bila kita buat salah, biasanya akan rasa bersalah
pagi tadi, cahaya matahari menyimbah muka..
maka saya terjaga dengan senyuman..
'indah pagi ni..' ujar saya dalam hati..
bila mata dibuka, pandangan terasa asing..
saya pejam semula mata, cuba mengingat apa yang terjadi..
semalam..
rancangan memasak nasi goreng kampung, kari ayam dan telur goreng berjalan dengan lancar.
Mr.H dan saya terdampar kekenyangan usai habis hidangan.
sebagai tambahan, air sirap ais.
jam menunjukkan pukul 12.00 malam.
'success!! huhu!!!' jerit saya pada Mr.H selepas menghabiskan gelas ke-3 sirap ais.
sambil high-5 tangannya, kami teruskan bergelak tawa dan berborak.
esok, kami akan pulang ke rumah masing-masing untuk bercuti selama 2 minggu.
perancangan dibuat untuk selepas habis cuti.
perancangan untuk makan besar.
kari kambing, tuna, nasi goreng, pasta, sos spaghetti.. antara cadangan2 yang di utarakan.
setelah berborak hampir sejam, masing2 berteleku menghadap henset masing2.
kemudian, saya klik pada laptop Mr.H, ternampak fail yang dinamakan 'The Matrix, Triology'
'Macam menarik je.. aku pun tak pernah faham cerita tu..' ujar saya dalam hati.
saya picingkan mata ke tepi.
Mr.H masih menghadap hensetnya.
'H, aku nak tengok Matrix jap. boleh?'
'Tengokla..' kata Mr.H seperti malas melayan.
tersenyum, saya klik pada fail tersebut, klik pada icon yang tertera kemudiannya, nama dibawahnya, 'The Matrix'
Saya menonton filem tersebut yang sudah berumur 10 tahun..
pagi..
saya buka mata kembali..
saya tertidur rupanya.
saya tersenyum sendiri.
saya memalingkan pandangan ke tepi,
'H dah bangun ke. awal pulak dia bangun..' fikir saya..
kemudian..
'eh, kejap!'
saya tersentak
saya lihat jam henset.
10.38 am..
terpegun..
Kelas bermula jam 8.15 am, tamat jam 10.25 am
ubat yang saya makan kini, diakui doktor, menaikkan selera makan.. bukan salah saya.
Saturday, March 13, 2010
Friday, March 12, 2010
bosan melampau
seronoknya kala dapat hidup mengembara seluruh dunia.
xdela seksa sangat asyik duduk Malaysia je.
Asyik nak kena study je. pressure amat.
Adik, Syahidatul Qistina berjaya dapat 6 A SPM baru2 ni.
Dia risau mama tak happy pulak dah.
Tak payah risau la kakcik, banyak lagi benda nak fikir.
Semalam makan mi ruski tomyam.
dimasak menggunakan teknik yang betul, bukan takat rebus je.
terima kasih saya kepada kepada pembekal dapur gas mini.
saya dan Mr.H menangis kegembiraan sebab dapat makan sedap.
malam ni goreng nasik pulak. makan dengan kari ayam.
tapi, makanan tanpa air yang sedap adalah set hidangan yang tidak sempurna.
justeru timbul idea untuk membekukan air sirap yang bakal mengiringi hidangan malam ni.
'tapi..' sampuk Mr.H, sahabat saya yang membekalkan kari ayam, 'air sirap tu nanti nak minum jugak lepas main volleyball petang besok, macamane nak bekukan untuk malam tu?' kata Mr.H dalam nada risau
'mudah' jawab saya ringkas.
'kita buat 2 botol besar. 1 untuk lepas main volleyball, 1 untuk hidangan malamnya.'
'bagus idea tu. jom. kau pegi bancuh, aku nak mesej2 kejap'
ringkas jawab Mr.H sambil berteleku di depan hensetnya.

Tuesday, March 2, 2010
nasi dan jiwa ku
lain kali, kalau nak diet, kena diet slow2.
mana boleh nak berhenti makan nasi selama sminggu.
tak logik langsung.
nasi tu separuh daripada kehidupan saya.
apakah makna hidup tanpa nasi?
lahir2, mama dah bagi makan nasi.
waktu majlis cukur jambul, orang x bagi makan kismis ke, kurma ke,
orang bagi makan nasi kerabu terus.
sarapan nasi, makan tengahari nasi, minum petang nasi, makan malam nasi, minum malam nasi.
jadi macamana boleh tak ambil nasi selama seminggu?
mereka yang menghasut suruh diet dengan cara ambil nasi dengan kuantiti sedikit..
tapi apa maknanya?
nasi hanya akan bermakna dengan kuantiti dua senduk satu pinggan
dengan kuantiti lauk yang memikat jiwa.
jadi macamana boleh tak ambil nasi selama seminggu?
