Sunday, December 4, 2011

Mari Kongsi Masalah Anda (Episod 1)

Masalah-Masalah Yang Mungkin Anda Hadapi Ketika Hendak Buat Rekod Debat Bahasa Melayu Tanpa Henti Selama Berapa Ribu Jam Pun. (Penyelesaiaan Disediakan)

1. Anda bukanlah seorang pendebat.

Anda minta pendapat daripada pendebat.

Dia mintak anda buat masa lain, contohnya cuti semester, supaya tak ganggu jadual pelajar.

Kenapa pendebat ni tak faham?? Anda ni nak memartabatkan Bahasa Melayu. Kena buat sekarang juga debat ni. Baru Bahasa Melayu termartabat. Masa lain mana boleh.

2. Pendebat tak sempat nak tolong program rekod ini.

Jadi anda pun berfikir, dimana nak cari pendebat yang boleh berdebat selama ratusan jam tanpa henti?

Anda pun teringat pelajar-pelajar bawah anda yang wajib jalani kursus ko-kurikulum.

Anda wajibkan mereka untuk berdebat demi 30 peratus markah ko-kurikulum.

Anda suruh mereka buat teks debat daripada hujah sampai celahan. semua ikut teks.

Biarkan orang kata ini bukan debat sebenar. Janji boleh panggil debat walaupun tengok skrip, ops, teks.

Inikan usaha memartabatkan Bahasa Melayu, tak kisah lah nilai debat semua tu. Janji ini semua memartabatkan Bahasa Melayu.

3. VIP nak datang.

Pendebat yang ada hanyalah mereka yang baca skrip untuk berdebat.

Tak kan nak tunjuk depan VIP pendebat baca skrip.

Depan VIP kena tunjuk debat sebenar. Bukan lakonan dengan skrip.

Anda arahkan jugak pendebat pada mulanya sudah bersetuju untuk tidak menyertai, untuk berdebat di sidang depan VIP.

Mereka pun pelajar juga, bagaimana boleh menolak arahan anda.

Bahasa Melayu masih termartabat.

4. Tak ada orang untuk sidang seterusnya.

Untuk buat rekod, debat tak boleh terhenti selama seminit.

Sidang seterusnya tak ada orang! Macamana nak buat??

Anda lihat ada satu pasukan pendebat pelajar yang baru habis berdebat sambil tengok teks.

Anda jumpa mereka, beritahu mereka ayat ini

"Lepas ni korang berdebat untuk satu sidang lagi tau. Arahan daripada cikgu ko-kurikulum"

atau

"Lepas ni korang berdebat satu sidang lagi tau. Ada 'request' daripada Universiti dot dot dot nak berdebat dengan korang"

Isu pelajar tersebut tak puas hati sebab tiba-tiba sahaja kena arah macam tu kita tolak tepi.

Ini demi memartabat Bahasa Melayu, tiada masa untuk perasaan tidak puas hati pelajar yang berdebat.

.....................................................

Untuk masalah-masalah lain seperti tempat tidur, makanan untuk peserta, t-shirt ke, apa ke, anda urus sahaja dengan cakap

"Maaf, tidak ada"
atau

"Maaf, kami tak dapat apa-apa makluman"

atau

"Maaf, anda kena berurusan dengan pihak (nyatakan nama apa-apa bahagian dalam universiti yang anda teringat)"

atau

"(apa-apa alasan lain yang logik dan kreatif)"

Apa-apa permasalahan lain, boleh hubungi saya untuk saya bagi pendapat dalam cara menyelesaikannya

*Semua diatas adalah pendapat peribadi penulis. Tidak ada kena mengena dengan mana-mana pihak yang hidup mahupun yang sudah tidak ada dalam alam kehidupan duniawi.

1 comment:

paenpf @ delimashops said...

ini mesti debat tanpa henti uitm tu kan kash? haha3