Thursday, May 30, 2013

Dah Lama

Sudah lama saya tidak menulis di laman blog ini.

Saya sibuk dengan belajar, berhibur dan kemalasan.

Sungguh menyedihkan. Tatkala perkataan 'loser' dilaung2 di laman sosial untuk mereka yang masih tidak terarah hidup, saya rasa laungan itu sangat kena dengan rentak hidup saya kini.

Dek kerana kemalasan dan sikap yang tidak bertanggungjawab, saya terperangkap dalam lembah yang penuh dengan duri resah, busuk bingung, kotoran kacau.

Saya lupa betapa ruang digital inilah tempat saya melempiaskan nafsu amarah dan kecewa suatu masa dahulu.

Kini saya kembali ke sini hanya untuk berkongsi beban tekanan yang saya hadapi.

Jika anda sudi kongsi tanggungan ini, maka doakan saya. Itu sahaja rayuan saya.

Jika tidak sudi, tidak mengapa. Saya doakan anda bahagia.

Friday, February 8, 2013

Cuti

Hari ini adalah hari ke-9 saya menjalani latihan praktikal.

Hari ini saya akan ke Shah Alam. Ala-ala research assistant, mencari maklumat tentang UDRP.

Kalau nak tahu UDRP itu apa, cari di Google. Saya tak rasa anda akan berminat pun.

Di rumah, makcik, pakcik dan sepupu datang melawat. Cuti Tahun Baru Cina. Masa yang ada digunakan untuk beramah mesra dengan ahli keluarga walaupun kami tidaklah berbangsa Cina dan tidak menyambut Tahun Baru Cina.

Cuti dan kesempatan yang ada digunakan sebaiknya.

Cuti. Ya. Cuti. Kerana cuti lah, semester lepas di UiTM terasa sangat pendek. Sehingga ratusan kelas terpaksa ditunda pada hari lain. Sehingga tidak mampu dijalankan semua kelas.

Kerana cutilah ada yang saya tak mahu jadi, terjadi. Kerana cuti.

Tapi dalam masa yang sama, saya suka cuti.

Pening?

Aku kisah apa.

Gong Xi Fa Chai!


Monday, January 28, 2013

practical

besok aku nak mula latihan industri. practical.

hari ini, kaksah masak nasi ayam, mama buat colek malas versi udang.

hari ini, aku tolong promosi borang alumni sekolah. suruh budak2 isi.

sekarang aku tengah baring sebab rasa malas nak berdiri atau duduk.

katil aku sedap. empuk, tebal, lembut.

besok aku nak mula practical.

tempat dia di Nizamuddin Hamid & Co, Cyberjaya.

30 hari.

Sunday, January 27, 2013

baring

aku tengah baring atas katil ni.

kenyang baru balik majlis kahwin.

itu saja nak bagitahu

Monday, December 31, 2012

Puncak Setiawangsa

saya dilahirkan di Hospital USM Kubang Kerian, Kelantan pada 10 Disember 1990.

Tahukah anda saya tinggal di Kelantan sejak saya lahir sehingga saya masuk darjah 1. 

Saya bertadika di pra sekolah Chica Tinggi. Arwah ayah (datuk saya) imam kampung. saya pergi tadika naik basikal. Nampak nilai berdikari di situ?

Paling best mek(nenek) suap nasik belauk pagi2 dengan budu. agak2 hari sabtu ahad tu, tengok kartun batman di tv2.

mek kadang2 ajak tengok wrestling malam2 tv1. 

Darjah 1, abah saya bawak keluarga pindah ke Kuala Lumpur. Duduk di Bukit Setiawangsa.

Kawasan Puncak Setiawangsa yang baru ada kes tanah runtuh beberapa hari lepas, rumah saya dulu di bawahnya.

Puncak Setiawangsa tu memang dari dulu saya dah agak, tunggu masa nak jadi apa2 tragedi.

Nasib baik tidak ada manusia cedera. Cuma rugi duit sebab rumah banglo runtuh ada.

Ramai juga kawan2 sekolah rendah yang rumahnya di Puncak. semoga mereka dan keluarga selamat.

itu saja nak cakap sebenarnya. Punya panjang intro pasal sejarah kehidupan gua.