Sunday, December 4, 2011

Mari Kongsi Masalah Anda (Episod 1)

Masalah-Masalah Yang Mungkin Anda Hadapi Ketika Hendak Buat Rekod Debat Bahasa Melayu Tanpa Henti Selama Berapa Ribu Jam Pun. (Penyelesaiaan Disediakan)

1. Anda bukanlah seorang pendebat.

Anda minta pendapat daripada pendebat.

Dia mintak anda buat masa lain, contohnya cuti semester, supaya tak ganggu jadual pelajar.

Kenapa pendebat ni tak faham?? Anda ni nak memartabatkan Bahasa Melayu. Kena buat sekarang juga debat ni. Baru Bahasa Melayu termartabat. Masa lain mana boleh.

2. Pendebat tak sempat nak tolong program rekod ini.

Jadi anda pun berfikir, dimana nak cari pendebat yang boleh berdebat selama ratusan jam tanpa henti?

Anda pun teringat pelajar-pelajar bawah anda yang wajib jalani kursus ko-kurikulum.

Anda wajibkan mereka untuk berdebat demi 30 peratus markah ko-kurikulum.

Anda suruh mereka buat teks debat daripada hujah sampai celahan. semua ikut teks.

Biarkan orang kata ini bukan debat sebenar. Janji boleh panggil debat walaupun tengok skrip, ops, teks.

Inikan usaha memartabatkan Bahasa Melayu, tak kisah lah nilai debat semua tu. Janji ini semua memartabatkan Bahasa Melayu.

3. VIP nak datang.

Pendebat yang ada hanyalah mereka yang baca skrip untuk berdebat.

Tak kan nak tunjuk depan VIP pendebat baca skrip.

Depan VIP kena tunjuk debat sebenar. Bukan lakonan dengan skrip.

Anda arahkan jugak pendebat pada mulanya sudah bersetuju untuk tidak menyertai, untuk berdebat di sidang depan VIP.

Mereka pun pelajar juga, bagaimana boleh menolak arahan anda.

Bahasa Melayu masih termartabat.

4. Tak ada orang untuk sidang seterusnya.

Untuk buat rekod, debat tak boleh terhenti selama seminit.

Sidang seterusnya tak ada orang! Macamana nak buat??

Anda lihat ada satu pasukan pendebat pelajar yang baru habis berdebat sambil tengok teks.

Anda jumpa mereka, beritahu mereka ayat ini

"Lepas ni korang berdebat untuk satu sidang lagi tau. Arahan daripada cikgu ko-kurikulum"

atau

"Lepas ni korang berdebat satu sidang lagi tau. Ada 'request' daripada Universiti dot dot dot nak berdebat dengan korang"

Isu pelajar tersebut tak puas hati sebab tiba-tiba sahaja kena arah macam tu kita tolak tepi.

Ini demi memartabat Bahasa Melayu, tiada masa untuk perasaan tidak puas hati pelajar yang berdebat.

.....................................................

Untuk masalah-masalah lain seperti tempat tidur, makanan untuk peserta, t-shirt ke, apa ke, anda urus sahaja dengan cakap

"Maaf, tidak ada"
atau

"Maaf, kami tak dapat apa-apa makluman"

atau

"Maaf, anda kena berurusan dengan pihak (nyatakan nama apa-apa bahagian dalam universiti yang anda teringat)"

atau

"(apa-apa alasan lain yang logik dan kreatif)"

Apa-apa permasalahan lain, boleh hubungi saya untuk saya bagi pendapat dalam cara menyelesaikannya

*Semua diatas adalah pendapat peribadi penulis. Tidak ada kena mengena dengan mana-mana pihak yang hidup mahupun yang sudah tidak ada dalam alam kehidupan duniawi.

komen

Komen pembaca secara live:

" 'MAMAT' ni klise. Dia macam bajet tak klise tapi klise"

saya: Part mana yang klise? Jalan cerita atau gaya tulisan?

" Semua "

saya: buat muka sayu dan terus luah perasaan di blog.

Friday, December 2, 2011

Mamat

Mamat pandang skrin laptop.

Di hadapannya terpampang laman MukaBuku yang popular sehingga dibuat lagu oleh entah siapa.

"Kalau buat lagu macam tu, aku pun boleh." ujar Mamat pada suatu hari dengan nada stress bila dengar lagu tu di radio sorang2 dalam bilik.

Mamat sedang melihat-lihat satu akaun MukaBuku, bukan akaun dirinya sendiri, tapi akaun seorang gadis yang masih tak approve2 request Mamat untuk jadi kawan di MukaBuku.

