Saturday, August 13, 2011

Alkisah lelaki dangkal fikiran

Ada seorang lelaki..

Fikirannya kadang cetek, kadang terlalu dalam.

Di masa dia cetek fikirannya, lidahnya mengambil alih tugas.

Mengaburi akal mereka di sekeliling dengan kata-kata yang kononnya bijaksana.

Mereka yang di sekeliling pula ada masa percaya, ada masa akal mereka bijak mentafsir.

Sehingga suatu masa, lidahnya tidak berhenti berkata-kata.

Lidahnya terluah kata-kata, yang kononnya bijaksana pada rupa, namun amat bodoh pada sifatnya.

Maka lelaki itu terlupa akan fikirannya yang cetek tatkala dia sendiri terpedaya dengan lidahnya sendiri yang bercbang dua, tiga.

Dia percaya ketika itu dirinya yang paling bijaksana. Walhal sifat lidahnya sendiri yang berfungsi ketika itu hanyalah untuk mengabur akal dan telinga.

Lelaki itu terpedaya oleh diri sendiri.

Maka hilanglah lelaki itu suatu harta, yang pada fikirannya yang paling dalam, nilainya amat berharga.

Ketika lelaki itu sedar, sudahlah terlambat.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Harta yang cukup bernilai itu hilang, berlalu begitu sahaja..

Sesal lelaki yang dangkal fikiran itu tidak berkesudahan.

Lidahnya kini kelu..

Lelaki dangkal fikiran terus membisu..

Wednesday, August 10, 2011

Kisahnya

Gadis yang tersenyum manis itu

Dia dilitupi selendang..

Ayu wajahnya..

Dengan mata bundar yang melirik manja.

Tetapi itu kisah dahulu.

Kisah yang masih menghantui mimpi

Kisah yang masih menghantui bila mata pejam.

Dahulu bukanlah terlalu dahulu.

Rupanya kisah itu masih ada.

Mata bundar masih melirik manja.

Tetapi lirikannya bukan pada dia.

Tuesday, August 9, 2011

Sakit saya

Kalau selalu macam ni,

Rasanya tak lama boleh hidup.

Sakit gila.

Monday, August 8, 2011

Masih lagi..

Masih disini..

Masih termangu..

Masih tidak tahu mana arah tuju..

Masih menunggu keajaiban akan berlaku..

Masih berdoa..

Masih berputih mata..

Masih sakit..

Masih berdarah..

Masih lagi manusia biasa..

Masih tidak punya upaya..

Masih menulis, bermadah kata..

Namun

Masih tidak mengubah apa2..

Tidak mengubah apa2..

Sunday, August 7, 2011

Soalnya pada diri sendiri

Ya Allah bantulah hambamu pulih dari luka ini.

Luka ini terlalu dalam.

Ditoreh pisau dalam tangan sendiri

Kelak mati hati kerana insani

Aku masih mahu

Namun kemahuanku bukan pada izinmu Tuhan.

Kelak usaha tinggal usaha

IzinMu jua yang akan ditagih

Jika jadi maka jadilah ia

Ya Allah ubati jiwa hambaMu..

Ya Allah peluklah hambaMu ini dengan berkat rahmatMu.

Bantu aku Ya Allah