Wednesday, August 8, 2012

miami

terima apa sahaja makian jika anda rasa anda layak menerimanya.

jika tidak layak pun, terima sahaja dan cuba perbaiki diri.

untuk mengubah manusia, ubah cara manusia biasa.

zaman kini, baik hati dan berbudi bahasa itu kita pandang luar biasa.

entah mengapa, lebih selesa diam diri.

dalam kalangan yang lebih besar, cukup mudah bicara.

namun bila sampai tahap mikro manusia, kita diam.

Tuesday, August 7, 2012

Dilema Lumrah

Itu bukan soalnya.

Soalnya saya tidak ingin tahu.

Dan awak patut tahu saya tidak ingin tahu.

Kata Linda pada Rahman.

Dilema lelaki di mana-mana

Tidak kata salah.

Kata pun salah.

Skil di sini ialah untuk tahu apa yang ingin didengari.

Bukan kata apa yang di hati..

Bunyi macam tidak jujur.

Kadangkala jujur bukan jawapannya..

Lumrah hidup begitulah..

Abang Mano Sayang LCW

Abang Mano ni nak kata bijak, saya pun tak tahu tahap mana dia belajar.

Tapi dia memang tak berapa bijak.

Apa motif orang tengah semangat-semangat sokong Lee Chong Wei dia pergi cakap-cakap macam orang tak faham hubungan manusia ni?

Kaitkan dengan politik pulak.

Sedih la Abang Mano.

Tidak ada common sense.

Bunyi cakap konon macam nak kaitkan dengan logik akal.

Kalau lebih baik, mengapa tidak menang.

Logik habis Abang Mano.

Logik ini senang-senang sahaja boleh didebatkan jika berbicara dengan orang yang lebih tahu pasal permainan.

Tapi yang susah nak didebatkan adalah emosi manusia.

Jika ketika itu orang tengah rasa sedih, bangga, jangan pergi contra. Bukan dapat apa-apa manfaat pun Abang Mano.

Dapat maki adalah.

Thursday, August 2, 2012

mama mia

It is not hard at all.

But you are making it difficult.

If you just not say anything.

Everything should be fine.

Now it is hard.


Tuesday, July 31, 2012

inspirasi

saya bosan malam ini.

saya sms teman wanita.

kredit tiada.

saya minta dia ke laman muka buku.

kami berbual di situ.

ada teks yang muncul cepat

ada teks yang muncul lambat.

hubungan yang tertakluk di bawah kuasa talian komunikasi moden.

beginilah cara untuk teruskan hubungan.

di dunia kapitalis.

satu hubungan disandar pada ketamakan manusia.

tidak mengapa.

lupakan sebentar buruk sisi manusia.

lihat kepada yang indah.

saya punya wanita istimewa.

dia layan karenah saya.

walau kadangkala meroyan bagai nak gila.

gurau.

jangan marah cinta.

terlalu banyak sisi indah pada diri dia.

blog ini akan jadi blog cinta jika mula bercerita.

saya sayangkan dia.

itu sahaja.