Friday, June 26, 2009

'king of pop' no more..

michael jackson is dead..

as one of his fan, its a little bit of shock to me..

his death was caused by cardiac arrest..

owh MJ..

if u are really a Muslim, then good for you..

if not, still, i am your fan..



bye MJ.

"You Are Not Alone"

Another day has gone
I'm still all alone
How could this be
You're not here with me
You never said goodbye
Someone tell me why
Did you have to go
And leave my world so cold

Everyday I sit and ask myself
How did love slip away
Something whispers in my ear and says
That you are not alone
For I am here with you
Though you're far away
I am here to stay

But you are not alone
For I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart
But you are not alone

'Lone, 'lone
Why, 'lone

Just the other night
I thought I heard you cry
Asking me to come
And hold you in my arms
I can hear your prayers
Your burdens I will bear
But first I need your hand
Then forever can begin

Everyday I sit and ask myself
How did love slip away
Something whispers in my ear and says
That you are not alone
For I am here with you
Though you're far away
I am here to stay

For you are not alone
For I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart
For you are not alone

Whisper three words and I'll come runnin'
And girl you know that I'll be there
I'll be there

You are not alone
For I am here with you
Though you're far away
I am here to stay
For you are not alone
For I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart

For you are not alone
For I am here with you
Though you're far away
I am here to stay

For you are not alone
For I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart

For you are not alone...




mengarutlah..

ah, sudah malas rasanya nak dengar berkenaan isu politik lagi.

sekejap begitu, sekejap begini.

diantara terbaru yang saya tahu, kerajaan perpaduan yang dicanang tidak jadi.

mengapa tidak jadi?

sebab rasmi tidak jelas, yang pasti, perbincangan diatara pemimpin Pakatan Rakyat memutuskan untuk menolak cadangan kerajaan perpaduan.

di pihak Barisan Nasional dan UMNO, katanya kerajaan perpaduan menyatukan dan mengukuhkan umat Melayu Islam.

kepimpinan Nik Aziz menolak dengan alasan, mengambil kata-kata tok guru Nik Aziz, "saya sudah masak dengan UMNO" dan "beristiqamah"

mengambil petikan blog DS Anwar Ibrahim, keputusan menolak cadangan kerajaan perpaduan adalah satu kejayaan bagi Pakatan Rakyat.

"UMNO kecundang lagi dalam isu kerajaan perpaduan. Strategi mereka untuk meretakkan hubungan Pakatan Rakyat berkecai."

memetik kata-kata DS Najib Tun Razak, "UMNO dan tidak rugi apa-apa"

hm..

pelik..

kalau benar prinsip UMNO bahawa kerajaan perpaduan mampu menyatukan umat Melayu Islam Malaysia, mengapa jika ia gagal, UMNO tidak rugi apa-apa?

adakah isu perpaduan Melayu Islam ini dianggap remeh oleh DS Najib?

begitu juga berkenaan kenyataan DS Anwar Ibrahim, isu ini dianggap menguntungkan UMNO untuk meretakkan PR.

maksudnya isu perpaduan tidak diambil kira sebagai suatu isu penting dan lebih dianggap sebagai konspirasi semata?

politik dimana-mana..

isu perpaduan dipolitikkan..

isu pendidikan dipolitikkan..

hm.. rasanya tidak boleh untuk bosan dengan politik..

kerana jika tidak terlibat, bermaksud kita tidak menghiraukan akan nasib negara dan agama.

jadi pada siapa kita harus berpihak?

sedangkan siapa yang benar dan siapa yang salah amat kabur untuk kita putuskan..

siapa yang berpandukan al-Quran dan Sunnah, siapa yang berpandukan nafsu dan kuasa?

ada idea?

pelik dan jijik

sepanjang kehidupan, pelbagai jenis manusia sudah saya jumpa.

rasanya dunia ni masih luas untuk diterokai.

jadi, beberapa hari lepas, terjumpa satu ciri manusia lagi yang agak unik.

selesai menonton cerita di panggung wayang, terasa ingin ke tandas.

saya bergegas ke tandas terdekat.

kelibat lelaki yang membuang air secara berdiri di tandas gantung tepi dinding.