5 hari kemudian...
berat bertambah lagi 2 kilo..
pegi mati dengan diet..

Friday, February 19, 2010
kenapa makin kurang neh?
post yang saya tulis semakin kurang bulan demi bulan. last month, hanya satu post.
Bulan ini bakal menerima nasib yang sama..
Apa sudah jadi pada keazaman untuk menulis?
Saya penat sebenarnya.
Ada masalah akademik sampai dah tak sempat nak fikir nak tulis apa.
Dah berhenti berfikir kejap pasal masalah disekeliling..
Asyik sibuk pasal masalah sendiri.
Di kesempatan ini saya ucapkan tahniah kepada diri sendiri sebab masih tak meninggal dunia setelah masalah2 yang terpaksa ditangani.
Thanx a lot Allah.
nasib baik la saya ni orang Islam.
Ada la tempat nak bergantung when all else fail..
Mungkin bila ada lebih banyak duit, hidup akan lebih bahagia?
Mungkin.
Yang penting, satu daripada kekosongan saya dah berisi. Bukan perut. kekosongan lain.
Thanx Allah sebab tolong banyak dalam nak selesaikan masalah2 ni.
Sekarang ni kena mencari jalan bagaimana nak bangun subuh sebelum Ansari (room mate), dan kejut dia pulak bangun subuh.
Tension betol asyik dia je kejut.
Kalau bangun pukul 6, pukul 5.45 dia dah bangun dulu.
Kalau bangun pukul 5.45, dia dah bangun pukul 5.38.
Kalau bangun pukul 6.30, memang sah2 dia dah kejut awal2 lagi la.
Kesimpulannya?
Banyak perkara makin kurang dalam hidup.
Ibadat, Ilmu, Duit, etc2.
Semoga bertambah semuanya lepas ni.
Thursday, January 7, 2010
salah siapa? salah semua?
post pertama pada tahun ini di tulis 20 hari setelah menyambut 1 Januari lalu.
Mengapa ada orang yang melompat2 menyambut 1 Januari, masih kekal misteri.
1 Januari hari yang biasa, tapi menandakan permulaan bagi pengakhiran hari dan tahun semalam.
Permulaan baru, bermaksud kita boleh mencipta azam baru atau meneruskan azam yang sedia ada.
Lupakan kisah lalu, dan terus berusaha mencapai kehendak diri demi masa depan.
Tapi mengapa, contohnya, tidak buat azam baru pada 24 Mei 2009?
Nak sedar diri kena tunggu setahun?
Maka tiada justifikasi untuk melompat2 pada malam tahun baru. Ia hari yang biasa. Disebut sebagai tahun baru atas dasar memudahkan urusan pejabat.
Baiklah, selesai kelas History bersama Mr Brookes tadi.
Kepala berserabut.
Perbincangan mengenai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau United Nations (UN).
Tentang Majlis Keselamatan (Security Council) dan Perhimpunan Agung (General Assembly).
Dan isu Palestin-Israel dari sudut sejarah, undang-undang antarabangsa, polisi dan pendirian PBB serta isu2 teknikal berkenaannya.
Melalui perbincangan, kita sedar betapa susahnya untuk menyelesaikan krisis tersebut.
Jika ingin diceritakan secara teliti, terlalu panjang.
Secara mudahnya,
The General Assembly has the power actually to form a war crime tribunal against Israel through certain resolutions and articles. For example, the 'Uniting for Peace' resolution.
However, to try someone, there has to be evidences. And, personally, that is the hardest part in this case. How can u prove that they deliberately fire missiles to kill civilians and not the militant?
How can u prove that they are not deliberately initiates war but instead are responding to attacks on them, to defend themselves? And lots of other vague issues that are hard to be answered.
Susah, tapi tidak mustahil.
Dan segala serangan dan gangguan yang kononnya dilaksanakan oleh Muslim di serata dunia kini tidaklah membantu melainkan mengalih perhatian dunia dari isu Palestin-Israel ini lantas melengahkan lagi usaha menyelesaikan konflik.
Contohnya, isu bakar gereja di Malaysia. isu cubaan mengebom pesawat di Amerika Syarikat.
Tak membantu wahai kawan2ku, saudara saudari Muslimin Muslimat sekalian.
Langsung tidak membantu.
Lepas ni kelas IELTS. Bahasa Inggeris. Ada ujian bulan depan.
Subscribe to:
Posts (Atom)