Tuesday, June 26, 2012

Pesanan Sinikal

Mungkin saya agak sinikal.

Tapi susah untuk saya percaya yang ahli politik itu jujur.

Jadi, jangan terlalu menaruh banyak harapan untuk orang baru itu.

Mungkin dia simbol kepada perubahan yang sangat-sangat diharapkan.

Tetapi berjaga-jagalah kita semua.

Dia masih manusia.

Sejarah menunjukkan, selepas satu-satu revolusi, masih lagi pemimpin baru yang dipilih tidak seperti diharapkan.

Jadi bergembiralah, tapi ingat, ini hanya permulaan.

jangan terlalu taksub.

Masalah belum selesai.

Kerana Tuhan tidak membantu mengubah nasib sesuatu bangsa melainkan mereka berusaha mengubah diri mereka sendiri.

Monday, June 25, 2012

Saya Perasan diri Politician.

Apalah yang agaknya mama dan abah akan fikir bila baca blog ni.

Harapnya janganlah ada kandungan yang bikin mereka panas.

Saya sayang ibu bapa saya.

Tak akan sekali benarkan orang libatkan ibu bapa saya dalam hidup politik saya.

WAH!!! HIDUP POLITIK!!???

Daftar undi pun belom.

Damn.

Buka atau Tutup Minda itu Subjektif

Tenang hati saya jika saya memikirkan tentang negara apabila meletakkan fahaman sendiri sebagai batu asas.

Kita inginkan matlamat yang sama. Cuma cara kita berbeza.

Kita ingin rakyat berbilang kaum bersatu padu.

Cuma ada yang kata caranya kesamarataan untuk semua. Ada yang kata positive discrimination jawapannya.

Naif sedikit pemahaman ini.

Dunia tidak semudah itu. Kadangkala, sudah betul matlamat dan caranya, orangnya pula tidak kena.

Dunia tidak sempurna.

Syaitan iblis itu wujud, dan janjinya untuk sesatkan umat manusia itu dikerjakan.

Bila memilih pihak, adakah pihak yang benar? Kita yang memilih sahaja yang percaya diri kitalah yang benar.

Bila hendak memilih pihak-pihak lain, dua-dua datangkan mudharat.

Pilih yang kurang mudharat. Sepatutnya itulah jalan yang lebih baik apabila memilih itu tanggungjawab.

Timbul pula soalan, siapakah yang lebih mudharat. Mudharat pada apa yang menjadi kepentingan untuk dipertahankan?

Mudharat pada agama? Mudharat pada bangsa? Mudharat pada negara?

Tidak bolehkan Mudharat-Mudharat ini dianggap sebagai satu?

Bolehkah negara berdiri tanpa agama sebagai tiang seri dan tanpa bangsa yang bersatu padu?

Bolehkah kita terima yang mempertahankan suatu aspek adalh mempertahankan suatu aspek yang lain?

Sunday, June 24, 2012

Mamat Pagi Hari

Pagi itu, Mamat terjaga daripada tidur.

"Mamat, bangun Mamat, dah nak pukul 7 ni," lembut Ibu kejut Mamat.

Mamat bangun dan duduk di pinggir katil, senyum dan angguk sedikit pada ibunya yang beransur keluar dari bilik.

Hari ini hari Sabtu. Cuti hujung minggu untuk pelajar sekolah.

Mamat pandang ke luar tingkap.

Pagi gelap sedikit dengan sedikit serakan cahaya matahari di celah awan.

Suasana tenang pagi itu menggamit hati dan perasaan Mamat.

Jarang-jarang Mamat terasa tenang sebegini di pagi hari.

Fikiran Mamat tiba-tiba melayang di awangan pada memorinya tentang Alisha.

Mamat menekup mukanya dengan tapak tangan. Dia menghembus nafas keluh.

Dengan Alisha dalam fikiran, sekejap dia gembira, sekejap lagi dia sedih.

"Mamat!! Kan dah nak habis Subuh ni! Bangun sekarang pergi solat!!" Ibu jerit garang dari pintu bilik.

Mamat terperanjat, bergegas dia bangun untuk ambil wuduk.

exam season all over again

its that season again.

where u have to go grabs books and notes,

baca dengan muka tenang tapi dalam hati risau dan gelabah.

exam.

i am going to be an education activist.

those who makes me take the exam to do what i will do later in life, God bless U