Tuesday, May 11, 2010

Sedih Hati Ku Mana la Orang Nak Tahu

Perasaan yang tidak senang bila kita sedang tidur nyenyak, tiba-tiba diganggu suara yang kuat yang tidak faham akan kemahuan kita yang hendak tidur.

Tapi terpaksalah bersabar lebih-lebih lagi jika orang yang bersuara itu adalah empunya bilik tempat anda tidur.

Saya tidur jam 4.00 pagi. Bangun 6.30 menunaikan kewajipan. jam 6.55 ketika rasa ingin lelap semula, sahabat saya Mr.Bil yang baru pulang dari surau bersuara dan agaknya perasaannya gembira.

Sambil menyanyi sedikit dan bicara sorang diri, Mr. Bil buat saya tidak boleh tidur. Dia sedang bersiap-siap. Ya, saya tidur di biliknya ketika itu.

Perasaan sabar saya kuat walau hati ini amat terganggu sebab nak sangat tidur. Seketika kemudian, dia beransur pergi, nak bersarapan katanya.

Saya terus terlelap. Terjaga semula jam 7.45 pagi. Saya teringat yang saya ada kelas jam 8.15 pagi.

Bangun dari katil Mr.Bil, saya pulang ke bilik sendiri untuk bersiap. Jam 8.10, saya bersedia untuk ke kelas. Biasalah, lelaki bersiap sekejap saja. Baju pun dah seterika semalam. Nasib baik.

Habis kelas jam 9.45 pagi. Jam 10.15 saya pulang ke bilik untuk sambung tidur. Mengantuk yang teramat sangat hinggakan terasa seperti saya seperti terbang ke bilik, dan bukannya berjalan.

Saya ke bilik Mr.Bil kerana katilnya empuk dan lebih selesa dari katil sendiri yang tidak bercadar ketika ini.

Mr.Bil sedang tidur di atas katilnya. Maka saya hamparkan sejadah di tepi katil dan tidur dengan harapan boleh terjaga jam 11.15 pagi.

Jam 10.50 pagi, sekali lagi terjaga sebab suara.

Ada orang masuk ke bilik Mr.Bil nak jumpa dengan beliau. Mr. A. Mereka mula berborak..

Saya tidak boleh tidur kerana sudah terjaga dan suasana yang tidak sesuai.

Saya bangun dari perbaringan, saya sambung belajar History.

3 comments:

Syukri Sapuan said...

kasihan.

Anonymous said...

Eh, apa la kau. Penat aku baca panjang2 sampai bawah =_="

kash berimbun said...

Syuk: kan, kesian kan..

Anon: Sorila buat kau penat. tak sengaja.