanpa dinding, menunjukkan orang tidak lagi kisah akan orang lain melihat mereka membuang air kecil.

saya terus berfikir.

mungkinkah selepas ini ada pula orang akan mereka cipta jamban duduk tanpa dinding?

iyalah

kalau orang kencing pun dah tak kisah, apa masalahnya mempamerkan orang berak pula?

atau mungkin sudah ada. cuma belum sampai ke malaysia.

saya tidak menggunakan tandas dinding berdiri itu. pertama sekali, sebab itu bukan ajaran Islam dan sunnah Rasul yang saya belajar.

kedua, saya rasa jijik bila percikan urine terkena kaki seluar atau lantai atau apa2 sahaja.

ketiga, saya segan untuk buang air di hadapan khalayak.

pelik manusia ni.

sampai satu tahap, kencing di tepi longkang sahaja di khalayak.

sedar atau tidak, kritikan berkenaan buang air di depan khalayak ini menyentuh ramai umat manusia di luar sana, kritikan terhadap cara mereka menguruskan diri.

bukanlah saya ni pembersih yang paranoid. cuma bab buang air ni sahaja.

semakin lama, semakin banyak yang manusia ni hendak tunjuk.

mungkin ingin buktikan, kita mampu.

may Allah guides us all..

apa pula selepas ini ya?

Monday, June 22, 2009

udang oh udang

semalam, abah pulang dari Pekan, Pahang. membawa pulang satu kotak polystrin besar. penuh dengan udang galah.

ya. udang galah. adik anis kata " eii.. takutnya udang besar sangat!"

kata abah, udang galah ini dari sungai Pahang. entah iya entah tidak. kita angguk sahaja.

kata abah lagi, udang galah ini lebih sedap berbanding udang dari sungai Rompin. mengapa abah bandingkan dengan sungai Rompin?

kata abah, sungai rompin dasarnya berlumpur. tapi, sungai Pahang, dasarnya berpasir elok. kita angguk sahaja.

kesimpulan yang saya dapat? udang di pasir lebih sedap dari yang berlumpur.



mata setiap isi keluarga tertumpu pada saiz udang galah yang besar. dari yang sebesar tapak tangan sehingga hampir sebesar lengan bayi.

semua tidak sabar nampaknya ingin menikmati isi udang yang putih itu..

sampai kepada peringkat yang penting. bagaimana udang-udang ini harus dimasak?

saya berbincang sebentar di dapur bersama kak sah, penjaga keluarga.

kata kak sah dalam dialek kelantan " hok ni kalu bakar sedap nih. tu aghe(arang) kayu ado luar nu"

siapa yang nak bakar, kak sah? "alang la gi bakar nyo" malaslah. bakar atas dapur je la. "tok sedak(sedap) atah dapur"

kalau macam tu goreng la. tepung ke. "besarnyo nok goreng. toksoh ah" tapi alang tak suka kalau kuah-kuah sangat.

"tok sedak ah kalu takdok kuoh. nok make(makan) nasik lagu mano?" goreng la kaksah. bakar atas dapur pun elok je.

"mano sedak atah dapur nok bakar besar2 nih"

kak sah mula menyiang udang.

tak payah kopek kepala dia kak sah. biar sahaja. saya keluar dari dapur dan pergi bersiap sebelum makan malam.

sejam kemudian..

di atas meja makan tersedia, bukan satu, tapi DUA hidangan udang.. bukan goreng tepung atau bakar..

kari dan sambal tumis..

agak kecewa tapi masih bernafsu.

pengajaran..

Perpisahan itu selalu terjadi
Kepada insan yang bercinta
Sungguh sedihnya rasa
Apabila ianya terjadi

Perpisahan bermula dari dua hati
Yang kehendaknya tak dituruti
Ataupun manusia
Yang berperasaan benci

Sebuah cinta dan harapan
Menjadi debu berterbangan

Tersekat nafasku kabur pandangan mata
Amat tersiksa jiwa kerana kehilangnnya
Oh oh... mengapa terus mengharap menanti
Walau cukup kusedari dia takkan kembali

Rintangan dari orang yang tak sudi
Menerima cinta dari hati ini
Menarik diri dan pergi
Membawa serpihan hati yang sepi

Sebuah cinta dan harapan
Menjadi debu berterbangan

Tersekat nafasku kabur pandangan mata
Amat tersiksa jiwa kerana kehilangnnya
Oh oh... mengapa terus mengharap menanti
Walau cukup kusedari dia takkan kembali

Perpisahan itu sungguh menyedihkan
Tapi semuanya di tangan takdir
Kita dikatakan pasangan bahagia
Oh... kini terasing luka
Oh... kini terasing luka
Perpisahan terasing kita

-KRU

pengajarannya.

