Showing posts with label epiphany. Show all posts
Showing posts with label epiphany. Show all posts

Sunday, July 8, 2012

Jangan lari

Mahu lari dari dunia.

Tapi dunia terlalu besar.

Setapak kaki saya melangkah, lebih kecil dari zarah jarak yang diliputi.

Ini larian yang tidak akan berakhir.

Saya masih tidak dapat melawan hukum graviti.

Menarik kaki ke tanah, sehingga mati, ke tanah jua.

Dunia tidak akan melepaskan kita.

Ia bertindak atas arahan.

Ia tiada kuasa melainkan yang diizinkan Tuhan.

Ini larian yang tidak akan terhenti.

Bukan hak kita kita untuk berhenti.

Walau kadang-kadang kita cuba dan mencuba.

Maka berhenti dan duduk seketika.

Fikirkan lumrah dunia.

Klise bila dilihat dari mata burung.

Namun dari mata manusia, setiap yang dilalui berbeza bagi setiap insan.

Berhenti sejenak dan berfikir.

Betapa banyak potensi tidak dapat dipenuhi jika kita lari.

Thursday, May 19, 2011

bila nak bercakap.

dengan hikmah

bukan dengan nafsu

bukan dengan amarah

dengan ilmu

bukan dengan kebodohan

bukan dengan mudah

bukan dengan prasangka
..........................................

itu sahaja buat masa ini.

tunggu epiphany lain.

Monday, May 9, 2011

Saya juga orang muda

Orang muda ini semangatnya kuat.

Kadangkala suka berkata tapi payah bergiat.

Orang muda ini biasanya empunya impian yang sama buat negara.

Tapi malangnya langkah mereka berbeza.

Orang muda suka bergelak tawa.

Namun baguslah, mata mereka masih terbuka.

Orang muda sering cuba dipengaruhi.

Ada yang percaya bulat2, ada yang di tengah2, ada yang menentang sepenuh hati.

Orang muda yang ini di tengah2.

Orang muda ini adalah saya.

Thursday, February 24, 2011

Bahasa: perpaduan? puaskan hati?

Teringat..

Sejuk rasa hati bila mendengar sahabat-sahabat berlainan bangsa di Kolej Yayasan UEM dahulu menggunakan bahasa Malaysia bila berbual.

Benar, hampir setiap masa, ketika di awal perkenalan ketika baru masuk kolej, perbualan saya dengan sahabat-sahabat bukan bumiputera di Kolej Yayasan UEM dahulu dalam bahasa Inggeris.

masa berganti masa, dah berborak dengan bahasa Malaysia..

juga Bahasa Inggeris.

Terasa lebih rapat dan mesra.

Sejuk hati bak kata orang..

Mungkin benar, bahasa ini memupuk perpaduan..

......

......

Iya ke?

Atau sekadar memuaskan hati bangsa paling ramai di Malaysia, Melayu?

.....

.....

saya rasa,

Dua2nya sekali.

Sejuk hati dan membentuk perpaduan.

Serta memuaskan hati.

.....

.....

Lepas ni kita belajar bahasa Mandarin dan Tamil pulak.

Mari.

Bentuk perpaduan memanglah susah.

Nak buat macamana.

Hidup...

Biasalah...

Kata 1Malaysia.

p/s: Bersangka baik itu lebih baik dari bersangka buruk.

Saturday, February 5, 2011

Persoalan agung Para Penyokong Manusia

do you really believe?

what these people are saying?

all those ideas about being honest?

being fair?

being less corrupted then the other guys?

Do you really believe them?

Those claiming to protect the race?

or Those claiming to protect religion?

or Those claiming to protect human rights?

or Those claiming to protect justice?

Do you?

Why do you believe in them?

Is it because you are desperate on believing something?

is it because of their ideas?

That you believe them?

What makes people turn a blind eye?

Or they just dont realise they've been blinded?

Or they purposely let themselves be blinded by others?

Just to have something to believe?

What do you know that makes u so sure that those who you believe are those who you actually believe?

Do you really think that you know the truth?

I believe in Islam.

but dont believe in people.

At the least, trying my best not to be blinded into blindly believing in people.

