Monday, June 28, 2010

Terbalik Tunggang

macamana berat aku turun, tapi badan aku naik???!!!

apakah nama proses ini?!!!!!!

Mengapa!!!!

S***!! kawan aku cakap " ko macam perempuan la kash risau pasal berat. rilek suda."

Ko jugak yang kutuk aku besar! siot.

memang badan naik pun.

kalau dah duduk kat rumah a.k.a syurga makan.

Bayangkan la, pagi nasi, tgahari nasi, malam nasi.

Lauk sedap2 plak tu.

gulai, asam pedas, sambal, taucu, mende2 nama masakan semuanya ada kat rumah.

Nak2, petang tak pergi senaman pulak tu.

Nampak obvious potongan badan dah tak slim.

daripada potongan badan 'V' terus jadi ' O '

Ah..

Masalahnye skarang, mesin timbang yang sama menunjukkan semenjak 3 minggu lepas, saya dah turun 4 kilo.

Sumpah tak tipu.

Mende timbang berat tu cakap.

Tapi kenapa badan naik?

mengandung? saya? mungkinkah?

Saya masih teruna.

Sumpah, ada ke pulak tak percaya.

Saya masih teruna.

Friday, June 25, 2010

Kesedaran DiAtas Jamban

saya takut nak minta duit mak ayah.

Kerana itu duit mereka, bukan duit saya.

Atau mungkin saya takut sebab saya risau keputusan Alevel nanti tak memuaskan hati mereka and investment mereka ke atas saya selama ni menjadi suatu pembaziran.

Orang cakap, apa yang membazirnya, pengajaran yang ko dapat waktu di kolej tu berharga seumur hidup.

Hidup mesti diteruskan.

Banyak lagi jalan lain yang kau boleh pilih kalau tak berjaya fly ke UK nanti.

saya cakap,

Kan bagus kalau hidup tu diteruskan dengan boleh terbang ke UK sekali.

But that is life. Sometime it sucks. well, mostly because of me. its my fault it sucks.

jadi, kenalah berubah.

Kena berubah cepat.

Whatever the outcome this August, redha dan bersedia untuk move on.

kene cari kat mana lagi kau boleh sambung belajar.

Kalau anda mati dunia ini tetap berpusing.

So stop self pity-ing urself

Dunia tak akan kisah kalau anda gagal.

Orang tidak akan menjerit di jalanan kalau anda gagal.

Unless u are from the BarisanNasional atau Anwar Ibrahim in which case, ada certain orang akan bersorak kalau anda gagal.

Tapi Bumi akan tetap berputar.

ini pilihan anda. bangun dan teruskan hidup. atau kesian pada diri sendiri dan jadi seorang loser.

Sila pilih.

Selagi masih bernyawa, jawapan tidak akan muktamad.

so, patut ke mintak duit mak ayah untuk beli kasut sukan baru?

sebab mama ajak joging besok pagi dalam program apa entah.

I'm such a hypocrite.

But I am great.

Sunday, June 20, 2010

Dah habis dah..

Banyak benda yang terjadi semenjak 11 haribulan Jun lepas.

Pakcik kahwin, sepupu kahwin, Abang saya kahwin, habis kolej.

Kolej dah habis. Semalam hari sabtu, awards day. macam konvo universiti gitu. beratur ambek sijil tamat A-level.

My Girl Got a Special Award.

Rasanya macam gembira sekejap, sedih sekejap, gembira sekejap, sedih sekejap.

Apa yang pasti, saya tak sempat nak ambik gambar sekali dengan Barath A/L Muthusamy (or was it Munasamy? I cant remember, sorry uncle)

Barath, aku tak tahu ko pegi mana last day at KYUEM haritu, tapi ko memang la budak chalet yang sejati.

Gembira amat bila Abang Iman menjadi suami orang. Walaupun tiga kali lafaz baru lepas, tapi alang rasa pakcik yang jadi saksi tu yang tak berapa dengar sangat. No ofens.

