Wednesday, November 23, 2011

Aku maafkan kamu, generasi alphabet

saya tak sabar nak tengok keadaan Malaysia 20 tahun lagi.

menunggu generasi Y perintah negara.

generasi saya la tu.

budak2 sekarang ni tak faham sejarah kata orang.

bukan tak faham, saja nak rendah diri.

nanti tunjuk ilmu sejarah yang dapat di wikipedia orang kata angkuh pulak.

biasala orang kita, orang melebih sikit, dikatanya angkuh.

sekarang kalau tak puas hati, semua nak turun jalanan, berhimpun ramai2.

itulah cara terbaik nak bagi kerajaan dengar suara yang tak puas hati ni.

nanti sampai generasi Y perintah negara, rasanya tak ada orang dah nak marah kalau nak berhimpun merata ni.

perhimpunan kebanyakannya di dunia ni IsyaAllah aman dan damai.

kalau kenyataan di atas ni salah pun, sekurang2nya perhimpunan negara kita InsyaAllah aman damai.

rakyat kita ni sensitif sebenarnya.

pantang ada masalah, mulalah nak berhimpun ramai2.

bila satu kumpulan dah kumpul, ada pulak kumpulan lain nak kumpul2 jugak. berbalas kumpul.

masa tu orang mula trauma.

takut kejadian 13 mei berulang.

kejadian 13 mei tu jadi sebab penuh provokasi.

perhimpunan sekarang, payah nak cari orang provokasi ni. semua dah terpelajar.

lupakan sebentar isu gathering ramai2 ni.

kita ke isu hak.

macam2 hak ada.

hak bersuara, hak berkumpul, hak beragama, hak mengundi, hak jalan-jalan, hak belajar, hak itu, hak ini.

sepatutnya bila student tak datang kelas, lecturer tak patut marah.

hak dia la nak datang ke tidak. hidup dia. dia yang tak boleh jawab final nanti.

rupanya, lecturer baran sebab mereka nak pastikan anak2 bangsa, tak kisah la bangsa apa pun janji anak bangsa, berjaya dalam hidup dan memajukan negara kelak.

kalau student tak datang kelas, mereka jadi tak pandai. bila mereka jadi tak pandai, anak bangsa jadi tak pandai. bila anak bangsa jadi tak pandai, negara jadi tak pandai. bila negara jadi bengap, negara tak maju. bila negara tak maju, hidup susah. anak lecturer pun generasi Y jugak. jadi anak mereka pun akan hidup susah nanti sebab negara bengap. jadi lecturer risau.

sebab itu, lecturer ada hak marah.

generasi Y sekarang suka cakap pasal hak-hak ni.

hari tu, kawan kepada kawan cakap tak apa seksualiti merdeka ni dibuat. hak mereka untuk menyuarakan apa yang mereka rasa.

Kawan2:mereka cuma memberitahu umum tentang isu-isu yang mereka hadapi dan berharap masyarakat akan menerima mereka.

Kawan:gua ada hak untuk menerima atau tidak menerima.

Kawan2:kenapa taknak terima? not nice la macam tu.

Kawan:tahu pulak mana yang not nice, mana yang tidak.

perbincangan diatas tak akan habis.

nanti bila generasi Y dah perintah negara, tgk la apa kami buat.

tungguuuu..


Tuesday, November 22, 2011

Di saat Semuanya adalah Kesalahan KIta

Kerja tak siap,

itu tggungjawab kita.

Salah Kita.

Kerja tak siap, kita tak sempat nak buat, tak mintak pun tolong kawan yang boleh tolong. kerja masih tak siap

Itu tggungjawab kita.

Salah Kita.

Kerja tak siap, kita tak sempat nak buat, kawan-kawan offer nak tolong, kita cakap tak apa, kerja masih tak siap.

Itu tggungjawab kita.

Salah kita..

Jangan mudah salahkan orang lain sangat.

Friday, November 18, 2011

Saving Duit

Suatu hari minggu, saya pulang ke rumah ibu-bapa di Putrajaya dek kerana rindukan keluarga.

Walhal duduk di Shah Alam saja. setengah jam saja kalau naik kereta.

Masalahnya saya masih tiada lesen. Saya naik pengangkutan awam. Makan sejam setengah ke dua jam.

Bus dan tren atau bas dan bas. terpulang pada situasi kewangan ketika memilih medium pengangkutan.

Malam itu di rumah Putrajaya,

"Alang, ni ha. Maybank ada hantar cek rm 15,000 atas nama Alang ni. Simpanan untuk pendidikan dulu. mama bukakkan akaun waktu alang kecik." ujar mama saya.

Dalam hati saya "Yes! extra rm 15,000"

Sudah terfikir di benak fikiran pelbagai benda yang nak dibuat.

Laptop baru bren ASUS. Seluar jeans tambah lagi 2 helai. Seluar khakis sehelai lagi. tshirt2 baru sikit. Kasut Adidas sepasang. Makan macam orang berada di mana2 restoran taraf 4-5 bintang. Dan lain-lain isu.

Nak fikir pasal upgrade kereta tak boleh pasal gua tak ada kereta mahupun lesen untuk memandunya.

" Sekarang alang pergi bukak akaun ASB (Amanah Saham Bumiputera). Masukkan 15 ribu tu. Sekarang ASB untung. dia punya interest rate tinggi. Tahun lepas mama dapat 18 ribu pulangan." sambung mama.

" Nanti abah bagi 15 ribu, alang pergi besok." ujar abah pula.

...................................

Pujuk diri sendiri.. Lain kali ada rezeki lagi.. InsyaAllah.. (sambil menangis sepi..)

Moga2 simpanan ini dapat membantu ketika saya nak kahwin kelak..
Tiada apa yang dapat difikirkan untuk ditulis atau dikongsi di dalam blog sendiri.

Mengapa ini terjadi?

Mood menulis adakah sudah hilang?

atau kurang membaca?

Atau kurang berfikir?

Sekarang ni memang saya semakin banyak benda untuk difikirkan.

Belajar, Debat, Kawan2, Kawan

Setiap satu perkara dipecahkan lagi kepada beberapa komponen lain yang setiap satunya ada isu yang berbeza.

Bercelaru sebentar fikiran tentang kehidupan peribadi sendiri.

Apatah lagi nak bercerita pendapat tentang isu semasa.

Jauh lagi.

Perbincangan isu itu hanya terhenti di meeting kedai kopi.

Idea!!!!

Sunday, November 13, 2011

wahai blog tempatku mengadu

wahai blogku

maaf kerana hanya mencarimu saat aku punya masalah

tapi aku kisah apa

aku yang punya blog, aku punya suka la.

kali ni blog, ada masalah baru.

saya disekat daripada membaca blog orang.

mengapakah saya disekat?

apakah natijahnya jika saya membaca blog itu sehingga disekat daripada membacanya..

saya pun tidak tahu...

tapi, bagi menghormati permintaan tuan penulis blog itu, maka saya tidak membacanya..

wahai blogku,

banyak rahsia aku yang kau simpan.

segala draft2 post yang tak jadi diblog,

segala2 draft2 yang aku rasa terlampau tidak sesuai yang aku delete,

bagus kau blog,

pandai jaga rahsia.

sebenarnya, saya dah tak ada idea untuk tulis

post pertama sejak sekian lama tidak update,

begini rupanya.

damn..