2. Baju Melayu raya warna ungu. Ungu lembut. Saya nampak kacak seperti biasa. Tiada apa yang berbeza di situ.
3. Rambut paling panjang ketika raya berbanding raya2 sebelumnya.
4. Saya tidak berbelanja lansung untuk pakaian2 baru pada hari raya kali ini. Jimat duit. Kecuali baju melayu. Tapi ibu-bapa yang belanja. Terima kasih mama dan abah. Banyak2 terima kasih.
5. Tahun ini mama masak rendang daging, gulai ayam, nasi himpit. Sedap dan berkhasiat. Mama menjaga kandungan lemak dan kolestrol dalam masakan.
6.Raya pertama di Kelantan. Raya ketiga di Kedah. Raya kelima pulang ke Putrajaya.
7. Saya Semakin kurang mendapat mesej hari raya. Kepada yang bermurah hati menghantar ucapan melalui apa2 medium, terima kasih daun keladi dan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada anda juga.
8. Ucapan raya paling ringkas yang saya dapat. - SHRMZB = Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin
9. Cuba berubah menjadi lebih baik.
10. Orang nak beraya, media heboh soal Mat Sabu dan Komunis.
11. Wartawan kita seorang meninggal di Somalia dek peluru sesat. Alfatihah.
12. Sehingga ayat ini ditulis, semua jemputan rumah terbuka gagal saya hadiri dek kerana berada di kampung.
13. Jumlah duit raya yang saya perolehi jatuh mendadak berbanding duit raya pada hari raya lepas.