Ingatlah Tuhan tidak akan beri beban yang tidak larat dipikul tiap hambaNya.
Jangan tidakkan perasaan kecewa itu.
Terima hakikat yang kau sedang kecewa.
Ketahuilah, kecewa itu manusia biasa.
Makna kata anda normal.
Luahkan perasaan itu dengan cara yang sihat.
Carilah Tuhan.
Carilah kawan.
Carilah Keluarga.
Carilah sesiapa sahaja.
Atau apa-apa sahaja.
Untuk isi ruang hati.
Saat kau berniat untuk menyerah
Pada hati, pada rasa, pada diri, pada dunia,
Duka jadi luka, luka jadi parah.
Ingatlah.
Kecewa itu manusia biasa.
Bangunlah dan jadilah gembira.
Berdoalah, Tuhan itu ada hikmahnya.
Atau tanya kenalan anda, mungkin mereka ada jawapannya.
Tidak berdoa sesat jalan.
Tidak bertanya terus berduka.
Janganlah hidupmu penuh sesalan.
No comments:
Post a Comment