Arwah berumur 14 tahun.
Apa yang terjadi masih dalam pertanyaan.
Pihak polis keluarkan kenyataan, kereta yang dibawa arwah reverse dan cuba melanggar anggota polis yang melepaskan tembakan.
Hari ni, sahabat Aminulrasyid yang ada ditempat kejadian, Azamuddin, di dalam kereta bersebelahan Aminulrasyid menidakkan kenyataan itu.
Saya ada terbaca jugak yang kaki arwah Aminul pun dah terkena tembakan awal menyebabkan kakinya terus tertekan accelerator minyak.
Apa yang terjadi sebenarnya?
Kita masih belum tahu.
Pada pihak yang bencikan polis, jangan biarkan stigma dan prejudis menguasai diri dan mengutuk polis ikut suka hati je selagi belum ada apa-apa yang terbukti.
Pada pihak yang menyalahkan arwah pulak, ingatlah Arwah baru berumur 14 tahun dan kemungkinan arwah untuk cemas dan takut dalam situasi tersebut adalah besar.
Sabar dahulu.
Tapi apa yang pasti, ibu-bapa jagalah anak-anak elok2.
Dalam kes Allahyarham Aminulrasyid, ibunya sendiri tidak sedar yang Aminulrasyid keluar dari rumah malam itu dan menggunakan keretanya.
Jangan biarkan perkara-perkara sebegini terjadi lagi.
Terutama pada ibu-bapa yang ikut suka hati nak bagi anak-anak, terutama remaja, keluar sampai tengah malam. Ambil tahu apa yang mereka buat.
Saya baru berumur 20 tahun dan tahu yang anak-anak bukan malaikat. kami boleh buat benda mengarut dibelakang ibu-bapa.
Al-Fatihah buat Allahyarham Aminulrasyid.
Takziah buat keluarganya.
1 comment:
Al-Fatihah untuk beliau.
Post a Comment