saya masih tidak faham kenapa mereka tidak kisah akan kekotoran yang mungkin terpalit pada seluar mereka.

lebih-lebih lagi jika mereka yang saya beranggapan iras-iras muslim.

jijik. kita lupakan.

terpandang dari sudut masuk, sebuah pintu jamban terselak. tanda tiada orang.

terdesak, saya bergerak pantas.

menolak pintu jamban dengan berhati-hati, terlanggar sesuatu yang agak ampuh.

tolak sekali lagi,

"hei"

saya pandang ke dalam, seorang lelaki cina sedang kencing.

dia memandang saya.

mata bertentangan,

"oops, i'm sorry" balas saya sambil menutup pintu dan bersandar di dinding belakang.

terpana seketika.

oh ya. lelaki itu membelakangi saya, jadi tiada apa yang peribadi yang saya nampak melainkan lelaki itu kencing berdiri.

setengah minit kemudian, lelaki itu keluar, tidak memandang ke arah saya. buat seperti biasa.

selesai urusan saya, saya berfikir buat seketika.

mengapa lelaki itu tidak mengunci jamban?

mungkinkah dia terlupa? atau sengaja tidak mengunci pintu? tidak sempat? tidak kisah?

hm.. kategori baru manusia, tidak kisah orang melihatnya membuang air kecil.

saya terus berfikir..



ciptaan tandas dinding oleh manusia, tempat buang air kecil tanpa dinding, menunjukkan orang tidak lagi kisah akan orang lain melihat mereka membuang air kecil.

saya terus berfikir.

mungkinkah selepas ini ada pula orang akan mereka cipta jamban duduk tanpa dinding?

iyalah

kalau orang kencing pun dah tak kisah, apa masalahnya mempamerkan orang berak pula?

atau mungkin sudah ada. cuma belum sampai ke malaysia.

saya tidak menggunakan tandas dinding berdiri itu. pertama sekali, sebab itu bukan ajaran Islam dan sunnah Rasul yang saya belajar.

kedua, saya rasa jijik bila percikan urine terkena kaki seluar atau lantai atau apa2 sahaja.

ketiga, saya segan untuk buang air di hadapan khalayak.

pelik manusia ni.

sampai satu tahap, kencing di tepi longkang sahaja di khalayak.

sedar atau tidak, kritikan berkenaan buang air di depan khalayak ini menyentuh ramai umat manusia di luar sana, kritikan terhadap cara mereka menguruskan diri.

bukanlah saya ni pembersih yang paranoid. cuma bab buang air ni sahaja.

semakin lama, semakin banyak yang manusia ni hendak tunjuk.

mungkin ingin buktikan, kita mampu.

may Allah guides us all..

apa pula selepas ini ya?

Monday, June 22, 2009

udang oh udang

semalam, abah pulang dari Pekan, Pahang. membawa pulang satu kotak polystrin besar. penuh dengan udang galah.

ya. udang galah. adik anis kata " eii.. takutnya udang besar sangat!"

kata abah, udang galah ini dari sungai Pahang. entah iya entah tidak. kita angguk sahaja.

kata abah lagi, udang galah ini lebih sedap berbanding udang dari sungai Rompin. mengapa abah bandingkan dengan sungai Rompin?

kata abah, sungai rompin dasarnya berlumpur. tapi, sungai Pahang, dasarnya berpasir elok. kita angguk sahaja.

kesimpulan yang saya dapat? udang di pasir lebih sedap dari yang berlumpur.



mata setiap isi keluarga tertumpu pada saiz udang galah yang besar. dari yang sebesar tapak tangan sehingga hampir sebesar lengan bayi.

semua tidak sabar nampaknya ingin menikmati isi udang yang putih itu..

sampai kepada peringkat yang penting. bagaimana udang-udang ini harus dimasak?

saya berbincang sebentar di dapur bersama kak sah, penjaga keluarga.

kata kak sah dalam dialek kelantan " hok ni kalu bakar sedap nih. tu aghe(arang) kayu ado luar nu"

siapa yang nak bakar, kak sah? "alang la gi bakar nyo" malaslah. bakar atas dapur je la. "tok sedak(sedap) atah dapur"

kalau macam tu goreng la. tepung ke. "besarnyo nok goreng. toksoh ah" tapi alang tak suka kalau kuah-kuah sangat.

