Friday, May 27, 2011

Anda Kecewa?

Bila kecewa, ingatlah Tuhanmu.

Ingatlah Tuhan tidak akan beri beban yang tidak larat dipikul tiap hambaNya.

Jangan tidakkan perasaan kecewa itu.

Terima hakikat yang kau sedang kecewa.

Ketahuilah, kecewa itu manusia biasa.

Makna kata anda normal.

Luahkan perasaan itu dengan cara yang sihat.

Carilah Tuhan.

Carilah kawan.

Carilah Keluarga.

Carilah sesiapa sahaja.

Atau apa-apa sahaja.

Untuk isi ruang hati.

Saat kau berniat untuk menyerah

Pada hati, pada rasa, pada diri, pada dunia,

Duka jadi luka, luka jadi parah.

Ingatlah.

Kecewa itu manusia biasa.

Bangunlah dan jadilah gembira.

Berdoalah, Tuhan itu ada hikmahnya.

Atau tanya kenalan anda, mungkin mereka ada jawapannya.

Tidak berdoa sesat jalan.

Tidak bertanya terus berduka.

Janganlah hidupmu penuh sesalan.

Monday, May 23, 2011

Ego dan saya

Bagus kalau diri ni dapat dilembutkan daripada ego.

Dah penat bertahan dengan ego.

Tulis benda ni pun rasa macam tercalar ego.

Celaka.

Cemburu pada mereka yang ego tidak setinggi ini.

Sebab mereka masih boleh tenang kerana jujur pada diri.

Bunyinya macam dah semakin jiwa aku ni.

Rasa tercalar ego.

Tak tenang lagi tidur malam ni.

Thursday, May 19, 2011

bila nak bercakap.

dengan hikmah

bukan dengan nafsu

bukan dengan amarah

dengan ilmu

bukan dengan kebodohan

bukan dengan mudah

bukan dengan prasangka
..........................................

itu sahaja buat masa ini.

tunggu epiphany lain.

Monday, May 16, 2011

Perubahan: Saya dan Adik2

Ketika saya berumur 11 tahun, saya dilarang langsung menggunakan komputer kerana ketika itu kalau budak2 umur 11 tahun buka komputer, memang tiada benda lain, main game.

Kini, adik saya yang berumur 11 tahun dibenarkan menggunakan komputer ketika hari minggu dan pada waktu2 tertentu pada hari biasa untuk mggunakan facebook dan bermain game.

perubahan.

Ketika saya berumur 14 tahun, saya di sekolah berasrama. Akses kepada komputer memang amat, amat susah pada hari-hari tertentu atau tiada langsung. Maka kerjanya melepak2 dengan kawan, atau bukak buku pada waktu prep.

Kini, adik saya yang berumur 14 tahun seronok dengan akses pada waktu tertentu pada hari biasa dan akses mudah pada hari minggu untuk melayari you tube, blogger, facebook, etc2. Melepak dengan kawannya secara maya. Buku entah ke mana. Duduklah di kerusi seberapa lama sehingga ibu menegur suruh bangun.

perubahan lagi.

Ketika di sekolah berasrama, waktu belajarnya di atas meja dan kerusi diselang seli dengan perbualan kosong dengan rakan2.

Kini, waktu belajar adik2 di internet sambil meyari laman web pendidikan dan diselang seli dengan laman facebook dan chatting.

lagi-lagi perubahan

Ketika di sekolah menengah, merayu2 minta mama abah belikan telefon bimbit.

Kini, mama abah belikan terus sebagai cenderamata. katanya keperluan hidup. Merayu hanya untuk tambah nilai.

perubahan demi perubahan

Ketika di bangku sekolah, tidurnya memang pada jam 11-12 kalau di rumah.

Kini, adik2 berbaring melayari internet menggunakan i-pad abah sehingga tidur jam 1-2 pagi. sebaik aku masuk bilik nak periksa, buat-buat tidur. bagus2. aku ambik i-pad aku sorok.

perubahan, perubahan, perubahan.

Saya dah besar. Saya memerintah di rumah bila tiada mama abah.

hahahaa

Perubahan.

Tuesday, May 10, 2011

The downside of holidays

Pergi mati dengan bosan.

Pergi Mati dengan bosan.

Pergi Mati Dengan bosan.

Pergi Mati Dengan Bosan.

Saya bosan.

Jika anda sanggup menghabiskan bacaan artikel ini, anda juga nampaknya sedang bosan.

Got to get out more.

Mungkin bersosial dengan manusia lain bukanlah cadangan yang tidak baik.

Tapi saya hanya berminat dengan awek2 sahaja.

Kalau dah awek2 di kawasan Presint 11 B 1/6 ramai 18 tahun ke bawah, saya nak bersosial macamana? Tak layan budak kecik ni.

Mungkin kena mula berkenalan dengan pakwe2 pulak.

Mereka ni dengarnya boleh bawak gocoh.

Anda memang sedang bosan.

Tepuk2.