Saturday, April 16, 2011

Emosi tidak stabil menghasilkan ayat berima

Tuhan tolong saya

Matlamat hidup saya masih tak jumpa

Sekadar cinta manusia, rasanya tak akan lama

Maka cinta yang fana, cinta padaNya

Tahu apa yang saya mahu dahulu

Tidak perlu tahu benda yang tidak perlu tahu

Hati kata tidak tahu

Mata kata yang itu

Tapi yang itu bukan satu

Dengarnya mata kuat menipu

Hati selalu jadi mangsa dusta

Hati pun tambah keliru

Rasa resah yang makin gundah

Virus jiwa yang tidak sudah

Wang dan Ilmu

Nafsu dan Cinta

Akal dan Jiwa

Semua menjerit dan meronta

Bagai tubuh ini tidak ada orang yang punya

Sakit hati

Tidak tahu bilakah akan berhenti

Memori lama asyik-asyik datang melawat

Bukan kah hati ini tidak mahu lagi ingat?

Mengapa datang juga?

Apa matlamat dan hikmah yang Esa?

Manusia tidak tahu.

Aku mahu

Tapi adakah aku perlu?

Aku ingin

Tapi rasanya akal ini suka bergurau bermain

Saturday, April 9, 2011

Bulan April ini kita mengarut lagi

Kita ada video lucah baru di pasaran.

Hasil usahama kerja keras trio Datuk T.

Tahniah diucapkan kerana mengembangkan lagi pemikiran rakyat Malaysia.

Kita ada kes kematian yang melibatkan SPRM lagi.

Kali ini, Allahyarham Sarbini.

Jika anda tidak tahu apakah itu SPRM dan anda seorang rakyat Malaysia, sila hantuk kepala di dinding dalam kiraan 10. 1. 2.

Kita ada pilihanraya di Sarawak.

Dah nak mengundi barulah nampak yang nak diundi turun bersalam orang di kedai kopi.

Mereka ni tak rasa bersalah ke?

Tuesday, March 22, 2011

Apa kaitan lapar dan rindu?

Saya ni lelaki yang susah nak cakap kepada diri sendiri yang dia tengah rindu keluarga.

Tapi kali ni, tidak.

Rindu rasanya keluarga.

Mungkin apabila perut lapar, rasa rindu akan makin kuat

Seperti yang sedang berlaku ketika ayat ini ditulis.

Tetapi, adakah perut lapar = Rasa rindu?

Adakah Rindu pada keluarga sebegitu sahaja tempatnya?

Oh tidak.

Kawan kawan, banyak benda boleh cetus rindu pada keluarga ya.

Diantaranya apabila dah lama tak berjumpa, masuk program motivasi, dengar ceramah dengan musik klise yang agak2 sedih,

Tengok video2 keinsafan, tengok gambar mak ayah, dan juga...

lapar.

Teringat masakan di rumah..

Minggu ni mungkin boleh balik rumah sekejap kot.

Sunday, March 20, 2011

Kembali Ke Dunia Debat.

Kembali ke dunia perdebatan Bahasa Melayu sejak kali terakhir pada 2007.

Tapi kali ini di peringkat universiti.

Amat kompetitif.

Dapat merasa 'first hand' pengalaman bertanding di peringkat IPT.

Debat Integriti.

Kalah.

Sheez..

Masih mencari-cari tapak sendiri.

Tapi team saya memang mantap.

Kredit kepada Kak Zam, Kak Alya, Putera Afzal.

Coach saya pun mantap

Kredit kepada Abg. Zarul, Abg Bonat

Penyokong pun mantap

Kredit kepada Nurus, Ada, Leya, Audy, Mizi, Abg Izat, Abg Jo, Abg Nasa, Abg Azmi, Kak Mas

Terima kasih semua.

Mungkin kena turun semula melihat latihan bahas adik2 di sekolah.

Shit, gila kompetitif debat IPT.

Aku dapatkan Piala tu next year.

Sejarah lalu, sejarah yang telah lalu.. pedulikan

Cipta Sejarah yang baru.

p/s: kenapa mimpi ada orang kahwin? jangan jadi kenyataan..

Monday, March 14, 2011

Nasi Belauk: The mother of all Nasi

Jumaat lalu pulang ke Kelantan.

Sampai pada jam 5.30 pagi +-.

Jam 7.30 mama kejut suruh ikut dia beli nasi belauk buat sarapan.

Almaklum, rumah ni beras tak sempat nak beli lagi sebab tak ada manusia yang duduk sejak bulan2 lepas.

Dengan perasaan ngantuk, pergilah.

Tempatnya tak lain tak bukan berhampiran bulatan Pasir Mas, gerai nasi belauk paling famous bagi keluarga ni.

Bawah pokok saja gerainya.

Tapi, pada jam 7.30 pagi, dah belasan orang menunggu giliran masing2 membeli bungkusan nasi.

Selain nasi belauk, ada nasi kerabu, nasi dagang, kuih muih, etc2.

Mama beli dalam 16 bungkus. Nasi belauk ada, nasi kerabu ada, nasi dagang ada.

Banyak? memang banyak.

Kenapa? mama memang beli extra selalu.

Kenapa?

Sebab keluarga saya memang cukup suka nasi belauk, nasi dagang, nasi kerabu.

Mesti ada yang tambah.

Saya memang sudah pasti tambah.

Tak masuk adik2 lain, kakak, abang, ipar2, etc2.

Maka bermula pada pagi itu, bermulalah rejim diet yang tidak sehat sepanjang di Kelantan.

Pagi nasi. Tengahari nasi. Malam nasi.

Proses yang sama diulang selama 3 hari.

Itu tak masuk yang tambah nasi pulak.

Hari ke3 pulak memang ada buat kenduri di rumah (tujuan balik).

Memang obes aku kalau tinggal di Kelantan lama2.

Fuh.

Senarai Kecintaan.

Selepas agama, rasul dan ibubapa.

1.Makanan
2.Kekasih
3.Negara

p/s: siapa yang tak tahu apakah itu nasi belauk, nasi dagang, nasi kerabu, brengsek lu. Ambik tahu la weyh!