"tok sedak ah kalu takdok kuoh. nok make(makan) nasik lagu mano?" goreng la kaksah. bakar atas dapur pun elok je.

"mano sedak atah dapur nok bakar besar2 nih"

kak sah mula menyiang udang.

tak payah kopek kepala dia kak sah. biar sahaja. saya keluar dari dapur dan pergi bersiap sebelum makan malam.

sejam kemudian..

di atas meja makan tersedia, bukan satu, tapi DUA hidangan udang.. bukan goreng tepung atau bakar..

kari dan sambal tumis..

agak kecewa tapi masih bernafsu.

pengajaran..

Perpisahan itu selalu terjadi
Kepada insan yang bercinta
Sungguh sedihnya rasa
Apabila ianya terjadi

Perpisahan bermula dari dua hati
Yang kehendaknya tak dituruti
Ataupun manusia
Yang berperasaan benci

Sebuah cinta dan harapan
Menjadi debu berterbangan

Tersekat nafasku kabur pandangan mata
Amat tersiksa jiwa kerana kehilangnnya
Oh oh... mengapa terus mengharap menanti
Walau cukup kusedari dia takkan kembali

Rintangan dari orang yang tak sudi
Menerima cinta dari hati ini
Menarik diri dan pergi
Membawa serpihan hati yang sepi

Sebuah cinta dan harapan
Menjadi debu berterbangan

Tersekat nafasku kabur pandangan mata
Amat tersiksa jiwa kerana kehilangnnya
Oh oh... mengapa terus mengharap menanti
Walau cukup kusedari dia takkan kembali

Perpisahan itu sungguh menyedihkan
Tapi semuanya di tangan takdir
Kita dikatakan pasangan bahagia
Oh... kini terasing luka
Oh... kini terasing luka
Perpisahan terasing kita

-KRU

pengajarannya.

1. kalau nak bercinta dengan baik, ambik nasihat agama, bercinta selepas kahwin.
2. ambil langkah perlindungan diri seperti perubahan untuk melupakan dengan cara berdoa dan bermohon pada Allah.
3. buat sesuatu yang boleh menselesakan diri seperti makan dengan excess, menumbuk sesuatu yang bukan hidup, tulis lirik lagu dan jangan bunuh diri.
4. pakai cermin mata agar tidak kabur. (metafora)
5. banyakkan bersabar.

Sunday, June 21, 2009

air mata seorang jejaka..

saya ada masalah mengatakan 'tidak' terhadap apa2 permintaan.

"kash, pinjam 10?" silakan. "kash, tolong sekali untuk persiapan majlis ni?" ok. "kash, jom join group nak menyanyi ni?" jom nyanyi. "kash, habiskan lauk ni?" bagi pinggan tu.

setelah sibuk selama seminggu menyediakan beberapa perkara untuk beberapa acara, saya mula terfikir akan masalah 'tidak' saya ini.

agaknya, sebab masalah inilah yang membuatkan saya terasa amat penat dan naik berat.

lalu, saya mengambil keputusan untuk berehat sebentar, dengan menidakkan permintaan seseorang pada suatu hari dan melayan kehendak sendiri.

saya pergi ke chalet seorang sahabat, mr H dan meceroboh privasinya. beliau ada permainan komputer yang saya amat suka main.

Devil May Cry atau Syaitan Boleh Menangis. saya tidak berapa faham akan kolerasi tajuk dan permainan tersebut. yang pasti, kita boleh memusnahkan makhluk2 pelik dalam permainan tersebut.

ketika itu mr H ada kelas lalu saya meminta kunci bilik beliau.

oh!!! tidak sabarnya nak musnahkan makhluk pelik dalam game tu!!! dengan serangan combo yang bertalu menggunakan pedang!!

