Matlamat hidup saya masih tak jumpa
Sekadar cinta manusia, rasanya tak akan lama
Maka cinta yang fana, cinta padaNya
Tahu apa yang saya mahu dahulu
Tidak perlu tahu benda yang tidak perlu tahu
Hati kata tidak tahu
Mata kata yang itu
Tapi yang itu bukan satu
Dengarnya mata kuat menipu
Hati selalu jadi mangsa dusta
Hati pun tambah keliru
Rasa resah yang makin gundah
Virus jiwa yang tidak sudah
Wang dan Ilmu
Nafsu dan Cinta
Akal dan Jiwa
Semua menjerit dan meronta
Bagai tubuh ini tidak ada orang yang punya
Sakit hati
Tidak tahu bilakah akan berhenti
Memori lama asyik-asyik datang melawat
Bukan kah hati ini tidak mahu lagi ingat?
Mengapa datang juga?
Apa matlamat dan hikmah yang Esa?
Manusia tidak tahu.
Aku mahu
Tapi adakah aku perlu?
Aku ingin
Tapi rasanya akal ini suka bergurau bermain
No comments:
Post a Comment