Friday, July 31, 2009

isu sakit

junior sudah hampir sebulan masuk kolej.

belum hampir sebulan, kolej sudah pun ditutup atas sebab kesihatan komunitinya.

ada yang sihat walafiat seronok bila dapat tahu dapat balik rumah seminggu.

ada yang dikuarantin tidaklah berasa sebegitu seronok.

yang berjaga-jaga juga tidak begitu seronok.

ialah. manalah tahu Influenza.

kolej ditutup secara rasmi beserta notis Isnin lalu pada27 Julai 2009.

sebelum kolej ditutup, komuniti pelajar seronok bergegak gempita berlatih untuk pertandingan boria Interhouse sempena Minggu Citra Budaya.

saya salah seorang AJK Minggu Citra Budaya.

maka kecewalah barisan organiser kerana beberapa pertandingan terpaksa ditangguhkan seperti Final Pantun dan Boria sendiri.

pasukan Boria House of Garnet umpamanya mengalami defisit ahli dari 15 orang kepada 6 orang pada Ahad 26 Julai.

oh ya. pada pagi Jumaat 24 Julai, dikatakan lebih 160 pelajar melaporkan diri di sick bay atas pelbagai alasan sakit yang logik seperti demam dan batuk-batuk serius.

itu baru pelajar yang melaporkan diri, yang tidak melaporkan diri seperti saya? staf? para guru? anak staf?

pada hari Ahad, saya mengambil topeng yang dipakai jika batuk di sick bay. ada pemeriksaan beramai-ramai hari itu oleh pihak kementerian Kesihatan.

disebabkan saya berlagak cool, maka tidaklah saya pergi memeriksa diri ketika pihak kementerian sampai. orang hebatlah katakan. tenanglah kawan. apa nak risau. sakit sikit saja.

sedang duduk menonton televisyen sambil makan aiskrim di cafe, seorang sahabat datang mendekati.

' kau tak pergi check ke kash?' 'kau dahla batuk, makan aiskrim lagi'

alahai, tenangla kawan. dia bagi kau apa lepas check?

'dia bagi aku m.c untuk hari Isnin.'

lalu bergegas saya ke tempat pemeriksaan.

pegawai bertanya pada saya

'staf ke student?'

student bang.

'nah, ambik borang ni isi.'

usai mengisi borang, abang pegawai perubatan itu mengambil suhu badan. dalam hati menempik.

Panasla! tolongla panas!

'uish panas jugak ni dik'

hah? betul ke panas? adakah doa ini dimakbulkan?

'ke kau berlari tadi dik?'

saya tergelak kecil tidak menafikan..

abang pegawai mengambil suhu sekali lagi.

dia bertanya pada kawannya

'eh, cuba kau tengok ni? ok tak?'

'ok je' sahut kawan di sebelahnya.

'suhu normal ya dik'

saya gagal mendapatkan mc.

hari Isnin tetap dapat balik rumah.

Tuesday, July 28, 2009

syabbas abg driver

post ini ditujukan khas buat abang driver bas Mara Liner pada 18 July, jam 6.30 ptg.

walaupun abang rasanya tak kan terbaca post ni, tapi biarlah orang lain tahu kehebatan abang dan doakan yang terbaik.

dan juga untuk mereka yang banyak membantu pada hari sabtu itu.

pada Sabtu 18 Julai 2009, saya beransur ke Kuala Lumpur untuk menghadiri sebuah majlis perkahwinan kakak seorang sahabat.

terima kasih Angah sebab sudi ambik alang kat Lembah Beringin untuk hantar ke KL.

majlis tidak membantu saya berasa lebih baik tentang diri sendiri, though it was a nice majlis.

terima kasih bro Nabil, sahabat SBPI hingga sekarang, sebab sudi teman saya ke majlis yer.

usai majlis, kami beransur ke KLCC. dengan harapan, dapat lepak lama-lama sikit sebelum saya beransur ke Tanjung Malim pada petangnya.

lepas makan KFC (saya tidak lalu makan sangat di majlis), kami beransur. saya mengorak langkah ke Pudu, Nabil ke pejabat ayahnya dengan harapan ayahnya akan bawak dia pulang sekali.

