Monday, September 6, 2010

Raya tak raya belakang kira

Raya tahun ni disulami kesedihan jiwa yang melampau.

Tak lepas nak ke UK. UIA tak terima. Keluarga kecewa.

Itu belum masuk jumpa sanak saudara, anak beranak menakan, dua pupu, jiran kampung, ahli jemaah masjid Chicha Tinggi, keluarga Singapore, keluarga Sumatera,etc2.

Nanti kalau mereka tanya saya "hah, biler lu nak pegi UK?"

Saya jawab "takde rezeki saya bang/kak/makcik/pakcik/saudara/saudari. Saya kat sini jer. tak pergi jauh mana pun."

Nak mintak maaf pagi raya dengan ibu bapa pun segan.

Dah mereka kecewa, nak mintak maaf pun, dalam hati tahu mereka masih kecewa.

Kan pelik itu.

Bak kata orang caucasian, 'awkward'.

'Awkward' kepala lutut dia.

Dia setiap tahun mana ada annual majlis mintak maaf.

Maka berayalah tahun ini dalam keadan hati gundah gulana.

Ibarat tidak dapat tengok astro kerana hari hujan, seperti itulah perasaan saya. Cuma darab sejuta empat ratus tiga puluh enam ribu tujuh puluh lapan kali. (1,436,078)

Bagaimana saya boleh tahu dengan begitu tepat nilainya?

Bak kata abang loceng kesayangan kita, "lu fikirlah sendiri, berdasarkan Al-Quran dan Hadith"

Baju pun sepasang yang baru.

Tahun ini, dengan imej YB datang majlis smart casual anak-anak yatim, sehelai khakis dan kemeja hitam lengan pendek.

Tahun dulu punya meriah sampai underwear pun baru sebab nak rasa best pada diri sendiri.

Tahun ini tidak. Oh tidak..

Perasaan rendah diri itu sudah mula bersemai.

Campur malu.

Tapi banyak lagi yang rendah diri tu.

Kita tengok sama ada ramalan perasaan gundah pada 1 Syawal ni akan menjadi realiti.

Tunggu ya.

.......

Makan nasi bukak puasa memang sedap. Tadi nasi lemak ala2 modenas.

4 comments:

cempaka said...

tabahkan hati..
kuatkan semangat...

Abg Loceng said...

alahai kash..
sabarlah bro..
kalau bagi nasihat kat ko pun..
aku xtau nak bagi nasihat apa..
xpe2 dlm sedih2, ko masih lagi ada nikmat kan..erm erm ada lagi..

Dai said...

UIA rejek try la mntk UM... huhu.. ekau boleh la kash... =)

Syukri Sapuan said...

Malaysia is the best.haha