Wednesday, April 20, 2011

Siapa yang tentukan logik?

Masyarakat.

Apabila kewujudan lelaki lembut dijadikan suatu isu.

Salah satu logik penyelesaiannya adalah menghantar mereka ke kem untuk mengeraskan mereka semula.

Seperti yang terjadi di Besut, Terengganu.

Logik kah?

Saya tidak tahu.

Seperti biasa, saya tidak berapa gemar sangat dikaitkan dengan masyarakat.

Angkuh la katakan.

Saya memang riak.

Saturday, April 16, 2011

Emosi tidak stabil menghasilkan ayat berima

Tuhan tolong saya

Matlamat hidup saya masih tak jumpa

Sekadar cinta manusia, rasanya tak akan lama

Maka cinta yang fana, cinta padaNya

Tahu apa yang saya mahu dahulu

Tidak perlu tahu benda yang tidak perlu tahu

Hati kata tidak tahu

Mata kata yang itu

Tapi yang itu bukan satu

Dengarnya mata kuat menipu

Hati selalu jadi mangsa dusta

Hati pun tambah keliru

Rasa resah yang makin gundah

Virus jiwa yang tidak sudah

Wang dan Ilmu

Nafsu dan Cinta

Akal dan Jiwa

Semua menjerit dan meronta

Bagai tubuh ini tidak ada orang yang punya

Sakit hati

Tidak tahu bilakah akan berhenti

Memori lama asyik-asyik datang melawat

Bukan kah hati ini tidak mahu lagi ingat?

Mengapa datang juga?

Apa matlamat dan hikmah yang Esa?

Manusia tidak tahu.

Aku mahu

Tapi adakah aku perlu?

Aku ingin

Tapi rasanya akal ini suka bergurau bermain

Saturday, April 9, 2011

Bulan April ini kita mengarut lagi

Kita ada video lucah baru di pasaran.

Hasil usahama kerja keras trio Datuk T.

Tahniah diucapkan kerana mengembangkan lagi pemikiran rakyat Malaysia.

Kita ada kes kematian yang melibatkan SPRM lagi.

Kali ini, Allahyarham Sarbini.

Jika anda tidak tahu apakah itu SPRM dan anda seorang rakyat Malaysia, sila hantuk kepala di dinding dalam kiraan 10. 1. 2.

Kita ada pilihanraya di Sarawak.

Dah nak mengundi barulah nampak yang nak diundi turun bersalam orang di kedai kopi.

Mereka ni tak rasa bersalah ke?