1. kalau nak bercinta dengan baik, ambik nasihat agama, bercinta selepas kahwin.
2. ambil langkah perlindungan diri seperti perubahan untuk melupakan dengan cara berdoa dan bermohon pada Allah.
3. buat sesuatu yang boleh menselesakan diri seperti makan dengan excess, menumbuk sesuatu yang bukan hidup, tulis lirik lagu dan jangan bunuh diri.
4. pakai cermin mata agar tidak kabur. (metafora)
5. banyakkan bersabar.

Sunday, June 21, 2009

air mata seorang jejaka..

saya ada masalah mengatakan 'tidak' terhadap apa2 permintaan.

"kash, pinjam 10?" silakan. "kash, tolong sekali untuk persiapan majlis ni?" ok. "kash, jom join group nak menyanyi ni?" jom nyanyi. "kash, habiskan lauk ni?" bagi pinggan tu.

setelah sibuk selama seminggu menyediakan beberapa perkara untuk beberapa acara, saya mula terfikir akan masalah 'tidak' saya ini.

agaknya, sebab masalah inilah yang membuatkan saya terasa amat penat dan naik berat.

lalu, saya mengambil keputusan untuk berehat sebentar, dengan menidakkan permintaan seseorang pada suatu hari dan melayan kehendak sendiri.

saya pergi ke chalet seorang sahabat, mr H dan meceroboh privasinya. beliau ada permainan komputer yang saya amat suka main.

Devil May Cry atau Syaitan Boleh Menangis. saya tidak berapa faham akan kolerasi tajuk dan permainan tersebut. yang pasti, kita boleh memusnahkan makhluk2 pelik dalam permainan tersebut.

ketika itu mr H ada kelas lalu saya meminta kunci bilik beliau.

oh!!! tidak sabarnya nak musnahkan makhluk pelik dalam game tu!!! dengan serangan combo yang bertalu menggunakan pedang!!

"engkau pasti ke nak kunci ni? aku ada kelas ni. kau jaga bilik aku tu betul2" saya berjanji dan menyambar kunci dari tangannya.

singgah sebentar di cafe membeli minuman. sirap bandung. dan makanan ringan. cheese burger.
buat bekalan ketika bermain game. yeah!!

setiap langkah menjanjikan kepuasan yang pastinya tidak terhingga. akhirnya! sesuatu yang saya suka! Devil May Cry!

terserempak sebentar dengan seorang sahabat yang lain. "jom la teman aku pergi tengok tv. ada cerita lawak do." oh tidak. bukan kali ini.

saya pandang tepat ke matanya.

wajahnya yang tersenyum riang dengan harapan.

beliau menunggu jawapan daripada saya.

"aku, aku.. aku mintak maaf mr Y. aku.. nak.. erm.. nak.. pergi main game." saya menarik nafas panjang menunggu reaksinya.

2 saat berlalu..

"ok." dia berlalu dengan senyuman.

"fuh" saya lega.

chalet Devil May Cry sudah dihadapan mata saya! tangan sudah menggeletar! tidak sabar ingin menekan segala punat yang ada di konsol permainan!

setapak.. demi setapak..

pintu chalet dibuka.. sejuk.. hawa dingin..

pintu bilik dihadapan saya..

kunci dimasukkan ke dalam lubang kunci..

tombol pintu saya pulas..

sirap bandung dan burger cheese digenggam erat..

saya melangkah masuk ke bilik mr H..

bagai dipancar cahaya dari langit, komputer riba mr H terdampar di atas meja..

bagai sudah menunggu punatnya ditekan..

komputer riba sudah pun terpasang..

windows Vista..

jantung berdegup kencang!!

amat kencang!!!

mengalahkan enjin bot yang sedang dikejar polis marin Malaysia!!!!

Devil May Cry sudah hampir!!! mari hancurkan makhluk jahat!!!!!

kemudian..
...

...

...

"please enter password"

.....
.....
.....

mr H tidak menjawab panggilan telefon saya..

saya berlari pulang ke chalet saya dengan linangan air mata ikhlas..


