Ada sahabat yang nasihat.
Katanya itu bermaksud tidak move on.
Mungkin bila saya dah habis luah baru akan move on nampaknya.
Cara orang menanganinya berbeza.
Jadi kali ini, berkenaan jiwa kecewa lagi.
Bila dah dapat sesuatu, jangan lepaskan.
Nanti terlepas terus, tidak kembali.
Rugi natijahnya.
Yang tidak kecewa dan begitu kuat sekalipun, ambillah pengajaran.
Manusia biasa, buat kesilapan.
Manusia bodoh, ulang kesilapan.
Manusia pandai, ambil pengajaran.
Mutiara kata di atas ini penyejuk hati sahaja.
Dalam dunia sebenar, sekali kesilapan anda sekalipun, bisanya naik ke kepala.
Sesudah itu, mulalah berperangai macam orang gila.
Proses menjadi pandai terus terpateri dalam akal dan hati.
Ada suara senyap yang sentiasa berbisik, jangan jangan jangan.
Jangan ulang kesilapan yang sama.
Betullah, yang sudah terjadi masakan boleh diubah lagi.
Tetapi anda akan semakin gila jika tidak bijak menanganinya.
Kemudian, jadilah anda seorang manusia yang bodoh.
Orang yang bodoh akan sentiasa rugi..
Dek tidak mengambil pengajaran.
Jangan terikat ya,.
Banyak lagi ciri2 orang bodoh ni.
Kita akan explore satu demi satu.
Salah satunya lagi, melepaskan benda yang berharga dek kerana dangkal fikiran.
Lepas itu, barulah nak menyesal.
No comments:
Post a Comment