"engkau pasti ke nak kunci ni? aku ada kelas ni. kau jaga bilik aku tu betul2" saya berjanji dan menyambar kunci dari tangannya.

singgah sebentar di cafe membeli minuman. sirap bandung. dan makanan ringan. cheese burger.
buat bekalan ketika bermain game. yeah!!

setiap langkah menjanjikan kepuasan yang pastinya tidak terhingga. akhirnya! sesuatu yang saya suka! Devil May Cry!

terserempak sebentar dengan seorang sahabat yang lain. "jom la teman aku pergi tengok tv. ada cerita lawak do." oh tidak. bukan kali ini.

saya pandang tepat ke matanya.

wajahnya yang tersenyum riang dengan harapan.

beliau menunggu jawapan daripada saya.

"aku, aku.. aku mintak maaf mr Y. aku.. nak.. erm.. nak.. pergi main game." saya menarik nafas panjang menunggu reaksinya.

2 saat berlalu..

"ok." dia berlalu dengan senyuman.

"fuh" saya lega.

chalet Devil May Cry sudah dihadapan mata saya! tangan sudah menggeletar! tidak sabar ingin menekan segala punat yang ada di konsol permainan!

setapak.. demi setapak..

pintu chalet dibuka.. sejuk.. hawa dingin..

pintu bilik dihadapan saya..

kunci dimasukkan ke dalam lubang kunci..

tombol pintu saya pulas..

sirap bandung dan burger cheese digenggam erat..

saya melangkah masuk ke bilik mr H..

bagai dipancar cahaya dari langit, komputer riba mr H terdampar di atas meja..

bagai sudah menunggu punatnya ditekan..

komputer riba sudah pun terpasang..

windows Vista..

jantung berdegup kencang!!

amat kencang!!!

mengalahkan enjin bot yang sedang dikejar polis marin Malaysia!!!!

Devil May Cry sudah hampir!!! mari hancurkan makhluk jahat!!!!!

kemudian..
...

...

...

"please enter password"

.....
.....
.....

mr H tidak menjawab panggilan telefon saya..

saya berlari pulang ke chalet saya dengan linangan air mata ikhlas..


Friday, June 12, 2009

sejujurnya vol-2

saya amat berharap, sekiranya senarai tindakan bagi menyelesaikan masalah-masalah berikut dapat diutarakan oleh mana-mana pihak:

1. ramai menganggur kerana tidak tahu atau tidak yakin berbahasa Inggeris.
2. pelajar-pelajar senyap-silu, segan bertanya pensyarah kerana tidak boleh atau takut berbahasa Inggeris.
3. para doktor di seminar berbahasa Inggeris senyap sunyi serta segan bertanya dalam Bahasa Inggeris.
4. dan lain-lain.

masalah-masalah ini, sejujurnya bagi saya, menghalang perkembangan umat kita sendiri.

mungkin jika ada pendapat yang bernas untuk tindakan yang boleh dilaksanakan bagi menyelesaikan masalah-masalah di atas dari terus membelengu generasi kini dan seterusnya, kita mampu meneroka jalan baru without the expense of our own Bahasa Malaysia dalam Sains dan Matematik..

Wednesday, June 10, 2009

tag dipaksa rela..

1. Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri??
- teh o ais limau bungkus

2. Apakah bende paling penting dlm hidup kamu?
-Agama-Keluarga-Kawan-Diri sendiri-Duit-makanan

3. Dimanakah tempat impian perkahwinan kamu??
-di kawasan pergunungan yang sjuk

4. Berapa lama hubungan kamu berkekalan?
-various answers can be given

5. Adakah anda sedang dilamun cinta??
-dengan manusia?ya saya. tapi tak berbalas. dengan Tuhan? ya.

6. Dimanakah restoran terakhir kamu makan malam??
- mak donald

7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?
-Shin chan

8. Apakah nama penuh kamu??
-Muhammad Kasyful Azim bin Shahlan

9. Kamu lebih senang dengan ayah atau mak??
-dua-dua pun best melampau.

10. Namakan seseorang yang ingin kamu jumpa dalam hidup kamu buat pertama kalinya??
- Muhammad bin Abdullah

11. Sebutkan 8 nama sahabat yang paling rapat dengan kamu.
-Hanif-Sakinah-Aqeel-Mustakim-Faradyna-Iqbal-Yogi-Aqif

12. Adakah kamu mencuci pakaian sendiri??
-ya. masih menunggu mesin basuh

13. Tempat yang paling seronok yang kamu mahu pergi?
-Gotham City

14. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu..
- cik Sakinah:
kesepian
menidakkan nafsu makan
suka lelaki
pakai braces
ada migrain

