Wednesday, May 12, 2010

Mereka Berusaha Setiap Hari

Lapar, Sunyi, Penat, Marah, Cemburu, Mengantuk, Takut

Semua ini perasaan negatif yang saya rasa sekarang. Tapi entah macamana, saya masih mampu bersabar dan tidak mengamuk tak tentu pasal bila bertegur sapa dengan manusia lain.

Mengapa mereka bahagia sedangkan saya masih belum bahagia? Ini soalan retorik, tak perlu buang masa fikir jawapan.

Bila terlihat makcik berbaju putih itu menyapu lantai dan mengemop lantai di kolej, saya tertanya-tanya, tidak penatkah makcik itu? Ada cerita yang saya tengok mengutuk pekerja-pekerja pembersih ni. Katanya " tempat yang kau cuci sekarang nanti kotor semula. Jadi apa signifikan kerja kau kat dunia ni? Kau tak mampu ubah apa2"

Saya rasa macam nak bagi penumbuk kat pelakon tu. Tapi saya tahu pelakon tu tak salah. Ini kerja penulis skrip. Maka saya rasa macam nak tumbuk penulis skrip cerita tu pulak.

Kalau makcik berbaju putih tu tak bersihkan setiap hari, hiduplah pelajar KYUEM ini dikelilingi kotoran dan lumpur dek banjir dan tanah yang dipijak setiap hari. Maka makcik tu, pahalanya setiap hari datang bila setiap pelajar yang nak pergi belajar selesa berjalan atas lantai yang bersih.

Jadi, jangan la sombong sangat kawan-kawan sekalian. Kalau terserempak makcik, kakak, abang atau pakcik yang berbaju putih dan sedang membersihkan halaman kolej, lontarkanlah senyuman sekurang-kurangnya.

Mungkin bukan kerana sombong, tapi anda segan nak senyum kepada mereka, atau tak ada mood kerana baru lepas dapat markah ujian yang tak sedap hati melihat.

Saya tak akan hakimi sesiapa. Anda ada alasan tersendiri.

Tapi kalau alasan anda sebab anda rasa mereka tu tidak signifikan, silalah beritahu saya. Saya bagi direct penumbuk sekali kat biji mata belah kanan. Pipi style.

1 comment:

Syukri Sapuan said...

tu la pasal. tak tahu nak appreciate orang lain langsung.




woha!