Tuesday, September 21, 2010

Adik perempuanku seorang DOKTOR!

Oi!!!!

Orang-orang kampung!!

Adikku selamat sampai di Cairo!

Dia nak Belajar jadi doktor!

Betul makcik!

Giler ah adikku!

Abangmu ini berbangga!

......

Syahidatul Qistina Binti Shahlan, 1992

Pelajar Jurusan Perubatan

Universiti Al Azhar Kaherah Mesir

Adik perempuan gua yang pertama.

Sesiapa yang berminat nak masuk meminang, sila tunggu dia habis belajar.

Kalau tidak, akan saya siku dengan ganas sekali.

......

Ada lagi 3 adik.

seorang lelaki. 2 orang lagi perempuan.

Tiga-tiga berniat nak masuk sekolah pondok bila dah besar.

Kalau stress, Hantuk kepala?

Ada ke patut suruh lupakan masalah.

Habis tu nak suruh aku pendam sampai gila.

Kepada mereka yang bermasalah,

Jangan pendam.

Cari sesiapa yang boleh tolong kita.

Kawan, mak bapak, cikgu, atuk nenek, sedara mara, Tuhan, etc.

Jangan pendam nanti tertekan.

Kalau ada masalah, bincang molek2 dengan orang lain.

Kalau dah rasa stress dan rasa susah sangat nak fikir sendiri,

Bincang dengan manusia lain.

.......

Manusia dan ego mereka.

Saya dan ego saya.

Friday, September 17, 2010

duit raya

budak-budak beratur di pagi raya

Ingatkan nak bersalam minta maaf..

tapi nampaknya tangan lebih pantas mencapai sampul duit raya

salam dan ambil sampul duit raya sepantas mungkin.

kemudian duduk mengira duit raya.



kanak-kanak riang rakus mengira duit raya dapatan masing2 ketika habis sesi bersalam.

"2 ringgit je?" seorang merungut.

ditanya pada seorang,

"dapat 51 ringgit JE tahun ni"

hahahahahaha.

It is all about sedekah.

Bukan sahaja duit raya pada kanak-kanak.

tapi juga pada individu yang susah.

bila melawat jiran tetangga, hulurkan duit raya bukan pada anak-anak mereka, tapi pada mereka yang kurang upaya.

Semuanya berkisar mengenai sedekah.

....

Saya belum berpendapatan tetap. calon paling sesuai.

Semua tentang sedekah. SADAQAH

Monday, September 6, 2010

Raya tak raya belakang kira

Raya tahun ni disulami kesedihan jiwa yang melampau.

Tak lepas nak ke UK. UIA tak terima. Keluarga kecewa.

Itu belum masuk jumpa sanak saudara, anak beranak menakan, dua pupu, jiran kampung, ahli jemaah masjid Chicha Tinggi, keluarga Singapore, keluarga Sumatera,etc2.

Nanti kalau mereka tanya saya "hah, biler lu nak pegi UK?"

Saya jawab "takde rezeki saya bang/kak/makcik/pakcik/saudara/saudari. Saya kat sini jer. tak pergi jauh mana pun."

Nak mintak maaf pagi raya dengan ibu bapa pun segan.

Dah mereka kecewa, nak mintak maaf pun, dalam hati tahu mereka masih kecewa.

Kan pelik itu.

Bak kata orang caucasian, 'awkward'.

'Awkward' kepala lutut dia.

Dia setiap tahun mana ada annual majlis mintak maaf.

Maka berayalah tahun ini dalam keadan hati gundah gulana.

Ibarat tidak dapat tengok astro kerana hari hujan, seperti itulah perasaan saya. Cuma darab sejuta empat ratus tiga puluh enam ribu tujuh puluh lapan kali. (1,436,078)

Bagaimana saya boleh tahu dengan begitu tepat nilainya?

Bak kata abang loceng kesayangan kita, "lu fikirlah sendiri, berdasarkan Al-Quran dan Hadith"

Baju pun sepasang yang baru.

Tahun ini, dengan imej YB datang majlis smart casual anak-anak yatim, sehelai khakis dan kemeja hitam lengan pendek.

Tahun dulu punya meriah sampai underwear pun baru sebab nak rasa best pada diri sendiri.

Tahun ini tidak. Oh tidak..

Perasaan rendah diri itu sudah mula bersemai.

Campur malu.

Tapi banyak lagi yang rendah diri tu.

Kita tengok sama ada ramalan perasaan gundah pada 1 Syawal ni akan menjadi realiti.

Tunggu ya.

.......

Makan nasi bukak puasa memang sedap. Tadi nasi lemak ala2 modenas.