Wednesday, May 12, 2010

Mereka Berusaha Setiap Hari

Lapar, Sunyi, Penat, Marah, Cemburu, Mengantuk, Takut

Semua ini perasaan negatif yang saya rasa sekarang. Tapi entah macamana, saya masih mampu bersabar dan tidak mengamuk tak tentu pasal bila bertegur sapa dengan manusia lain.

Mengapa mereka bahagia sedangkan saya masih belum bahagia? Ini soalan retorik, tak perlu buang masa fikir jawapan.

Bila terlihat makcik berbaju putih itu menyapu lantai dan mengemop lantai di kolej, saya tertanya-tanya, tidak penatkah makcik itu? Ada cerita yang saya tengok mengutuk pekerja-pekerja pembersih ni. Katanya " tempat yang kau cuci sekarang nanti kotor semula. Jadi apa signifikan kerja kau kat dunia ni? Kau tak mampu ubah apa2"

Saya rasa macam nak bagi penumbuk kat pelakon tu. Tapi saya tahu pelakon tu tak salah. Ini kerja penulis skrip. Maka saya rasa macam nak tumbuk penulis skrip cerita tu pulak.

Kalau makcik berbaju putih tu tak bersihkan setiap hari, hiduplah pelajar KYUEM ini dikelilingi kotoran dan lumpur dek banjir dan tanah yang dipijak setiap hari. Maka makcik tu, pahalanya setiap hari datang bila setiap pelajar yang nak pergi belajar selesa berjalan atas lantai yang bersih.

Jadi, jangan la sombong sangat kawan-kawan sekalian. Kalau terserempak makcik, kakak, abang atau pakcik yang berbaju putih dan sedang membersihkan halaman kolej, lontarkanlah senyuman sekurang-kurangnya.

Mungkin bukan kerana sombong, tapi anda segan nak senyum kepada mereka, atau tak ada mood kerana baru lepas dapat markah ujian yang tak sedap hati melihat.

Saya tak akan hakimi sesiapa. Anda ada alasan tersendiri.

Tapi kalau alasan anda sebab anda rasa mereka tu tidak signifikan, silalah beritahu saya. Saya bagi direct penumbuk sekali kat biji mata belah kanan. Pipi style.

Tuesday, May 11, 2010

Sedih Hati Ku Mana la Orang Nak Tahu

Perasaan yang tidak senang bila kita sedang tidur nyenyak, tiba-tiba diganggu suara yang kuat yang tidak faham akan kemahuan kita yang hendak tidur.

Tapi terpaksalah bersabar lebih-lebih lagi jika orang yang bersuara itu adalah empunya bilik tempat anda tidur.

Saya tidur jam 4.00 pagi. Bangun 6.30 menunaikan kewajipan. jam 6.55 ketika rasa ingin lelap semula, sahabat saya Mr.Bil yang baru pulang dari surau bersuara dan agaknya perasaannya gembira.

Sambil menyanyi sedikit dan bicara sorang diri, Mr. Bil buat saya tidak boleh tidur. Dia sedang bersiap-siap. Ya, saya tidur di biliknya ketika itu.

Perasaan sabar saya kuat walau hati ini amat terganggu sebab nak sangat tidur. Seketika kemudian, dia beransur pergi, nak bersarapan katanya.

Saya terus terlelap. Terjaga semula jam 7.45 pagi. Saya teringat yang saya ada kelas jam 8.15 pagi.

Bangun dari katil Mr.Bil, saya pulang ke bilik sendiri untuk bersiap. Jam 8.10, saya bersedia untuk ke kelas. Biasalah, lelaki bersiap sekejap saja. Baju pun dah seterika semalam. Nasib baik.

Habis kelas jam 9.45 pagi. Jam 10.15 saya pulang ke bilik untuk sambung tidur. Mengantuk yang teramat sangat hinggakan terasa seperti saya seperti terbang ke bilik, dan bukannya berjalan.

Saya ke bilik Mr.Bil kerana katilnya empuk dan lebih selesa dari katil sendiri yang tidak bercadar ketika ini.

Mr.Bil sedang tidur di atas katilnya. Maka saya hamparkan sejadah di tepi katil dan tidur dengan harapan boleh terjaga jam 11.15 pagi.

Jam 10.50 pagi, sekali lagi terjaga sebab suara.

Ada orang masuk ke bilik Mr.Bil nak jumpa dengan beliau. Mr. A. Mereka mula berborak..

Saya tidak boleh tidur kerana sudah terjaga dan suasana yang tidak sesuai.

Saya bangun dari perbaringan, saya sambung belajar History.

Friday, May 7, 2010

Mengarut Lagi. Banyak ilmu gua.

