Friday, July 9, 2010

Hari-Hari Leteran

Pengangkutan awam di negara kita.

Semalam berangkat ke Mid Valley dari Putrajaya.

Pelan hari itu adalah untuk menonton wayang bersama sahabat, Haq.

Perjalanan bermula dengan menapak kaki ke luar rumah di Presint 11.

Di kaki tersarung kasut baru berwarna putih bergaris hitam di tepinya.

Jenama Line7.

Terasa keyakinan diri memuncak.

Pedulikan harga kasut iaitu rm70 yang dibeli sewaktu jualan penghabisan stok di Jusco.

Anak Dato'. Bukan diri sendiri yang Dato'.

Kakcik, adik perempuan 18 tahun, menghantar saya ke stesen ERL Putrajaya dengan kereta Iswara kelabu.

Perjalanan mudah dari stesen ERL dengan tren ke Bandar Tasik Selatan hanya memakan masa 10 minit.

sampai di bandar Tasik Selatan, tukar pengangkutan kepada Komuter.

Matahari sudah semakin memuncak.

Bahang mula terasa dengan t-shirt yang sedikit tebal.

10 minit menunggu, tren KTM masih belum sampai.

"Belaja lagi ka?" seorang pakcik yang duduk menunggu di sebelah saya menyapa. Loghat utara jelas terdengar dalam sapaannya.

"Belaja lagi cik" jawab saya.

"Bapa lama nak kena tggu ktm ni?"

"Biasa la ni pakcik, ktm ni memang lambat sikit" jawab saya melalui pengalaman-pengalaman lepas.

"Teghok betol public transport kat sini na. Macam teksi. Ada ka patut teksi driver boleh pilih nak ke tak nak bawak kita pegi mana2. Patutnya kalau dah kita naik teksi dia, dia kena la bawak kita pi mana yang kita nak. Itu hak kita" Leter pakcik itu panjang.

"Biasalah pakcik, Kuala Lumpur, mcam-macam perangai ada"

"Ini semua kerja orang politik tak buat kerja la ni. Bukannya nak tengok benda-benda asas macam ni untuk tolong rakyat. Sibuk nak tuding jari, salahkan orang tu, salahkan orang ni. kemudahan rakyat terabai." kata pakcik itu lagi.

Pakcik itu meneruskan leteran perasaan tak puas hatinya berkenaan public transport.

....

Di Mid Valley, bertemu sahabat Haq.

"Haq, jom buat survey pasal keberkesanan pengangkutan awam"

Walhal saya tengah tengok wayang masa tu.

'Despicable Me'

Boleh la.