Friday, June 12, 2009

sejujurnya vol-2

saya amat berharap, sekiranya senarai tindakan bagi menyelesaikan masalah-masalah berikut dapat diutarakan oleh mana-mana pihak:

1. ramai menganggur kerana tidak tahu atau tidak yakin berbahasa Inggeris.
2. pelajar-pelajar senyap-silu, segan bertanya pensyarah kerana tidak boleh atau takut berbahasa Inggeris.
3. para doktor di seminar berbahasa Inggeris senyap sunyi serta segan bertanya dalam Bahasa Inggeris.
4. dan lain-lain.

masalah-masalah ini, sejujurnya bagi saya, menghalang perkembangan umat kita sendiri.

mungkin jika ada pendapat yang bernas untuk tindakan yang boleh dilaksanakan bagi menyelesaikan masalah-masalah di atas dari terus membelengu generasi kini dan seterusnya, kita mampu meneroka jalan baru without the expense of our own Bahasa Malaysia dalam Sains dan Matematik..

Wednesday, June 10, 2009

tag dipaksa rela..

1. Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri??
- teh o ais limau bungkus

2. Apakah bende paling penting dlm hidup kamu?
-Agama-Keluarga-Kawan-Diri sendiri-Duit-makanan

3. Dimanakah tempat impian perkahwinan kamu??
-di kawasan pergunungan yang sjuk

4. Berapa lama hubungan kamu berkekalan?
-various answers can be given

5. Adakah anda sedang dilamun cinta??
-dengan manusia?ya saya. tapi tak berbalas. dengan Tuhan? ya.

6. Dimanakah restoran terakhir kamu makan malam??
- mak donald

7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?
-Shin chan

8. Apakah nama penuh kamu??
-Muhammad Kasyful Azim bin Shahlan

9. Kamu lebih senang dengan ayah atau mak??
-dua-dua pun best melampau.

10. Namakan seseorang yang ingin kamu jumpa dalam hidup kamu buat pertama kalinya??
- Muhammad bin Abdullah

11. Sebutkan 8 nama sahabat yang paling rapat dengan kamu.
-Hanif-Sakinah-Aqeel-Mustakim-Faradyna-Iqbal-Yogi-Aqif

12. Adakah kamu mencuci pakaian sendiri??
-ya. masih menunggu mesin basuh

13. Tempat yang paling seronok yang kamu mahu pergi?
-Gotham City

14. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu..
- cik Sakinah:
kesepian
menidakkan nafsu makan
suka lelaki
pakai braces
ada migrain

15. 8 perkara yang amat saya gilai??
-nasi ayam-nasi dagang-nasi belauk-scrubs-friends-Megaman-jenis lagu best-berangan menumbuk orang lain

16. Pelukan atau ciuman??- keduanya

17. 8 perkataan yang sering diucapkan??(kalau marah kat sapa2 ahh)
-bapak ah-sengal giler-astaghfirullah-woy!-ish3-kepala beliau!-fuh-tengkorak ah

18. 8 buah buku yang paling baru di baca??
-twelfth Night-importance of being earnest-dah x ingat.

19. 8 lagu yang saya boleh dengar berulang kali
-soldier of fortune-adakah kau lupa-fantasia bulan madu-love hurts-question-another you-
masihkah kau ingat-negaraku

20. Mari men'TAG' 8 orang lain..
malas ah nak tag..

sejujurnya

hahahaha. saya ketawa sebentar setelah menonton video you tube bertajuk 'language kebangsaan' yang dicadangkan oleh mr nizam Shah.

beberapa perkara awal yang muncul di kepala saya selesai menonton video itu pada jam 12 tgahari,
sinis, simple, keliru, pedas, ayam pedas, lunch.

siapa yang belum tengok lagi video tu, boleh la pergi tengok kat sini

'language kebangsaan'

menegur sinis perbuatan mengenepikan bahasa Malaysia, video ini mudah untuk difahami.

mungkin kerana cara maksud video itu disampaikan. walaupun ditunjukkan gambar Tun Razak jatuh di tepi longkang, saya faham kiasan itu.

sejauh kefahaman saya, director video itu, mr Faiq Khalifa, ingin menegur perbuatan kerajaan mengenepikan bahasa Malaysia selaku bahasa pengantara Sains dan matematik selain turut mengutarakan percanggahan polisi yang dilaksanakan oleh barisan kepimpinan mantan bekas perdana menteri kita, Tun Mahathir dan Tun Razak.

turut diketengahkan sindiran berkenaan kesan polisi PPSMI kepada pelajar kita sehingga tidak tahu berbahasa Malaysia. hahahah.tergelak sebentar.saya pun tidak pasti kenapa saya tergelak. agak hiperbola tapi sekadar kiasan, saya faham.

