Saya terbaca satu artikel.
In light of the recent tv commercial by Bernas yang membuatkan saya menitis air mata, penulis artikel tersebut tidak bersetuju dengan trend iklan Hari Raya sedih.
Beliau rasa lebih baik jika iklan-iklan Hari Raya ini mesra di hati seperti iklan Hari Raya Petronas Janda Beranak Tujuh.
Malaysia depress katanya.
Tetapi saya tidak berapa bersetuju dengan pandangan beliau.
Benar iklan yang menunjukkan kebahagiaan berhari raya lebih rasa mesra di hati berbanding iklan-iklan yang membuatkan kita menitiskan. Jelas-jelas.
Tapi dalam kemeriahan kita berhari raya, iklan-iklan yang menunjukkan pengakhiran yang bahagia sahaja mampu menyebabkan kita terlupa bahawa realitinya, masyarakat yang kurang bernasib baik tidak berkongsi pengakhiran yang sama.
Iklan-iklan sedih seperti Bernas mengingatkan kita untuk bersyukur dengan kemudahan dan kemampuan kita untuk berhari raya seperti biasa.
Bersyukur untuk mereka yang masih punya ibu-bapa.
Bersyukur untuk mereka yang masih punya tempat untuk pulang.
Menjadi peringatan untuk kita sekurang-kurangnya mula mengambil kira nasib mereka yang dalam realiti sememangnya mungkin hidup seperti dua kanak-kanak lelaki dalam iklan Bernas.
Peringatan untuk kita mencari jalan membantu golongan kurang bernasib baik.
Hari Raya hari untuk menyambut kejayaan sebulan berpuasa, mengingati mereka yang sudah meninggalkan kita, hari ziarah-menziarahi keluarga dan sahabat handai.
Tetapi dalam sambutan tetap ada tangisan dan kemurungan.
Sesuatu yang masyarakat banyak lupa dalam keseronokan berhari raya.
Saya beberapa hari lalu ada mengambil bahagian dalam usaha memberi makanan kepada golongan yang tiada rumah, melawat anak-anak yatim dan orang tua.
Apalah nasib mereka di Hari Raya.
Jadi, ambil pengajaran. Jangan sekadar menangis sahaja.
Iklan-iklan yang mesra di hati setiap Hari Raya tidak semestinya yang lebih baik.
Yang penting kesedaran yang dipupuk.
No comments:
Post a Comment