Hari ini adalah hari ke-9 saya menjalani latihan praktikal.
Hari ini saya akan ke Shah Alam. Ala-ala research assistant, mencari maklumat tentang UDRP.
Kalau nak tahu UDRP itu apa, cari di Google. Saya tak rasa anda akan berminat pun.
Di rumah, makcik, pakcik dan sepupu datang melawat. Cuti Tahun Baru Cina. Masa yang ada digunakan untuk beramah mesra dengan ahli keluarga walaupun kami tidaklah berbangsa Cina dan tidak menyambut Tahun Baru Cina.
Cuti dan kesempatan yang ada digunakan sebaiknya.
Cuti. Ya. Cuti. Kerana cuti lah, semester lepas di UiTM terasa sangat pendek. Sehingga ratusan kelas terpaksa ditunda pada hari lain. Sehingga tidak mampu dijalankan semua kelas.
Kerana cutilah ada yang saya tak mahu jadi, terjadi. Kerana cuti.
Tapi dalam masa yang sama, saya suka cuti.
Pening?
Aku kisah apa.
Gong Xi Fa Chai!