mungkinkah benar suatu hari nanti, remaja kita tidak akan pandai lansung berbicara bahasa Malaysia?

saya turut takut akan sangkaan sedimikian.

ramai pihak meminta kerajaan fokus kepada penterjemahan ilmu agar Bahasa Malaysia boleh digunapakai sebagai pengantara subjek Sains dan Matematik. namun, lama sungguh diskusi melibatkan perkara ini sehingga tidak menjadi usaha menafsir ilmu.

lantas, alternatif yang sedia ada, bahasa Inggeris, diguna pakai sementara menunggu resolusi diskusi penterjemahan itu.

siapa yang rugi tika menunggu? generasi kini.

maka, gunakanlah apa bahasa sekalipun, asalkan agama dan bangsa kita dapat maju. jika penggunaan bahasa Malaysia menyusahkan pelajar kita kelak di IPT dan dunia pekerjaan, gunakan bahasa yang lain. jangan buang masa bertengkar. menagapa risau sedangkan subjek-subjek lain masih diajar dalam bahasa Malaysia?

kelak akan lahir penterjemah cendekiawan yang terus berusaha menafsir ilmu ke dalam bahasa Malaysia. ketika itu, wajarlah ilmu hisab dan sains ini diajar dalam medium bahasa Malaysia.

jika generasi kita lupa akan akar bahasa dan budaya bangsa, salah siapa? matematik dan sains dalam bahasa Inggeris kah? saya tidak bersetuju lansung.

'bohsia: jangan pilih jalan hitam/biru/oren', 'remp-it', 'KL Drift', antara cerita2 yang 'membina' bahasa dan bangsa. promosi cerita-cerita ini lebih galak dari pelbagai aktiviti kesusasteraan yang diadakan. pemimpin dan rakyat yang lain buat ap?

majalah-majalah hiburan artis berpakaian separuh bogel, filem-filem luar, rakyat dan pemimpin buat apa?

pembelajaran dalam bahasa Inggeris membantu bangsa kita belajar dalam alternatif yang lain. kita turut belajar Bahasa Malaysia serta dalam subjek-subjek yang lain. penggunaan bahasa Malaysia juga tidak hanya terbatas kepada pelajaran semata.

jauh di sudut hati kita, kita risau, bahasa Malaysia akan pupus. dan jauh di sudut hati kita tahu, berjuta masalah lain yang melanda kewujudan bahasa kita. hiburan, bahan bacaan, gaya hidup.

jauh di sudut hati kita, kita juga tahu bahawa masalah-masalah ini tidak langsung ditangani. namun apabila timbul isu untuk tukar medium menuntut ilmu, menggelabah seluruh negara ingin berarak walhal kita tahu, masalah-masalah lain itu lebih mempengaruhi generasi kita.

maka, apa salahnya belajar dalam bahasa lain jika ia menguntungkan dan memajukan agama bangsa dan negara?

InsyaAllah, jika ada yang saya tersalah, kita betulkan. yang betul, ambik pengajaran dan lakukan sesuatu.

Monday, June 8, 2009

oh tidak..

ah, menyampahnya orang yang perasan bagus.

sedang menunggu giliran bermain badminton pada suatu hari di Multi Purpose Hall di kolej, ada seorang sahabat datang, mr S, bukan nama sebenar. mr S, dengan badan yang sasa, serta senyuman yang jujur (pernyataan tidak bermaksud apa2), mampir ke arah saya.

ketika itu satu permainan baru habis. jadi, mr S yang baru datang ni nak mainlah jugak badminton.

ketika itu ada seorang yang ingin berpasangan dengan mr S ni. kita namakan mr A. main double la. court badminton hanya ada 3. jadi semua orang sedia maklum bahawa untuk memaksimumkan bilangan orang yang boleh main setiap sesi, selalunya pelajar akan main secara double.

tetapi, terjadi benda yang tidak sedap pada mata saya yang melihat dan telinga saya yang mendengar

mr S yang baru sampai itu cakap benda yang berisiko tinggi untuk menyakitkan hati orang lain.

katanya kepada mr A " laa.. konfem kalah punya kalau partner dengan kau. aku taknak la. Kash, jom partner dengan aku". mr S ajak saya pulak.

saya terkesima dengan apa yang dicakapnya. mengapa dikata sedemikian rupa kepada mr A itu. kalau betullah lemah sangat mr A tu, tak perlulah nak dihina begitu. mr A beransur ke court lain.

