Tuesday, March 30, 2010

Pengalaman Tak best lansung

banyak orang yang lupa mereka akan mati.

Termasuk lah saya.

Kenapa kita perlu ingat mati?

Bagi saya adalah untuk memastikan kita dapat makan apa yang kita nak sebelum kita mati.

Yelah, nanti kalau dah mati, dalam kubur mana nak dapat lamb chop.

Mana nak dapat grilled chicken chop.

Berdasarkan pendirian ini, saya pergi ke Alamanda untuk makan Piza Hut seorang diri pada Sabtu malam Ahad 27 Mac 2009.

Sampai di Alamanda, saya singgah dulu di Carefour dengan niat nak search komoditi yang nak dibawa ke kolej keesokan harinya.

Setelah membuat survey umum, barang-barang yang nak dibeli sudah pun dikenal pasti dengan harga yang berpatutan.

Saya beransur ke Piza Hut dulu tapi kecewa melihat barisan manusia yang turut nak merasa Piza Hut begitu panjang.

Mengapa mereka begitu bersemangat nak makan Piza Hut malam ni?

Mengapa tidak Kenny Rogers atau the Chicken Rice Shop?

Mungkin mereka turut mengingati mati.

Maka saya beransur untuk makan Grilled Chicken Chop di medan selera RASA Alamanda sahaja.

Syukur, mungkin disebabkan niat yang betul, seksyen makanan barat tidak ada orang.

Abang yang jual cakap grilled chicken chop dengan chicken chop biasa ni bezanya adalah ayamnya dipanggang berbanding chicken chop biasa dimana ayamnya digoreng.

Sekarang jelas mengapa namanya grilled chicken chop.

Sebenarnya saya tidak ada idea untuk menulis hari ini.

Tapi sebab nak menulis jugak, tulislah pasal western food.

Selamat menjamu selera

Wednesday, March 24, 2010

Bosan Amat

Hari ini bermula seperti hari-hari biasa di rumah..

Bangun pkul 6.30, solat, tidur semula, bangun pukul 11.30

Seperti biasa, bangun2 pagi - tengahari, saya cari makanan.

Breakfast-lunch.

Pagi ini, Nasi Goreng, Telur dan Roti goreng telur

Telur makanan ruji di rumah..

Sama macam nasi.

Sambung baca history, economics, english literature.

Hari ini rasanya agak berlainan..

Kedatangan Asfar, anak jiran sebelah berumur 5 tahun, menceriakan keadaan rumah.

Tapi ada sesuatu yang dirasakan lain hari ini.

Bukan kerana adik Asfar.

Mengapa ya?

Terlintas di mata ketika melayari The Star Online, Zulkifli Noordin , a former PKR, was told to link PM and Wife to Altantuya murder.

However he did not name anyone who he claimed have try to bribe him to do the linking.

Saya yang pada mulanya malas nak fikir pasal isu Altantuya ni dan fokus pada study, kembali beralih tumpuan.

Di fikiran terfikir, apakah masa depan negara kita 10, 20 tahun lagi.

teringat pula semalam, terbaca di BBC USA

A Prom Night was cancelled at a school in Minnesota because a girl was was going to bring her lesbian partner with her as her date.

People start arguing about her freedom of expression.

hmm..

Apa pula masa depan dunia 10, 20 tahun lagi.

Sebab sekarang, manusia lebih memikirkan bagaimana untuk hidup sesuka hati.

Mereka terlupa untuk berfikir, mengapa manusia dijadikan lelaki perempuan.

Monday, March 22, 2010

Cuai betul ayah mak mereka

Kebelakangan ni, semakin banyak dengar berkenaan buang bayi.

Tepi tong sampah, dalam tandas, dalam tong sampah, tepi semak.

Lebih menakutkan apabila bayi bukan saja dibuang, tapi baru2 ni, dibakar.

Pendapat peribadi.

Celakalah mereka yang terlibat.

Pendapat peribadi lagi.

Saya rasa yang terlibat ni selalunya orang yang tak sengaja terbuat bayi2 ni.

Disebabkan saya ni orang Islam Melayu, saya komen dari kacamata Islam Melayu.

Situasinya macam ni,

Kalau ikut prosedur Islam, kena kahwin, sah, baru boleh buat anak.

Selalunya, orang sayang anak2 ni. yelah, baby comel baru lahir. semua nak cubit pipi.

Tapi, ada golongan ni, dah terbuat anak tanpa lesen nikah yang sah.