sampai Pudu, saya mencari bas untuk ke Tg Malim. perancangannya, beli tiket ke tg malim, sampai sana beli barang di pasar malam, cari teksi untuk ke Lembah Beringin.

saya beli tiket bas Mara Liner.

tiba masa, jam 6 pm, saya naik ke atas bas.

ketika itu pemandunya belum ada.

saya yang ketika itu berada dalam keadaan beremosi, terus mencari tempat duduk dan cuba melelapkan mata.

sedang dalam usaha tidur, konduktor bas datang menyapa,

'adik, tiket dik' saya hulurkan tiket dan sambung usaha.

bas bergerak dan saya terjaga apabila bas berhenti secara tiba-tiba..

masih beremosi negatif ditambah mamai, saya memerhatikan sekeliling.

bas berhenti di simpang masuk RnR Rawang tapi tidak masuk ke dalam kawasan RnR.

saya pelik dan berdasarkan pemerhatian, penumpang lain turut pelik.

tiba-tiba, terdengar satu suara dari depan bas.

'tu yang kat belakang tu buat apa dua-dua orang?!'

tegang bunyi suaranya.

'ingat duduk kat belakang aku tak nampak ke?!'

suara menjerit lagi. saya menelengkan kepala ke kiri dan lihat abang driver yang sedang menjerit..

pada dapatan saya, rasanya dia sedang menegur orang membuat onar di tempat duduk belakang.

'dua-dua orang tu meh duduk depan ni!'

malas hendak mengambil kisah, saya cuba pejamkan mata semula..

buat beberapa ketika, bas masih tidak bergerak..

'mari duduk kat depan ni! duduk belakang entah buat ap tu! ingat aku tak nampak?!'

selepas beberapa saat, terdengar tapak kaki dari belakang bergerak.

sambil menyandarkan kepala di tingkap, saya membuka sebelah mata. seorang lelaki berbadan agak gempal, berbaju coklat, dan seorang wanita juga agak gempal, berbaju putih dan bertudung berjalan melepasi tempat duduk saya.

hm..

beberapa ketika kemudian, bas bergerak semula.

sampai ke Tg malim, pasangan itu yang pertama keluar dari bas.

saya yang terakhir.

sampai kepada pemandu, saya ucapkan terima kasih dan saya terkejut.

pemandu bas masih muda, tetapi lebih tua dari saya. pada amatannya, dalam lingkungan 28-30 tahun.

kagum kerana dia begitu berani menegur secara terus, berbeda dengan pemandu bas yang lain yang lebih selesa senyap sunyi. seperti saya juga.

tiket bas= RM7. teksi= RM25.

emosi masih terganggu.

Wednesday, July 8, 2009

saya cikgu yang baik


suatu malam, Anis, adik bongsu, bertanya soalan sains pada saya.

darjah 3.

dia tanya berkenaan 'conductor'

"alang, ni macam mana nak buat alang?"

soalan dalam buku latihan:

'colour the items that can act as a conductor'

comel soalan sains darjah 3 ni.

Anis faham ke tak soalan ni?

"faham"

cuba translate dalam BM.

"erm, warnakan, item tu apa alang? erm, yang jadi conductor"

bagus2..

cikgu suruh Anis buat ke ni?

"haah. tapi Anis tak ada dalam kelas waktu cikgu ajar"

la.. habis tu tahu tak 'conductor' tu apa?

"tak"

saya ajar dia dari mula tajuk 'conductor and electricity'

malam tu, dia hampir menangis sebab kena marah oleh saya.

mangsa marah dalam pos istimewa

tapi sekurang-kurangnya, dia dah tahu apa maksud,

1.conductor = benda yang bagi elektrik lalu.
2.flow= mengalir
3.conduct= bagi lalu
4.items= barang-barang
5.metal= besi

besok pagi sebelum pergi ke sekolah, saya tanya ketika sarapan, perkataan diatas..

Anis dapat menjawab dengan baik.

12 jam kemudian,

"alang, jangan la marah, 'item' tu apa?"

bagus2..

