Monday, December 31, 2012

Puncak Setiawangsa

saya dilahirkan di Hospital USM Kubang Kerian, Kelantan pada 10 Disember 1990.

Tahukah anda saya tinggal di Kelantan sejak saya lahir sehingga saya masuk darjah 1. 

Saya bertadika di pra sekolah Chica Tinggi. Arwah ayah (datuk saya) imam kampung. saya pergi tadika naik basikal. Nampak nilai berdikari di situ?

Paling best mek(nenek) suap nasik belauk pagi2 dengan budu. agak2 hari sabtu ahad tu, tengok kartun batman di tv2.

mek kadang2 ajak tengok wrestling malam2 tv1. 

Darjah 1, abah saya bawak keluarga pindah ke Kuala Lumpur. Duduk di Bukit Setiawangsa.

Kawasan Puncak Setiawangsa yang baru ada kes tanah runtuh beberapa hari lepas, rumah saya dulu di bawahnya.

Puncak Setiawangsa tu memang dari dulu saya dah agak, tunggu masa nak jadi apa2 tragedi.

Nasib baik tidak ada manusia cedera. Cuma rugi duit sebab rumah banglo runtuh ada.

Ramai juga kawan2 sekolah rendah yang rumahnya di Puncak. semoga mereka dan keluarga selamat.

itu saja nak cakap sebenarnya. Punya panjang intro pasal sejarah kehidupan gua.