Habis sudah demonstrasi Bersih
Saya ada di Lembah Beringin ketika hari demonstrasi
Maka saya tidaklah terlibat secara langsung dalam kejadian tersebut atau apa-apa kesesakan jalan raya yang berpunca daripada sekatan jalanraya polis secara komprehensif.
Bersih 2.0
Sebelum hari demonstrasi,
Yang sokong kata ini untuk demokrasi bukan politik, hak mereka untuk bersuara, mahukan pilihanraya yang bersih, sudah fed-up dengan kerajaan Barisan Nasional/UMNO, rasuah terlalu banyak, perlukan suatu tindakan drastik untuk suatu perubahan drastik, etc2.
Yang tak sokong kata isu yang dibangkitkan bukan suatu isu, PR menang 5 negeri jadi bukti, Sultan dah bagi hint tak puas hati, demonstrasi jalanan memudaratkan ekonomi dan membahayakan awam, isu Bersih didalangi ahli politik, etc2.
Siapa yang tak mahu negara tanpa korupsi.
Siapa yang tidak mahu akan sistem Pilihanraya yang bersih.
Siapa yang tidak mahu hak bersuara mereka ditegakkan.
Saya mahu. Saya yakin anda juga mahu.
Tapi saya juga yakin ahli-ahli politik kita tidak bersih.
Maka isu Bersih pasti akan dipolitikkan.
Sistem Pilihanraya sendiri merupakan salah satu aspek Politik bila diambil kira peranannya untuk memilih siapa yang bakal masuk ke Dewan Rakyat dan DUN, sebahagian sistem Legislatif politik negara.
Fahaman tentang maksud politik mungkin berbeza.
Saya menulis dalam konteks cara ahli-ahli politik kita meraih sokongan untuk memastikan mereka akan diundi atau diundi semula oleh rakyat.
Secara realistiknya, mana mungkin isu ini tidak akan menjadi isu yang dimainkan oleh ahli politik dalam kancah mereka?
Mungkin ya, pada dasarnya, saya akan kata, its not about politics damn it, its about upholding democracy and the way it should be handle righteously.
Tetapi bila sampai pada media, media aliran utama atau alternatif, bila sampai pada tangan seorang ahli politik, pasti ia akan dipusing-pusingkan.
Itulah sebabnya kefahaman tentang Bersih pun boleh berbeza.
Ada yang kata " We're going to go on the road coz we're fedup with the current BN government, kiss my ass u guys can go to hell"
Ada yang kata "This Bersih has nothing to do with BN or Pakatan Rakyat, just wanting more transparency in the system"
Jadi, dimana kini setelah Bersih? Isu2 yang dituntut tak dengar cerita dah.
Isu polis kejam, orang2 demonstrasi yang provokasi dahulu bukan salah polis, video2 rakaman, aunty liberty yang sedang meningkat naik.
Kalau betul nak perjuangkan tuntutan2 dalam Bersih, fokus. Mari. Fokus.
Bukannya fokus pada ruang untuk ahli politik memanipulasi rakyat untuk sokong mereka nanti.
Janganlah naif sangat bila nak berfikir tu.
Bila saya tengok komen sebahagian orang, entahlah.
Rasanya macam mereka menidakkan keupayaan demonstrasi jalanan sebesar ini dimanipulasikan oleh pihak2 tertentu.
Konklusinya? Entah. Saya tukang kritik sahaja. Lebih seronok dari mencari jalan penyelasaian.
Mungkin jadi ahli politik kot lepas ni.