Anis tidak bertanya lagi di kemudian hari..

Sejujurnya3

PPSMI akan dimansuhkan sepenuhnya pada 2012.

TPM DS Muhyidin Yassin berkata, biarkan habis satu cycle dulu.

perbincangan pada pagi Rabu 8Julai melibatkan Tun Mahathir mempersetujui bahawa sehingga 2014, sains dan Matematik akan diajar dalam dua bahasa.

DS Muhyidin berkata, semenjak PPSMI dimulakan, jurang diantara pelajar bandar dan luar bandar semakin besar.

penekanan terhadap subjek Bahasa Inggeris akan ditingkatkan dengan peningkatan guru Bahasa Inggeris.

Kata beliau lagi, keputusan diambil semata-mata atas dasar keprihatinan terhadap pelajar tanpa sebrang sebab politik.

begitulah akhirnya pengakhiran PPSMI.

kerana dikatakan lebih merugikan pelajar berdasarkan kajian yang dibuat.

penggunaan bahasa Inggeris dikatakan membuat pelajar makin tidak berminat terhadap subjek sains dan matematik dan peningkatan penguasaan bahasa inggeris meningkat hanya sedikit.

pendapat saya?

sifat dan perangai kita sendiri.

gunakanlah bahasa apa pun janji umat kita maju.

negara yang menggunakan bahasa sendiri dan maju seperti Jepun bukan bergantung semata atas bahasa. tapi memang diakui, sikap mereka menjadi penentu utama.

kajian cakap, PPSMI menyebabkan penurunan minat terhadap sains dan matematik.

harapnya, dengan penggunaan bahasa Malaysia akan meningkat semula minat.

jangan guna banyak alasan. apa yang ada, kita gunakan sebaik mungkin.

biar bahasa Malaysia kita guna, umat pasti berjaya jika sikap terbuka dan bersungguh-sungguh ada.

InsyaAllah.

Michael Jackson lagi

pagi tadi punya semangat, saya berjaga sampai pukul 4 tengok majlis tribute untuk michael Jackson.

saya minat michael jackson. dan semalam, acara yang bermula pada jam 1.45 am berlansung selama hampir 2 jam.

secara lansung dari Staples Centre, Los Angeles.

saya kagum dan sedikit pelik kerana keranda yang mengandungi Michael Jackson dibawa sekali ke dalam dewan diletakkan di bawah hadapan pentas.

ada ucapan tribute, dan persembahan berselang seli.

ungkapan yang saya ingat dari seorang rakan karibnya, Brooke Shields,

"when he first appeared with the glove, i said, What's up with the glove?" hahaha. saya turut tertawa.

ada yang menangis, diselang gelak tawa, menangis lagi, ada yang tabik hormat pun ada.

saya rasa paling tersentuh juga bila anak michael jackson, Paris, yang berumur 9-11 tahun menangis sambil menyatakan di mikrofon betapa Michael ialah ayah yang paling hebat dan tidak terganti oleh sesiapa.




tapi, saya masih keliru bagaimana dia akan dikebumikan. dengan cara Islam atau tak.

ketika majlis berlansung, yang tribute dan menyanyi semua sebut nama jesus sahaja.

saya yang pada mulanya nak sedekahkan alfatihah, rasa serba salah.

terdapat sambungan selepas jam 4 am yang menunjukkan di mana mayat Michael dibawa untuk dikebumikan. tapi saya yang dah terlalu mengantuk, tertidur.

setelah terjaga, nampaknya media turut tidak mengetahui bila, dimana dan bagaimana Michael Jackson akan dikebumikan.

dia belum dikebumikan ketika post ini ditulis.

tolonglah hang tu Islam..

pahit..

dengar.. oh jeritan batinku..

memekik-mekik..

memanggil-manggil..

namamu selalu..

saya pun dah rasa karma..

tak seronok pun..

nampaknya, saya kena mintak maaf kepada seseorang.