Gadis yang bernama Alisha.

"Apa masalah kau ni Alisha. Orang lain request jadi friend, mudah-mudah je kau bagi lulus. Kalau aku ni, banyak betul masalah" bisik hati Mamat.

Mamat dan Alisha kenal semenjak sekolah rendah lagi.

Kini mereka belajar juga bersama-sama di Tingkatan 5 sekolah menengah dekat Putrajaya. Sama kelas. 5 Usaha. Kelas ranking nombor 3 daripada 6 kelas Tingkatan 5.

Mamat meminati Alisha sudah sejak sekian lama.

Siapa sahaja yang tidak meminati Alisha?

Gadis manis yang mendapat sanjungan setiap lelaki di sekolahnya.

Kulit seputih kertas A4. Mata sebundar duit 10 sen Malaysia. Senyum semanis kurma. Keturunan darah campur Melayu, Cina, India, Arab dan Kadazan Dusun. Dikatakan pernah menjadi model iklan nestum ketika tingkatan tiga dahulu.

Mamat pernah meluahkan perasaan pada Alisha ketika di darjah 6, 4 hari selepas UPSR. Namun ditolak mentah-mentah oleh Alisha.

Semenjak itu, Alisha bersikap dingin. Sebelum itu pun memang sudah tidak layan. Selepas luahan hati Mamat, ia jadi bertambah tidak layan.

Diberi salam ketika berselisih, tidak dijawab. Dilontar senyum, dibalas pandang tempat lain. Dibuat-buat terlanggar, Mamat yang terjatuh.

Namun Mamat tidak pernah mengalah dan pergi mencari gadis lain.

Mamat percaya dirinya mampu membuatkan Alisha bahagia.

Namun begitulah, Mamat sendiri hingga kini bingung. Apakah salahnya yang begitu besar sehingga Alisha begitu tidak mahu melayannya?

Walhal bercakap sesama sendiri pun, pernah hanya beberapa kali.

Yang paling diingati Mamat adalah ketika Cikgu Zahran suruh Mamat jadi Yang DiPertua Dewan ketika pertandingan Debat antara rumah sukan yang disertai oleh Alisha. Mamat ketika itu mengambil kesempatan bertanyakan nama penuh Alisha untuk disebut ketika mengumumkan nama peserta. Itu pun Alisha buat acuh tak acuh.

Mamat tersenyum sendiri mengenangkan memori itu.

Namun Mamat kecewa sendiri tatkala memikirkan yang Alisha masih belum approve request Mamat untuk jadi kawan di MukaBuku.

Rakan-rakan sekelas Mamat yang lain, semua sudah di approve oleh Alisha.

Khairil, Bahron, Dol, Sahil Shah, Zamri, Brahim Kering. Semua sudah di approve. Bertambah geram Mamat.

Rakan-rakannya itu bukan siapa-siapa. Semua belia remaja tidak bervisi bagi Mamat.

Kalau melepak bersama-sama di kedai mamak presint 9, yang paling berani mintak mamak tukar channel tengok bola, Mamatlah orangnya. Yang lain semua segan.

Kalau ada majlis di sekolah, yang volunteer untuk kerja-kerja gulung wayar mikrofon, susun kerusi di dewan, Mamatlah orangnya. Yang lain semua pemalas.

Kalau ada pertandingan tarik tali, yang paling kuat jerit suruh tarik dengan tempo yang betul, Mamatlah orangnya. Yang lain semua terjerit-jerit tidak berfokus.

Mamat bingung lagi.

Kriukk. Pintu bilik Mamat dibuka. Mamat tersedar daripada lamunan dan toleh kebelakang.

"Mat, abah nak guna laptop tu. Nak buat powerpoint untuk mesyuarat AJK Kebersihan 5S pejabat besok."

Pakcik Azman sebut baik-baik permintannya pada anak lelakinya itu.

Dia terasa sedikit bangga bila disebut tentang AJK Kebersihan 5S pada anaknya. Maklumlah, susah nak jadi AJK dalam pejabat kecil di jabatan kerajaan ni.

Mamat mengeluh sedikit, log out daripada MukaBuku dan menyerahkan laptop ayahnya semula kepada Pakcik Azman.

"Kenapa mengeluh Mat. Ada masalah ke?" Tanya Pakcik Azman pada Mamat.

"Tak ada apa-apa abah. Penat sikit." ujar Mamat yang kemudiannya berjalan ke dapur dengan niat hati nak masak Megi Kari campur telur.

Dalam hati, Mamat bercelaru fikirkan tentang Alisha.

(bersambung)