Kantoi..

Kalau tiba2 perut bunting, majlis akad tak buat lagi, apa kata orang pulak kan?

Penyelesaian?

Menyorok dari mata umum.

cukup 9 bulan, anak yang tak bersalah tu lahir, kita letak tepi tong sampah. tempat anjing liar cari makan.

Lain kali, kalau nak buat hubungan seks, ingat, kena kahwin dulu. mana2 agama pon macam tu.

Kalau tak kahwin, inilah jadinya,

orang lain gembira mengandung, kita fikir macamana nak sorok perut.

Jangan zina.

Kalau dah tak sengaja jugak, pergilah mintak bantuan. jangan sembunyi.

Masa-masa macam ni, cukup sesuai kalau nak ingat Tuhan.

bila dah ingat Tuhan, at least boleh fikir rasional sikit.

Malaysia ni sebenarnya ada banyak persatuan yang boleh membantu.

Pesanan umum kepada masyarakat pulak.

Kalau tiba2 dah terjumpa pasangan yang mengandung anak luar nikah, jangan la benci memanjang.

Bagilah sokongan sikit.

Dasar manusia bodoh kalau asyik nak mengutuk sahaja kerjanya.

Kalau dah semua orang kutuk, padan la anak luar nikah tu kena buang.

Apa-apa pun,

Kita tidak boleh duduk sahaja, mengharapkan semua orang akan menjadi Muslim sejati.

Kita kena berusaha.

Didik dari kecil, suruh mereka berfikir, harapkan ibu bapa, ustaz ustazah, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral, bagus, tapi itu sahaja tidak cukup.

Jadi lebih realistik. Tunjukkan dan maklumkan kepada umum tentang saluran yang betul jika terjadi masalah2 seperti ini.

Ajarkan didikan seks pada umur yang sesuai.

Buang stigma membenci dan jijik kepada diskusi masalah ini.

Paling penting, sedar diri sendiri sebelum sedarkan orang lain.

Wednesday, March 17, 2010

Saya 1A Sejarah SPM

Mengapa saya suka belajar History di kolej berbanding Sejarah di sekolah?

Kalau di sekolah kita disuruh menghafal, di kolej kita disuruh berfikir, menganalisa, dan menghafal.

Saya memang pemalas.

tapi saya tahu yang belajar sejarah begini lebih baik dari belajar menghafal di sekolah.

Ada manusia yang menyalahkan guru kerana tidak mengajar dengan betul

Kononya guru tidak menerapkan nilai2 murni tentang sejarah negara kita kedalam diri para pelajar.

Saya tidak bersetuju.

Guru mengajar pelajar untuk menghafal kerana hafalan yang diperlukan untuk lulus peperiksaan.

Guru mengajar pelajar untuk menghafal kerana peperiksaan seperti SPM menjadi teras kepada pendidikan kita.

dan peperiksaan memerlukan pelajar untuk menghafal.

Lihat struktur soalan sejarah.



Setiap daripada pilihan jawapan di atas boleh diterima dengan hujah yang betul.

Tapi jawapan yang betul hanya terdapat dalam buku teks.

Jawapan yang lain tidak di terima.

Kerana pelajar kita diajar untuk tidak berfikir..

tetapi menerima bulat2 apa yang diajar dalam buku teks, tanpa berfikir, without the ability of reasoning.

Jadi mengapa salahkan guru kerana mengajar pelajar-pelajar mereka untuk lulus dan dapat A semata-mata?

Mereka hanya membantu pelajar mereka mendapat tempat yang baik di universiti yang baik.

Tuesday, March 16, 2010

terganggu

kadang2, kita mimpi benda yang tak patut.

Ap yang terjadi

dulu, sekarang, akan datang

benda2 yang kita tak mahu ingat dan tak mahu tahu

tapi apa yang mampu kita buat?

mimpi kita diluar kawalan kita sendiri

Kenapa?

apa maknanya?

apa yang minda kita cuba nak beritahu?

setakat Cat's Eye, jauh tak tertanding..

mimpi manusia ada maksudnya sendiri.

shit!!

Aku tak mahu tahu!!!

Aku tak mahu ingat!!!

Tuhan bantu aku..

Allah, help me..

bangun dengan basah peluh

itu bukan normal..

bangun dengan denyutan jantung yang laju..

itu bukan normal..

tunjukkan aku jalan yang lurus..

shoot..