Sunday, July 5, 2009

susah la macam ni..

apa yang sengal sangat ni..

dah tahu orang tak gemar, buat jugak..

saya baca Utusan Malaysia..

semuanya memburukkan pembangkang..

pembangkang buat salah tu.. pembangkang buat salah ni..

saya dah nak muntah sebab meluat..

memang meluat yang amat..

apa yang dia siarkan mengenai kerajaan?

kerajaan bagi sumbangan tu.. kerajaan bagi sumbangan ni..

hah.. menyampahnya..

bukak Harakah pula..

pun sama!!!

ah..


saya buka blog DS Najib, perdana menteri.

hahahaha..

tergelak sebentar.. orang lain buat blog, barulah dia pun nak jugak buat blog..

itupun entah dia, entah siapa yang tolong uruskan..

ah!!!

ah geramnya!!!

cerita berkenaan lawatan dia ke sabah, China, pasal 1Malaysia, pasal pertandingan tangkap gambar?!

isu rakyat mana?!

isu kebenaran dalam kepimpinan mana?

mana?!

susah la macam ni Dato'. memang tak terlawan blog orang lain.

segala post langsung tidak secara direct!

kerja biar ikhlas Dato'.

this is not going to help u win hearts, peoples, and, realistically, voters.

God helps us all.

Look deeper..

Saturday, July 4, 2009

sakit, sakit...

saya masih teringat lawatan ke parlimen suatu masa dahulu..

samar-samar..

tahun 2006 pada ingatan saya..

saya berumur 16 tahun..

berpakaian baju sekolah berwarna putih beserta tali leher, rombongan persatuan bahasa melayu masuk ke dalam dewan parlimen ketika ia sedang bersidang.

dengan bersemangat, di hadapan kami duduk sebilangan wakil rakyat, sebahagian daripadanya kerap muncul di media..

ketika itu sesi soal jawab agaknya.

kami pelajar sekolah menengah, detik terlihat muka-muka yang sering di media sudah cukup membuatkan kami tersenyum lebar. teruja.

sesi bermula dan kami pelajar sekolah yang berumur 13-16 tahun duduk di bahagian atas, agak tersembunyi namun boleh melihat hampir keseluruhan dewan.

seorang wakil rakyat berdiri. "TuanYangDiPertua, saya dari ***** (saya tak ingat) ingin mengajukan soalan kepada ******(juga tak ingat)"

ketika itu darah pendebat sedang mendidih dalam badan. rasa teruja mendengar soalan yang diajukan dari pembangkang kepada kerajaan.

fuh, lengkap soalan yang ditanyakan.

cukup faktanya, dan persoalan yang ditimbulkan bunyinya wajar.

pihak yang ditanya menjawab. menjawab juga dengan fakta. wah! ini sudah mantap.

tiba-tiba..

"woi duduklah *****!!"

eh, siapa pula yang menjerit tu?

"bangang! senyaplah!!"

apa yang terjadi ni? soalan tadi ada konspirasi tersendiri ke?

"duduklah wei!" "lembah beringin (contoh) duduklah!!"

kenapa wakil-wakil rakyat ni menjerit kepada satu sama lain?

sekali lagi terdengar "lembah beringin(contoh) bangang! duduklah wei!!"

hina-menghina, caci mencaci mula kedengaran dari kedua-dua belah pihak kerajaan dan pembangkang.

saya tanyakan kepada abang yang mengiringi lawatan kami sejak kami tiba.

selalu ke jadi macam ni bang?

"hui, ni baru sikit dik. selalunya lagi teruk"

perasaan saya yang begitu teruja di awal persidangan terus layu..

hilang rasa hormat..

sidang pengawas sekolah tanpa pengawasan cikgu lebih aman dan bertamadun.

3 tahun kemudian..

2 julai 2009. Tan Sri Pandikar Amin Mulia, speaker di Dewan Rakyat dilaporkan berkata.

'I hope our MPs will behave like the British'

terjemahan

" saya berharap agar wakil-wakil rakyat kita boleh berkelakuan seperti wakil rakyat Britain"

lawak sungguh..

masalah dah berzaman..

dipersilakan tuan-tuan dan puan-puan!

wakil-wakil rakyat kita!

pakar kamus carut!

look deeper..