Let us pray that we would never be easily blinded.

Thursday, January 27, 2011

Cemburu sahabat di Luar sana. Dan adikku sekali.

Saya cemburu pada sahabat saya yang berjaya ke luar negara.

Kali ini bukan kerana kualiti belajar, universiti bagus tak bagus, tidak..

Kerana pengalaman..

Membaca tentang protes-protes di luar negara, peristiwa-peristiwa reformasi yang berlaku.

Semuanya hampir pada mereka.

Saya cemburu kerana saya mahu tahu pandangan manusia dari sudut orang2 negara luar, budaya mereka, bagaimana mereka menangani maklumat-maklumat ini melalui pandangan mereka.

Orang kata, ke luar negara ni membuka minda.

Saya masih di bangku sekolah rendah pada tahun 1998, tahun berlakunya Reformasi yang diketuai Anwar dulu.

Darjah 2..

Saya ingat lagi pada waktu itu, mengikut saja apa yang orang cakap..

Mahathir jahat, menipu rakyat, macam-macam lagi.

Saya ikut saja. Setuju saja.

Lagi-lagi apabila pakcik sendiri dikatakan dalam senarai akan ditangkap oleh polis kerana sangkut pautnya dengan Anwar sampai dia bawa keluarga lari ke Indonesia.

Lagi la saya sokong. Kutuk kerajaan jahat, kejam. Ketika itu baru darjah 2. Tak faham apa pun sebenarnya.

Tahun 2011, 13 tahun sudah berlalu, saya di tepi tingkap bilik di Kolej Perindu menaip post ini.

Walaupun tiada lagi gerakan sebesar-besar Reformasi 1998, pembangkang semakin stabil.

Sama ada semakin stabil, atau saya yang semakin pandai membaca suratkhabar mainstream dan blog2 internet tentang apa yang berlaku pada masa kini.

Setelah habis UPSR, saya menyambung pelajaran di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak.

Tempat yang membuat saya rajin belajar dan lulus cemerlang dalam PMR dan SPM.

Walaubagaimanapun, jauh di sudut hati, rasa terkurung itu ada. Duduk di asrama, tidak sebebas duduk di luar. Baik atau tidak, belakang cerita.

Setelah gagal ke luar negara, diantara perasaan sedih yang saya rasai adalah kekecewaan kerana tidak dapat apa yang saya mahukan. Melihat pandangan manusia selain di Malaysia.

Rasa terkurung semula.

Orang kata ke luar negara ni membuka minda.

Itulah masalahnya. Orang yang kata. Saya tidak dapat merasa dan menentukan baik-buruknya.

Seperti kawan-kawan saya yang lain yang dapat merasa dan menentukan yang terbaik untuk mereka.

Saya memang suka memerhati dan menambah ilmu dari segi sudut pandangan.

Pada darjah 2, saya hanya menurut.

Kini saya mahu tahu, memikirkan dan membentuk pendapat sendiri. Setuju atau tidak. etc2.

Contoh, sahabat-sahabat yang begitu hampir dengan protes di Mesir kini.

Jangan pergi protes sekali pulak. bahaya.

Dindaku Qistina sekali. Hati-hati.

Elok-elok jaga diri. Kautlah ilmu sebanyak mungkin. Tapi ingat, jangan menjadi pak turut.

Fikirkan yang terbaik untuk agama, diri dan masyarakat.

Saturday, January 22, 2011

Vague Statement of a Student from UITM

duduk termangu di tepi tingkap..

2308, Perindu Dua, UiTM Shah Alam..

Jam di laptop menunjukkan 1.56 am, 22 Januari 2011 (Sabtu)..

Baru selesai membaca dengan asyik blog2 yang berkisar pertahanan negara, pengalaman seorang askar, isu2 semasa..

Seronok membaca komen2 pada setiap post blogger tersebut..

Ada post yang menerima komen menyokong. Komen menentang. Komen tidak memihak (macam saya)

Terfikir sejenak..

Di luar tingkap..

Keadaan sunyi..

Pohon besar senyap tidak terbuai tanpa angin malam..

Bandar Shah Alam terang malap..

Entah apa terjadi di luar sana..