Penat saya hari2 lalu

Ada ke patut dah nak exam boleh pulak keluar pergi The Curve

Tengok Iron Man pulak tu.

Makan piza hat pulak tu.

Layan2. balik dah malam2.

Baru je cakap suruh balik rumah pukul 10.

Takpe. saya bukannya duduk kat rumah sekarang ni. duduk kat kolej kot.

Nanti ada la yang label hipokrit la, ayam, tak baik, tak beriman, puasa tak cukup bulan, macam2 lagi la.

Tak apa2. saya sabar.

Yang penting, saya dah atas 18 tahun. sebab tu masuk kolej, bukan masuk sekolah menengah dah.

Masuk bulan Disember ni, saya umur 20 tahun.

Mochi, lu jangan marah brader. Gua jumpe lu punye cawangan kek nasi MochiMochi. sejak biler lu pandai masak jepon ni? Gua ingat lu nak stat api pong tengah belajar lagi.

Apa yang penting, sekarang ni tengah usaha tahap ayam penyet nak belaja rajin2.

Kalau tak, tak merasa la saya nak main salji di London.

Apatah lagi tangkap gambar ramai2 pastu hantar ke Salam Perantau surat khabar Kosmo ke, Berita Harian ke.

Sahabat saya punya blog, baru lepas kena kutuk ramai-ramai dengan orang yang tak gemar dia tulis pasal boy band korea.

Sabar la manusia. Kalau asyik nak marah sahaja, bosan jugak.

Hari ni hari Jumaat, saya pakai baju Melayu hijau.

Memang segak habis.

Saya pun tergoda dengan diri sendiri bila tengok cermin

Nasib baik saya minat perempuan.

Tuesday, May 4, 2010

Pukul 10 malam, balik rumah..

Allahyarham Aminulrasyid meninggal kerana ditembak polis ketika membawa kereta tanpa lesen di tengah malam.

Arwah berumur 14 tahun.

Apa yang terjadi masih dalam pertanyaan.

Pihak polis keluarkan kenyataan, kereta yang dibawa arwah reverse dan cuba melanggar anggota polis yang melepaskan tembakan.

Hari ni, sahabat Aminulrasyid yang ada ditempat kejadian, Azamuddin, di dalam kereta bersebelahan Aminulrasyid menidakkan kenyataan itu.

Saya ada terbaca jugak yang kaki arwah Aminul pun dah terkena tembakan awal menyebabkan kakinya terus tertekan accelerator minyak.

Apa yang terjadi sebenarnya?

Kita masih belum tahu.

Pada pihak yang bencikan polis, jangan biarkan stigma dan prejudis menguasai diri dan mengutuk polis ikut suka hati je selagi belum ada apa-apa yang terbukti.

Pada pihak yang menyalahkan arwah pulak, ingatlah Arwah baru berumur 14 tahun dan kemungkinan arwah untuk cemas dan takut dalam situasi tersebut adalah besar.

Sabar dahulu.

Tapi apa yang pasti, ibu-bapa jagalah anak-anak elok2.

Dalam kes Allahyarham Aminulrasyid, ibunya sendiri tidak sedar yang Aminulrasyid keluar dari rumah malam itu dan menggunakan keretanya.

Jangan biarkan perkara-perkara sebegini terjadi lagi.

Terutama pada ibu-bapa yang ikut suka hati nak bagi anak-anak, terutama remaja, keluar sampai tengah malam. Ambil tahu apa yang mereka buat.

Saya baru berumur 20 tahun dan tahu yang anak-anak bukan malaikat. kami boleh buat benda mengarut dibelakang ibu-bapa.

Al-Fatihah buat Allahyarham Aminulrasyid.

Takziah buat keluarganya.

Monday, May 3, 2010

Molekul air ku cantikkah?

Bila bercakap, tahu apa yang kita cakapkan?

Adakah lebih baik untuk membiarkan atau menegur?

menghakimi dengan luaran?

Senyap itu baik?

Atau menegur itu baik?

Adakah suatu benda boleh diklasifikasikan dengan begitu senang?

Perlunya berfikir sebelum berkata?

Atau berkata tapi terlupa untuk berfikir?

Bagaimana jika apa yang difikirkan itu terlalu lama?

Maka tidak sempat untuk menegur?

Adakah sebegini rumit pemikiran?

Rumit pemikiran orang yang rumit?

Sengaja rumit?

Atau dilahirkan rumit sebagai ujian Nya?

Atau realistik kehidupan?

Soalan demi soalan?

Atau lebih baik usaha mencari jawapan?

Perlu definisi untuk segalanya?

Atau metafora segala kata-kata?

Sabar dahulu..

Bersangka baik kan lebih baik?

Khas untuk hamba Allah IT lab 3

P/S: Untuk maklumat molekul air, sila klik di sini