Lagipun alang akhirnya ada kakak ipar. hahahaha. bagus betul Kak Fiqa ni.

Gembira sekejap.

Lepastu sedih semula..

Balik kolej untuk 1 hari setengah sahaja.

Untuk preparation Awards day pulak tu.

Saya seorang lelaki sejati.

Sumpah saya tak pernah minat lelaki lain. perempuan saja.

Orang kata lelaki sejati takde rasa sangat sedih-sedih ni.

Lagi-lagi benda-benda macam pisah-pisah ni.

Siapa yang kata macam tu memang la manusia yang tak ada kawan atau

tak reti sosial dengan orang atau

girlfriend dia tak sayang dia atau

tak pernah pergi awards day atau

kesemua yang diatas.

Pada cikgu-cikgu Kolej Yayasan UEM, staf2 ofis, cafe, dining hall, bersih kolej, sick bay, teknikal, student service, it centre, TNB, dan lain2 yang saya tak mention tapi berkenaan, saya ucapkan terima kasih tahap melampau sebab buat kolej best.

Pada kawan2, terima kasih sebab jadi kawan yang best.

Pada yang bukan kawan, terima kasih sebab jadi bukan kawan yang best.

Pada anak2 staff, terima kasih sebab jadi anak2 staff yang best.

Pada monyet2 tepi volleyball court, terima kasih sebab jadi monyet yang best.

Pendek kata, semuanya best la.

Sebab tu la saya sedih bila tinggalkan kolej semalam.

Saya lelaki sejati. Sumpah.

Tuesday, June 8, 2010

Kalau bankrap?

Dengar kata Malaysia nak bankrap tahun 2019?

Alamak. jangan la bankrap masa tu, umur baru 29 kot masa tu.

Baru nak bina keluarga bahagia apa semua.

Elok-elok dah bankrap.

Macamana nak pergi cuti dengan isteri kat Tioman ni? Pangkor laut ke?

Babai keluarga bahagia..

Disini ada beberapa nasihat untuk persediaan ketika itu.

1. Simpan duit mulai sekarang dalam akaun bank dalam negara atau luar.

2. Mula buat insuran bagi yang takde lagi. Kalau kena kemalangan ke, sawan babi ke, at least ada insuran.

3. Jangan kahwin lagi masa tu. Kalau yang dah kahwin, lari dari rumah atau buat-buat dah meninggal sampai isu bankrap dah habis. Penceraian adalah tidak digalakkan.

4. Untuk yang ada anak, jangan layan permintaan anak untuk mainan baru dan sebagainya.

5. Mula belajar silibus UPSR, PMR atau SPM sebagai persediaan untuk mengajar anak di rumah dengan tujuan mengelak yuran sekolah dan bayaran beg sekolah dan alat tulis.

6. Mula biasakan diri dengan diet sehari sekeping roti dan sebagainya sebagai latihan berlapar kelak ataupun mula puasa sunat. Sekurang-kurangnya dapat pahala.

7. Mula belajar menembak dengan tujuan mendapatkan lesen untuk senjata api. Ini bagi persediaan menentang perompak yang nak merompak rumah anda atas dasar tiada duit.

8. Belajar naik kenderaan awam mulai sekarang agar dapat biasakan diri dengan sesak bas dan tren dan juga dapat mengkaji bajet pengangkutan dengan lebih luas. Jangan jual kereta anda supaya senang kalau anda tiba-tiba berniat nak berhijrah ke Thailand dan sebagainya.

Dan banyak lagi nasihat-nasihat lain yang jelas berfaedah namun tidak dapat dimuatkan disini kerana penat menulis.

Selamat Mencuba!!

*Disclaimer: segala kesan akibat mengikut nasihat-nasihat diatas ,baik atau buruk, tidak akan ditanggung oleh pihak blog ini.