Monday, January 28, 2013

practical

besok aku nak mula latihan industri. practical.

hari ini, kaksah masak nasi ayam, mama buat colek malas versi udang.

hari ini, aku tolong promosi borang alumni sekolah. suruh budak2 isi.

sekarang aku tengah baring sebab rasa malas nak berdiri atau duduk.

katil aku sedap. empuk, tebal, lembut.

besok aku nak mula practical.

tempat dia di Nizamuddin Hamid & Co, Cyberjaya.

30 hari.

Sunday, January 27, 2013

baring

aku tengah baring atas katil ni.

kenyang baru balik majlis kahwin.

itu saja nak bagitahu

Monday, December 31, 2012

Puncak Setiawangsa

saya dilahirkan di Hospital USM Kubang Kerian, Kelantan pada 10 Disember 1990.

Tahukah anda saya tinggal di Kelantan sejak saya lahir sehingga saya masuk darjah 1. 

Saya bertadika di pra sekolah Chica Tinggi. Arwah ayah (datuk saya) imam kampung. saya pergi tadika naik basikal. Nampak nilai berdikari di situ?

Paling best mek(nenek) suap nasik belauk pagi2 dengan budu. agak2 hari sabtu ahad tu, tengok kartun batman di tv2.

mek kadang2 ajak tengok wrestling malam2 tv1. 

Darjah 1, abah saya bawak keluarga pindah ke Kuala Lumpur. Duduk di Bukit Setiawangsa.

Kawasan Puncak Setiawangsa yang baru ada kes tanah runtuh beberapa hari lepas, rumah saya dulu di bawahnya.

Puncak Setiawangsa tu memang dari dulu saya dah agak, tunggu masa nak jadi apa2 tragedi.

Nasib baik tidak ada manusia cedera. Cuma rugi duit sebab rumah banglo runtuh ada.

Ramai juga kawan2 sekolah rendah yang rumahnya di Puncak. semoga mereka dan keluarga selamat.

itu saja nak cakap sebenarnya. Punya panjang intro pasal sejarah kehidupan gua.

Tuesday, November 27, 2012

Irama Bola Negara

Perangai Penyokong Bola bila team Malaysia Harimau Malaya kalah.

Sangat berbeza bila Harimau Malaya menang.

Tapi lawan Singapore haritu memang macam haram pun Harimau Malaya main.

Nak cakap apa lagi?

Hanya kekecewaan yang mampu diluahkan.

Good Luck K.Rajagopal n Harimau Malaya lawan Laos nanti.

p/s: video bawah ini contoh manusia yang memalukan Malaysia

irama catchy, lirik macam orang tak belajar

Tuesday, November 20, 2012

Update.

Update Kehidupan Setakat ini.

1. Semester 4 Undang-Undang membawa banyak kerja bersamanya. Terasa bagai sudah mula hidup sebenar. This is where it gets real.

  • Mooting dah mula. Macam nak mengalir air mata Mooting ni. Banyak kes nak kena cari. Sehingga semester 3, memang pemalas nak rujuk kes. Sekarang, penangannya, tak biasa kerja mooting.
  • Legal Research Methodology. Belajar buat research. Pun macam haram banyak kerja.
  • Yang lain tahap kesukaran yang dah biasa dilalui, namun masih sukar.
2. Aktiviti bersama Kelab Debat dan Pidato Bahasa Melayu UiTM banyak tersangkut-sangkut. Komitmen tidak dapat diberikan sepenuhnya. Rasa bersalah ada, rasa bertanggungjawab ada. Dem.

3. Dah mula ambik lesen kenderaan. Motor dan Kereta. Baru lepas ujian komputer. 45/50. Ok la.

4. Tengah fikir macam mana langkah terbaik nak zahirkan ketiakpuasan hati terhadap Israel.

What The Hell ISRAEL?? Stop killing civilians u rascal!!!

  • P/S : Hamas pun dah2 la baling bom. Allah, Helps us.
5. Saya dah daftar mengundi. Parlimen Sepang. DUN Dengkil. Saya nak undi siapa? Undi atau tidak? Wallahualam. Sebab saya pun tak tahu.

6. Saya masih rasa Politik Malaysia tidak berapa seronok. Tidak matang.

7. Team Harimau Malaya seri dengan Bangladesh perlawanan persahabatan 20 Nov 2012. How come??

8. Saya pergi melancong ke Korea Selatan cuti raya Haji baru ni. Seronok. Orang Korea semua kurus2. Dem.