Ini situasi pendapat manusia..

Ada satu kayu ukur yang saya selalu guna dalam membentuk pendapat sendiri.


Radikal....................................................................................Radikal

Dalam apa2 isu sekalipun, saya akan gunakan kayu ukur ini untuk menentukan di manakah saya.

Contoh.

Isu kesetiaan pada bangsa sendiri. Dalam kes ini, bangsa Melayu.

Saya letakkan Dua titik radikal di kedua-dua hujung kayu ukur.

Di satu hujung, pihak yang mendakwa kesetiaan pada bangsa adalah segala-galanya, mensinonimkannya pada Islam ie khianat Melayu=khianat Islam, Melayu bangsa yang sempurna, ditindas dahulu dan sehingga sekarang masih ditindas dari segi ekonomi, hak mutlak atas tanah, etc2.

Di hujung yang lain, pihak yang memang sudah malas ambil kisah berkenaan bangsa sendiri, menganggap bangsa Melayu itu hanya pada nama semata2 dan tidak penting, isu bangsa sudah tdak diperlukan, letak semua orang di bawah bangsa Malaysia, hak sama rata sepenuhnya pada semua kaum, etc2.

Itu pendapat saya.

Dimanakah saya?

Saya gemar mengambil tempat di tengah.

Bangsaku ini tidak sempurna.
Walau mengaku Islam, perlakuan bukanlah sebagai Islam,
Walau mengaku punya hak tidaklah digunakan sebaiknya hak mereka.
Walau dakwa ditindas, ramai yang masih malas.
Gemar menegur dengan lantang, namun bahasa tidak menggambarkan budaya yang dicerita.

Tidaklah pula bangsa ini tidak penting.
Tanpa bangsa, di mana nilai budaya.
Tanpa bangsa dimana sejarah perkembangan agama.
Bangsaku itu membawa sejarahnya.
Kelak hilang bangsa, hanya paparan di muzium negara.

Isu utama yang saya hendak ketengahkan adalah ego kedua2 pihak di hujung radikal.

Kedua2 enggan menerima teguran kelemahan konsep mereka.

Menganggap kedua2 adalah yang paling benar.

Kedua2 kononnya ada hujah yang kukuh yang tidak terpotong dek pisau pihak berlawanan.

Tidak ada yang sempurna di dunia ini.

Menerima kelemahan adalah suatu kekuatan.

Bukankah kita sewajarnya bersederhana.

Apabila kedua2 di pucuk radikal, inilah yang menyusahkan negara.

Tiada kesatuan pada penduduk.

Pemimpin pula lebih gemar meniup api di kedua hujung.

What's the main thing for the people's representative after winning an election? To get re-elect.

Gelarkan saya lembut dan longlai kerana tidak berani berdiri atas satu prinsip?

Prinsip saya adalah bersederhana. dan jika itu lembut dan longlai, maka biarlah.

Bukankah kefahaman radikal sentiasa menjadi punca jatuhnya mana2 negara?

bukanlah kefahaman itu sahaja, tetapi peluang yang diambil oleh ruang perbezaan itu oleh pihak berkepentingan.

...............................................

Apa nasib negara 20 tahun lagi? Adakah perlu kita lalui revolusi berdarah untuk berubah?
Apakah Islam tiada lagi nama? Apakah kita mampu bersatu di bawah payung negara?

Kita yang mengubahnya.

Saya sayang Islam. saya sayang Malaysia. sedang kita bergaduh sesama sendiri, negara sendiri lemah dari dalam.. kerana satu, dua mahupun 100 perbezaan, kita berpecah. Musuh negara bergelak tawa, menunggu masa.

Pasti ada yang akan menjual negara. Seperti yang kebiasaannya terjadi dalam sejarah dunia.

Kita tidak terkecuali.

Menolak atau bertoleransi, tidak akan cukup.

Tetapi menerima seadanya.

Dan bekerja dari titik yang sama.

Idealistik pada pemikiran, realistik pada perlaksanaan dan sasaran. Sistem 'check n balance' yang wajar ada pada setiap manusia.

Selamat Malam Dunia. 2.35am, 22 Januari 2011, Sabtu.