Walhal duduk di Shah Alam saja. setengah jam saja kalau naik kereta.
Masalahnya saya masih tiada lesen. Saya naik pengangkutan awam. Makan sejam setengah ke dua jam.
Bus dan tren atau bas dan bas. terpulang pada situasi kewangan ketika memilih medium pengangkutan.
Malam itu di rumah Putrajaya,
"Alang, ni ha. Maybank ada hantar cek rm 15,000 atas nama Alang ni. Simpanan untuk pendidikan dulu. mama bukakkan akaun waktu alang kecik." ujar mama saya.
Dalam hati saya "Yes! extra rm 15,000"
Sudah terfikir di benak fikiran pelbagai benda yang nak dibuat.
Laptop baru bren ASUS. Seluar jeans tambah lagi 2 helai. Seluar khakis sehelai lagi. tshirt2 baru sikit. Kasut Adidas sepasang. Makan macam orang berada di mana2 restoran taraf 4-5 bintang. Dan lain-lain isu.
Nak fikir pasal upgrade kereta tak boleh pasal gua tak ada kereta mahupun lesen untuk memandunya.
" Sekarang alang pergi bukak akaun ASB (Amanah Saham Bumiputera). Masukkan 15 ribu tu. Sekarang ASB untung. dia punya interest rate tinggi. Tahun lepas mama dapat 18 ribu pulangan." sambung mama.
" Nanti abah bagi 15 ribu, alang pergi besok." ujar abah pula.
...................................
Pujuk diri sendiri.. Lain kali ada rezeki lagi.. InsyaAllah.. (sambil menangis sepi..)
Moga2 simpanan ini dapat membantu ketika saya nak kahwin kelak..
1 comment:
selamat dah duit tu. kalau tak confirm kakngah pau sekeping note rm tersebut.
Post a Comment