Sudah lama saya tidak menulis di laman blog ini.
Saya sibuk dengan belajar, berhibur dan kemalasan.
Sungguh menyedihkan. Tatkala perkataan 'loser' dilaung2 di laman sosial untuk mereka yang masih tidak terarah hidup, saya rasa laungan itu sangat kena dengan rentak hidup saya kini.
Dek kerana kemalasan dan sikap yang tidak bertanggungjawab, saya terperangkap dalam lembah yang penuh dengan duri resah, busuk bingung, kotoran kacau.
Saya lupa betapa ruang digital inilah tempat saya melempiaskan nafsu amarah dan kecewa suatu masa dahulu.
Kini saya kembali ke sini hanya untuk berkongsi beban tekanan yang saya hadapi.
Jika anda sudi kongsi tanggungan ini, maka doakan saya. Itu sahaja rayuan saya.
Jika tidak sudi, tidak mengapa. Saya doakan anda bahagia.