saya duduk terdiam sambil memandang ke arah mr S. saya cakap "eh tadi kan si mr A dah ajak kau partner dengan dia, pergilah main dengan dia."

mr S mencebikkan bibir dan memandang ke arah orang lain untuk diajak menjadi partner.

saya cukup tidak suka golongan2 seperti ini.

bukanlah hak saya untuk menghakimi seseorang. mungkin mr S ketika itu terlepas cakap.

tetapi, pengalaman bersama mr S mengajar saya bahawa dia turut suka bercakap besar dan kadangkala merendahkan orang lain.

ketika post ini ditulis, saya masih berfikir, bagaimana nak menegur beliau dengan baik. (sesiapa ada nasihat, boleh la beritahu)

saya tahu, tidak baik untuk bercakap di belakang orang dan saya juga bukan manusia persis malaikat. tapi niat saya adalah untuk memastikan ada pengajaran yang dapat diambil.

pengajarannya, bagi pendapat saya, ialah jangan memandang rendah orang lain. sehebat mana manusia, Tuhan semudah2nya boleh menarik smula kehebatan itu. jaga hati kita sesama manusia, kerana kelak, ketika susah, selain Tuhan, kita akan pinta pertolongan sesama kita juga.

hidup bermasyarakat, bukan hidup seorang. mintak maaf mr S atau sesiapa sahaja kalau ada terasa hati.

Friday, May 29, 2009

pening-pening fikir.

alkisah, pada bulan Ramadhan 2008 lepas, kelas Literature in English saya di bawah miss Linda dengan semangatnye telah buat sebuah lakonan di tengah2 Acad block, Saad Square berjudul Twelfth Night.

ketika itu kelas sedang berlansung dan yang melihat hanyalah orang yang lalu lalang dan jemputan khas, mantan pengetua, mr Richard Small.

saya melakonkan watak seorang bangsawan bernama Sir Toby yang selalu mabuk2.

lalu, terlihatlah pada mata beberapa penonton yang lalu di situ ketika itu, aksi saya menogok botol yang berbentuk seperti sebotol wine.

hampir setahun kalendar hijrah berlalu..

April 2009 lepas, saya denggi maka tidak dapat menghadiri kelas dan perjumpaan bersama guru iaitu tutorial. ketika tutorial itu, miss Linda mendedahkan, ada beberapa pelajar yang lalu ketika aksi saya menogok botol arak tahun lepas dan berjumpa dengannya untuk menegur perbuatan saya itu.

kata mereka yang menegur, kami tidak menghormati bulan Ramadhan kerana aksi saya yang minum arak itu.

saya baru tahu akan perkara ini beberapa hari yang lalu.

saya rasa bingung dan bersalah, dalam masa yang sama terkilan.

bingung pada mulanya kerana dalam hati saya terdetik,

'ish, tak akan la berlakon mabuk and berlakon minum arak ni tidak menghormati Ramadhan. kami ni nak belajar sahaja. sebab tu la berlakon. lagipun botol tu kering, bukan botol arak pun'

bersalah pula kerana dalam hati saya selepas itu terdetik,

'ish, mungkin ada yang tidak senang tengok perbuatan yang macam tu. sebab itula rasanya tidak menghormati Ramadhan..'

tapi yang paling menguasai saya adalah perasaan terkilan. kerana

'kenapa tidak di tegur sahaja aku ni. kenapa pergi tegur cikgu aku yang sememangnya kurang pengetahuan pasal Islam. apa mereka ingat aku ni bodoh sangat ke ilmu agama sampai tak datang pun tegur aku sendiri, orang yang mainkan watak mabuk tu..'

satu lagi, Miss Linda tanya kami apa kesalahannya buat macam tu di bulan Ramadhan. maksudnya, dia masih tidak faham kenapa kami ada buat salah. maksudnya lagi, orang yang datang nak menegur itu, tidak terangkan betul2 pada miss Linda kenapa benda mabuk tu tidak menghormati Ramadhan.

apabila terjadi benda macam ni la, orang bukan Islam tidak jelas akan cara kita orang Muslim. sebab tidak diterangkan inilah, mereka berpersepsi Islam ni agama yang mengongkong banyak perkara.

sedangkan agama kita mendidik umat Islam sebagai umat yang hidup dengan tuturcara yang tertib.

mereka yang ingin berdakwah, berdakwahlah dengan cara yang terbaik. berfikir sebelum berkata.