Sunday, November 13, 2011

wahai blog tempatku mengadu

wahai blogku

maaf kerana hanya mencarimu saat aku punya masalah

tapi aku kisah apa

aku yang punya blog, aku punya suka la.

kali ni blog, ada masalah baru.

saya disekat daripada membaca blog orang.

mengapakah saya disekat?

apakah natijahnya jika saya membaca blog itu sehingga disekat daripada membacanya..

saya pun tidak tahu...

tapi, bagi menghormati permintaan tuan penulis blog itu, maka saya tidak membacanya..

wahai blogku,

banyak rahsia aku yang kau simpan.

segala draft2 post yang tak jadi diblog,

segala2 draft2 yang aku rasa terlampau tidak sesuai yang aku delete,

bagus kau blog,

pandai jaga rahsia.

sebenarnya, saya dah tak ada idea untuk tulis

post pertama sejak sekian lama tidak update,

begini rupanya.

damn..

Saturday, September 3, 2011

Raya 2011

1. Pertama kali ahli adik beradik tak cukup waktu raya pertama. Abg Khairul Aiman dan KakNgah Zatil Hanan keduanya beraya di kampung halaman pasangan masing2 iaitu Kak Afiqah dan Abg Jamal P.T

2. Baju Melayu raya warna ungu. Ungu lembut. Saya nampak kacak seperti biasa. Tiada apa yang berbeza di situ.

3. Rambut paling panjang ketika raya berbanding raya2 sebelumnya.

4. Saya tidak berbelanja lansung untuk pakaian2 baru pada hari raya kali ini. Jimat duit. Kecuali baju melayu. Tapi ibu-bapa yang belanja. Terima kasih mama dan abah. Banyak2 terima kasih.

5. Tahun ini mama masak rendang daging, gulai ayam, nasi himpit. Sedap dan berkhasiat. Mama menjaga kandungan lemak dan kolestrol dalam masakan.

6.Raya pertama di Kelantan. Raya ketiga di Kedah. Raya kelima pulang ke Putrajaya.

7. Saya Semakin kurang mendapat mesej hari raya. Kepada yang bermurah hati menghantar ucapan melalui apa2 medium, terima kasih daun keladi dan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada anda juga.

8. Ucapan raya paling ringkas yang saya dapat. - SHRMZB = Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

9. Cuba berubah menjadi lebih baik.

10. Orang nak beraya, media heboh soal Mat Sabu dan Komunis.

11. Wartawan kita seorang meninggal di Somalia dek peluru sesat. Alfatihah.

12. Sehingga ayat ini ditulis, semua jemputan rumah terbuka gagal saya hadiri dek kerana berada di kampung.

13. Jumlah duit raya yang saya perolehi jatuh mendadak berbanding duit raya pada hari raya lepas.

Friday, August 26, 2011

Lebih Baik

Hidup yang lebih baik

Apabila anda kuat

Hidup yang lebih baik

Apabila anda genius

Hidup yang lebih baik

Apabila anda tahu siapa diri anda

Hidup yang lebih baik..

Monday, August 22, 2011

Bulan Puasa ini kita Jiwa

Sudah tidak boleh menulis tentang jiwa kecewa.

Ada sahabat yang nasihat.

Katanya itu bermaksud tidak move on.

Mungkin bila saya dah habis luah baru akan move on nampaknya.

Cara orang menanganinya berbeza.

Jadi kali ini, berkenaan jiwa kecewa lagi.

Bila dah dapat sesuatu, jangan lepaskan.

Nanti terlepas terus, tidak kembali.

Rugi natijahnya.

Yang tidak kecewa dan begitu kuat sekalipun, ambillah pengajaran.

Manusia biasa, buat kesilapan.

Manusia bodoh, ulang kesilapan.

Manusia pandai, ambil pengajaran.

Mutiara kata di atas ini penyejuk hati sahaja.

Dalam dunia sebenar, sekali kesilapan anda sekalipun, bisanya naik ke kepala.

Sesudah itu, mulalah berperangai macam orang gila.

Proses menjadi pandai terus terpateri dalam akal dan hati.

Ada suara senyap yang sentiasa berbisik, jangan jangan jangan.

Jangan ulang kesilapan yang sama.

Betullah, yang sudah terjadi masakan boleh diubah lagi.

Tetapi anda akan semakin gila jika tidak bijak menanganinya.

Kemudian, jadilah anda seorang manusia yang bodoh.

Orang yang bodoh akan sentiasa rugi..

Dek tidak mengambil pengajaran.

Jangan terikat ya,.

Banyak lagi ciri2 orang bodoh ni.

Kita akan explore satu demi satu.

Salah satunya lagi, melepaskan benda yang berharga dek kerana dangkal fikiran.

Lepas itu, barulah nak menyesal.

Monday, August 15, 2011

Mungkin

Benarlah, hikmah Tuhan tiada siapa yang dapat meneka

Maka bersabarlah, Tuhan pasti akan tunjukkan pada hambaNya

Dimana kesilapan kita sebagai manusia.

Sabar itu penting.

Sabar itu sebahagian Iman.

Bagi mereka yang percaya, berdoalah.

Bukankah doa itu senjata kita?

Memohon kekuatan untuk terus berdiri.

Memohon ketabahan untuk terus berlari.

Hati yang ikhlas bukan sekadar sedar apabila hidupnya sukar.

Doa itu dipanjangkan sepanjang hayat nafasnya.

Itulah kesilapan manusia.

Sesungguhnya Tuhan itu Maha Berkuasa.

Dia tahu apa yang perlu untuk hambaNya.

Maha Bijaksana.