15. 8 perkara yang amat saya gilai??
-nasi ayam-nasi dagang-nasi belauk-scrubs-friends-Megaman-jenis lagu best-berangan menumbuk orang lain

16. Pelukan atau ciuman??- keduanya

17. 8 perkataan yang sering diucapkan??(kalau marah kat sapa2 ahh)
-bapak ah-sengal giler-astaghfirullah-woy!-ish3-kepala beliau!-fuh-tengkorak ah

18. 8 buah buku yang paling baru di baca??
-twelfth Night-importance of being earnest-dah x ingat.

19. 8 lagu yang saya boleh dengar berulang kali
-soldier of fortune-adakah kau lupa-fantasia bulan madu-love hurts-question-another you-
masihkah kau ingat-negaraku

20. Mari men'TAG' 8 orang lain..
malas ah nak tag..

sejujurnya

hahahaha. saya ketawa sebentar setelah menonton video you tube bertajuk 'language kebangsaan' yang dicadangkan oleh mr nizam Shah.

beberapa perkara awal yang muncul di kepala saya selesai menonton video itu pada jam 12 tgahari,
sinis, simple, keliru, pedas, ayam pedas, lunch.

siapa yang belum tengok lagi video tu, boleh la pergi tengok kat sini

'language kebangsaan'

menegur sinis perbuatan mengenepikan bahasa Malaysia, video ini mudah untuk difahami.

mungkin kerana cara maksud video itu disampaikan. walaupun ditunjukkan gambar Tun Razak jatuh di tepi longkang, saya faham kiasan itu.

sejauh kefahaman saya, director video itu, mr Faiq Khalifa, ingin menegur perbuatan kerajaan mengenepikan bahasa Malaysia selaku bahasa pengantara Sains dan matematik selain turut mengutarakan percanggahan polisi yang dilaksanakan oleh barisan kepimpinan mantan bekas perdana menteri kita, Tun Mahathir dan Tun Razak.

turut diketengahkan sindiran berkenaan kesan polisi PPSMI kepada pelajar kita sehingga tidak tahu berbahasa Malaysia. hahahah.tergelak sebentar.saya pun tidak pasti kenapa saya tergelak. agak hiperbola tapi sekadar kiasan, saya faham.

mungkinkah benar suatu hari nanti, remaja kita tidak akan pandai lansung berbicara bahasa Malaysia?

saya turut takut akan sangkaan sedimikian.

ramai pihak meminta kerajaan fokus kepada penterjemahan ilmu agar Bahasa Malaysia boleh digunapakai sebagai pengantara subjek Sains dan Matematik. namun, lama sungguh diskusi melibatkan perkara ini sehingga tidak menjadi usaha menafsir ilmu.

lantas, alternatif yang sedia ada, bahasa Inggeris, diguna pakai sementara menunggu resolusi diskusi penterjemahan itu.

siapa yang rugi tika menunggu? generasi kini.

maka, gunakanlah apa bahasa sekalipun, asalkan agama dan bangsa kita dapat maju. jika penggunaan bahasa Malaysia menyusahkan pelajar kita kelak di IPT dan dunia pekerjaan, gunakan bahasa yang lain. jangan buang masa bertengkar. menagapa risau sedangkan subjek-subjek lain masih diajar dalam bahasa Malaysia?

kelak akan lahir penterjemah cendekiawan yang terus berusaha menafsir ilmu ke dalam bahasa Malaysia. ketika itu, wajarlah ilmu hisab dan sains ini diajar dalam medium bahasa Malaysia.

jika generasi kita lupa akan akar bahasa dan budaya bangsa, salah siapa? matematik dan sains dalam bahasa Inggeris kah? saya tidak bersetuju lansung.

