Thursday, May 13, 2010

Aku Yang Patriotik

Beberapa hari lepas, pasukan Thomas Malaysia kalah dengan Jepun. Semalam, menang dengan Denmark.

Melompat saya semalam bila Hafiz main 'cool' je dan menang.

Selalunya prestasi dia tidak konsisten. Tapi semalam nampaknya dia main dengan baik. kita tunggu dan lihat apa yang terjadi bila menentang China nanti. Harapnya, Hafiz tak perlu bermain sebab 3 terawal dah menang.

Saya cukup menyampah dengan manusia yang bila Malaysia menang suka, bila Malaysia kalah kutuk macam kutuk ahli politik.

Nama saja orang Malaysia, sokong bila Malaysia menang saja.

Kalau dah sokong, sokong la betul-betul.

Apa hal kau kutuk lebih-lebih pulak. Manusia prinsip hidup macammana entah.

Ok, tak apa lah kalau kau marah. Boleh faham la kenapa kau kutuk.

Tapi yang memang kutuk sebelum match mula lagi apahal?

Macam golongan manusia yang sebelum Piala Thomas mula, sudah pun mula mengutuk.

Ni ayat-ayat yang saya biasa dengar.

"Alah, konpem kalah lagi, setakat Chong Wei je yang power, memang tak lepas la"

"Alah, Malaysia kot, menang apanya"

Lepas tu, bila Malaysia menang mereka jugak yang melompat suka.

Masa tu, memang la rasa nak bagi penyepak kat tulang rusuk.

OK. Sekarang saya memang tengah dikuasai emosi.

Bila sokong, kalah ke, menang ke, sokong.

Kalau dah kecewa, kutuk-kutuk jugak, jangan kutuk lebih2.

Tak pasal-pasal, saya yang emosi.

Patriotik la katakan.

orang tanya "kenapa kau semangat patriotik lebih-lebih ni?"

maka jawab saya "Ikut suka hati aku la nak patriotik. hati aku sensitif kot"

4 comments:

Dieha N said...

tu lah warganegara yagng sememangnya tak patut menetap di msia.....

Zamir Azfar said...

nice one kash!

kash berimbun said...

Dieha: Ish, jgnla mcm tu. jgn smpai halau. Libas kaki mereka suda.

Zamir: thanx sahabtku:)

Syukri Sapuan said...

saya sokong Malaysia di kala mereka menang dan kalah.

hidup Malaysiaku!



woha!