Mengapa ada orang yang melompat2 menyambut 1 Januari, masih kekal misteri.
1 Januari hari yang biasa, tapi menandakan permulaan bagi pengakhiran hari dan tahun semalam.
Permulaan baru, bermaksud kita boleh mencipta azam baru atau meneruskan azam yang sedia ada.
Lupakan kisah lalu, dan terus berusaha mencapai kehendak diri demi masa depan.
Tapi mengapa, contohnya, tidak buat azam baru pada 24 Mei 2009?
Nak sedar diri kena tunggu setahun?
Maka tiada justifikasi untuk melompat2 pada malam tahun baru. Ia hari yang biasa. Disebut sebagai tahun baru atas dasar memudahkan urusan pejabat.
Baiklah, selesai kelas History bersama Mr Brookes tadi.
Kepala berserabut.
Perbincangan mengenai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau United Nations (UN).
Tentang Majlis Keselamatan (Security Council) dan Perhimpunan Agung (General Assembly).
Dan isu Palestin-Israel dari sudut sejarah, undang-undang antarabangsa, polisi dan pendirian PBB serta isu2 teknikal berkenaannya.
Melalui perbincangan, kita sedar betapa susahnya untuk menyelesaikan krisis tersebut.
Jika ingin diceritakan secara teliti, terlalu panjang.
Secara mudahnya,
The General Assembly has the power actually to form a war crime tribunal against Israel through certain resolutions and articles. For example, the 'Uniting for Peace' resolution.
However, to try someone, there has to be evidences. And, personally, that is the hardest part in this case. How can u prove that they deliberately fire missiles to kill civilians and not the militant?
How can u prove that they are not deliberately initiates war but instead are responding to attacks on them, to defend themselves? And lots of other vague issues that are hard to be answered.
Susah, tapi tidak mustahil.
Dan segala serangan dan gangguan yang kononnya dilaksanakan oleh Muslim di serata dunia kini tidaklah membantu melainkan mengalih perhatian dunia dari isu Palestin-Israel ini lantas melengahkan lagi usaha menyelesaikan konflik.
Contohnya, isu bakar gereja di Malaysia. isu cubaan mengebom pesawat di Amerika Syarikat.
Tak membantu wahai kawan2ku, saudara saudari Muslimin Muslimat sekalian.
Langsung tidak membantu.
Lepas ni kelas IELTS. Bahasa Inggeris. Ada ujian bulan depan.