'bohsia: jangan pilih jalan hitam/biru/oren', 'remp-it', 'KL Drift', antara cerita2 yang 'membina' bahasa dan bangsa. promosi cerita-cerita ini lebih galak dari pelbagai aktiviti kesusasteraan yang diadakan. pemimpin dan rakyat yang lain buat ap?

majalah-majalah hiburan artis berpakaian separuh bogel, filem-filem luar, rakyat dan pemimpin buat apa?

pembelajaran dalam bahasa Inggeris membantu bangsa kita belajar dalam alternatif yang lain. kita turut belajar Bahasa Malaysia serta dalam subjek-subjek yang lain. penggunaan bahasa Malaysia juga tidak hanya terbatas kepada pelajaran semata.

jauh di sudut hati kita, kita risau, bahasa Malaysia akan pupus. dan jauh di sudut hati kita tahu, berjuta masalah lain yang melanda kewujudan bahasa kita. hiburan, bahan bacaan, gaya hidup.

jauh di sudut hati kita, kita juga tahu bahawa masalah-masalah ini tidak langsung ditangani. namun apabila timbul isu untuk tukar medium menuntut ilmu, menggelabah seluruh negara ingin berarak walhal kita tahu, masalah-masalah lain itu lebih mempengaruhi generasi kita.

maka, apa salahnya belajar dalam bahasa lain jika ia menguntungkan dan memajukan agama bangsa dan negara?

InsyaAllah, jika ada yang saya tersalah, kita betulkan. yang betul, ambik pengajaran dan lakukan sesuatu.

Monday, June 8, 2009

oh tidak..

ah, menyampahnya orang yang perasan bagus.

sedang menunggu giliran bermain badminton pada suatu hari di Multi Purpose Hall di kolej, ada seorang sahabat datang, mr S, bukan nama sebenar. mr S, dengan badan yang sasa, serta senyuman yang jujur (pernyataan tidak bermaksud apa2), mampir ke arah saya.

ketika itu satu permainan baru habis. jadi, mr S yang baru datang ni nak mainlah jugak badminton.

ketika itu ada seorang yang ingin berpasangan dengan mr S ni. kita namakan mr A. main double la. court badminton hanya ada 3. jadi semua orang sedia maklum bahawa untuk memaksimumkan bilangan orang yang boleh main setiap sesi, selalunya pelajar akan main secara double.

tetapi, terjadi benda yang tidak sedap pada mata saya yang melihat dan telinga saya yang mendengar

mr S yang baru sampai itu cakap benda yang berisiko tinggi untuk menyakitkan hati orang lain.

katanya kepada mr A " laa.. konfem kalah punya kalau partner dengan kau. aku taknak la. Kash, jom partner dengan aku". mr S ajak saya pulak.

saya terkesima dengan apa yang dicakapnya. mengapa dikata sedemikian rupa kepada mr A itu. kalau betullah lemah sangat mr A tu, tak perlulah nak dihina begitu. mr A beransur ke court lain.

saya duduk terdiam sambil memandang ke arah mr S. saya cakap "eh tadi kan si mr A dah ajak kau partner dengan dia, pergilah main dengan dia."

mr S mencebikkan bibir dan memandang ke arah orang lain untuk diajak menjadi partner.

saya cukup tidak suka golongan2 seperti ini.

bukanlah hak saya untuk menghakimi seseorang. mungkin mr S ketika itu terlepas cakap.

tetapi, pengalaman bersama mr S mengajar saya bahawa dia turut suka bercakap besar dan kadangkala merendahkan orang lain.

ketika post ini ditulis, saya masih berfikir, bagaimana nak menegur beliau dengan baik. (sesiapa ada nasihat, boleh la beritahu)

saya tahu, tidak baik untuk bercakap di belakang orang dan saya juga bukan manusia persis malaikat. tapi niat saya adalah untuk memastikan ada pengajaran yang dapat diambil.

pengajarannya, bagi pendapat saya, ialah jangan memandang rendah orang lain. sehebat mana manusia, Tuhan semudah2nya boleh menarik smula kehebatan itu. jaga hati kita sesama manusia, kerana kelak, ketika susah, selain Tuhan, kita akan pinta pertolongan sesama kita juga.

hidup bermasyarakat, bukan hidup seorang. mintak maaf mr S atau sesiapa sahaja kalau ada terasa hati.