Tuesday, August 21, 2012

Ketakutan Abah

Nasihat Abah lagi.

"Bila abah baca yang budak muda sekarang dok tulis kat internet, takut Abah. Macam dia dah terlupa yang Tuhan akan persoalkan balik apa yang dia tulis tu."

Terkedu saya

Friday, August 17, 2012

Bukan Semuanya Bahagia-Bahagia

Saya terbaca satu artikel.

In light of the recent tv commercial by Bernas yang membuatkan saya menitis air mata, penulis artikel tersebut tidak bersetuju dengan trend iklan Hari Raya sedih.

Beliau rasa lebih baik jika iklan-iklan Hari Raya ini mesra di hati seperti iklan Hari Raya Petronas Janda Beranak Tujuh.

Malaysia depress katanya.

Tetapi saya tidak berapa bersetuju dengan pandangan beliau.

Benar iklan yang menunjukkan kebahagiaan berhari raya lebih rasa mesra di hati berbanding iklan-iklan yang membuatkan kita menitiskan. Jelas-jelas.

Tapi dalam kemeriahan kita berhari raya, iklan-iklan yang menunjukkan pengakhiran yang bahagia sahaja mampu menyebabkan kita terlupa bahawa realitinya, masyarakat yang kurang bernasib baik tidak berkongsi pengakhiran yang sama.

Iklan-iklan sedih seperti Bernas mengingatkan kita untuk bersyukur dengan kemudahan dan kemampuan kita untuk berhari raya seperti biasa.

Bersyukur untuk mereka yang masih punya ibu-bapa.

Bersyukur untuk mereka yang masih punya tempat untuk pulang.

Menjadi peringatan untuk kita sekurang-kurangnya mula mengambil kira nasib mereka yang dalam realiti sememangnya mungkin hidup seperti dua kanak-kanak lelaki dalam iklan Bernas.

Peringatan untuk kita mencari jalan membantu golongan kurang bernasib baik.

Hari Raya hari untuk menyambut kejayaan sebulan berpuasa, mengingati mereka yang sudah meninggalkan kita, hari ziarah-menziarahi keluarga dan sahabat handai.

Tetapi dalam sambutan tetap ada tangisan dan kemurungan.

Sesuatu yang masyarakat banyak lupa dalam keseronokan berhari raya.

Saya beberapa hari lalu ada mengambil bahagian dalam usaha memberi makanan kepada golongan yang tiada rumah, melawat anak-anak yatim dan orang tua.

Apalah nasib mereka di Hari Raya.

Jadi, ambil pengajaran. Jangan sekadar menangis sahaja.

Iklan-iklan yang mesra di hati setiap Hari Raya tidak semestinya yang lebih baik.

Yang penting kesedaran yang dipupuk.

Thursday, August 16, 2012

From Shah Alam With Love

Gua ada borak2 dengan sahabat lama gua.

Dia di Liverpool sekarang menuntut ilmu.

Apa la lu bro. orang nak raya-raya, dia balik Liverpool.

apa-apa pun, good luck pun.

selamat hari raya perantau pun.

Untuk sahabat-sahabat lain yang beraya di perantauan, selamat berhari raya.

Gua tak faham apasal lu orang kena beraya di rantau.

Tapi nak buat macamana. ada la tu sebab dia.

Sabar je la ya.

Ada rasa macam nak menangis sikit, dengarla di komputer lagu Dendang Perantau.

Takpun gua cadang lagu Bonda M.Nasir.

Semua yang bakal buat sedu.

Makan pastikan makan puas-puas.

Selamat Hari Raya Aidilfitri sahabat-sahabat ku semua.

Wednesday, August 8, 2012

miami

terima apa sahaja makian jika anda rasa anda layak menerimanya.

jika tidak layak pun, terima sahaja dan cuba perbaiki diri.

untuk mengubah manusia, ubah cara manusia biasa.

zaman kini, baik hati dan berbudi bahasa itu kita pandang luar biasa.

entah mengapa, lebih selesa diam diri.

dalam kalangan yang lebih besar, cukup mudah bicara.

namun bila sampai tahap mikro manusia, kita diam.

Tuesday, August 7, 2012

Dilema Lumrah

Itu bukan soalnya.

Soalnya saya tidak ingin tahu.

Dan awak patut tahu saya tidak ingin tahu.

Kata Linda pada Rahman.

Dilema lelaki di mana-mana

Tidak kata salah.

Kata pun salah.

Skil di sini ialah untuk tahu apa yang ingin didengari.

Bukan kata apa yang di hati..

Bunyi macam tidak jujur.

Kadangkala jujur bukan jawapannya..

Lumrah hidup begitulah..

Abang Mano Sayang LCW

Abang Mano ni nak kata bijak, saya pun tak tahu tahap mana dia belajar.

Tapi dia memang tak berapa bijak.

Apa motif orang tengah semangat-semangat sokong Lee Chong Wei dia pergi cakap-cakap macam orang tak faham hubungan manusia ni?

Kaitkan dengan politik pulak.

Sedih la Abang Mano.

Tidak ada common sense.

Bunyi cakap konon macam nak kaitkan dengan logik akal.

Kalau lebih baik, mengapa tidak menang.

Logik habis Abang Mano.

Logik ini senang-senang sahaja boleh didebatkan jika berbicara dengan orang yang lebih tahu pasal permainan.

Tapi yang susah nak didebatkan adalah emosi manusia.

Jika ketika itu orang tengah rasa sedih, bangga, jangan pergi contra. Bukan dapat apa-apa manfaat pun Abang Mano.

Dapat maki adalah.

Thursday, August 2, 2012

mama mia

It is not hard at all.

But you are making it difficult.

If you just not say anything.

Everything should be fine.

Now it is hard.