Tuesday, May 10, 2011

Geli Lelaki: Susah nak mengaku jiwang

saya menulis hanya bila ada idea saja.

Kalau dirasakan tak ada idea, dan penulisan artikel dalam blog hanya sampai sekerat jalan sahaja, saya tak tulis.

Kebelakangan ni, idea makin kurang.

tak tahulah sebab peperiksaan yang baru lepas ni buat saya makin bengap ke, itu masih lagi rahsia alam.

Saya tak suka memaksa diri untuk menulis.

Bila rasa best saja, baru saya tulis.

Masalahnya, kalau dah sebulan rasa tidak best, macamana nak menulis?

Maka terbiarlah blog ini.

Blog ni ibarat surat cinta saya.

Kalau tak sepenuh hati, macamana nak hantar?

Romantik.

Memang romantik.

Diri sendiri pun geli dengar. tapi itulah hakikatnya.

Ibarat cerita cinta dimana saya berlari bebas di tepi pantai sambil melayangkan selendang putih.. (scene god of cookery)

Begitulah bebasnya saya,

Geli lagi.

Lelaki memang tak suka tunjuk mereka jiwang.

Geli katanya.

Tapi depan awek lelaki jiwang jugak.

Jadi, hanya awek, atau bekas awek sahajalah yang berpeluang melihat mereka jiwang pada tahap maksimum.

Geli saya pada diri sendiri berkenaan penulisan malam ini.

Geli.

...............

Turun bawah, blender epal hijau sebiji buat jus.

Tengok cerita The Mask.

Hilang geli.

Monday, May 9, 2011

hari2 biasa dengan kaksah di rumah

kaksah: Alang, tolong la kemas bilik tu. pening la!

Saya: tak payah pening la.

Kaksah: Pening la doh duk tengok bilek serabut.

Saya: Toksoh duk tengok la.

Kaksah: kecek banyok teh.

..........

Kaksah bawak keluar hanger baju saya yang saya beli waktu di UiTM, nak pegi sidai baju.

Dia senyum.

Baik hati kaksah.

Rasa bersalah. down.

Saya juga orang muda

Orang muda ini semangatnya kuat.

Kadangkala suka berkata tapi payah bergiat.

Orang muda ini biasanya empunya impian yang sama buat negara.

Tapi malangnya langkah mereka berbeza.

Orang muda suka bergelak tawa.

Namun baguslah, mata mereka masih terbuka.

Orang muda sering cuba dipengaruhi.

Ada yang percaya bulat2, ada yang di tengah2, ada yang menentang sepenuh hati.

Orang muda yang ini di tengah2.

Orang muda ini adalah saya.

Bila dah habis exam

1. Suka bila sahabat yang belum habis exam cemburu tengok kita dah habis.

2. Suka bila boleh berbaring dan berguling ala2 manja sesuka hati bila2 masa

3. Suka bila boleh bangun tidur lambat dan tiada siapa nak marah (exception: Mama, Kaksah, Abah)

4. Suka bila balik rumah boleh makan sesuka hati

5. Tak suka bila tak ada benda nak dibuat.

6. Tak suka bila dapat rasa berat gua nak bertambah.

7. Suka bila tengok cermin, gua masih kacak dan bergaya.

Wednesday, April 20, 2011

Siapa yang tentukan logik?

Masyarakat.

Apabila kewujudan lelaki lembut dijadikan suatu isu.

Salah satu logik penyelesaiannya adalah menghantar mereka ke kem untuk mengeraskan mereka semula.

Seperti yang terjadi di Besut, Terengganu.

Logik kah?

Saya tidak tahu.

Seperti biasa, saya tidak berapa gemar sangat dikaitkan dengan masyarakat.

Angkuh la katakan.

Saya memang riak.