Mula terasa yang saya ni tidak bagus dalam mengurus soal hati.
Mengurus hati sendiri.
Mengurus hati insan lain.
Dah lama bercuti daripada penulisan blog ini, saya kembali dengan perasaan gelisah.
One by one, they keep slipping off my my fingers.
Am I really that stupid at handling this?
This time, I really am wounded.
Mengawal diri bukan lagi suatu pilihan.
Berdiri di suatu sudut dan menjerit di dunia sendiri.
Ego hancur dan saya tidak peduli.
Kerana saya sendiri tidak tahu mengapa saya selemah ini.
Tidak tahu mengapa saya sebodoh ini.
Tips, bila anda dapat sesuatu jangan lepaskan genggaman anda.
Kerana apa yang hilang susah untuk kembali.
Dan kadang-kadang, ia lenyap terus sunyi.
Anda akan kembali berdiri di sudut yang sama.
Menyesali apa yang anda curahkan yang masih tidak mencukupi.
Gila tersenyum sendiri.
Kemudian menjerit menangis lagi.
Anda mulai sedar yang anda silap.
Dan kesilapan itu hanya menambah derita pada luka.
Gila tersenyum lagi.
Dan lagi..
Sesal. Resah. Sedih. Keliru.
Tidak kisahlah anda lelaki atau wanita.
Jika anda manusia, anda tahu kebenarannya.
1 comment:
tros terang je senang bro, simpan2 ni buat pening kpala je
Post a Comment