Dengar kata Malaysia nak bankrap tahun 2019?
Alamak. jangan la bankrap masa tu, umur baru 29 kot masa tu.
Baru nak bina keluarga bahagia apa semua.
Elok-elok dah bankrap.
Macamana nak pergi cuti dengan isteri kat Tioman ni? Pangkor laut ke?
Babai keluarga bahagia..
Disini ada beberapa nasihat untuk persediaan ketika itu.
1. Simpan duit mulai sekarang dalam akaun bank dalam negara atau luar.
2. Mula buat insuran bagi yang takde lagi. Kalau kena kemalangan ke, sawan babi ke, at least ada insuran.
3. Jangan kahwin lagi masa tu. Kalau yang dah kahwin, lari dari rumah atau buat-buat dah meninggal sampai isu bankrap dah habis. Penceraian adalah tidak digalakkan.
4. Untuk yang ada anak, jangan layan permintaan anak untuk mainan baru dan sebagainya.
5. Mula belajar silibus UPSR, PMR atau SPM sebagai persediaan untuk mengajar anak di rumah dengan tujuan mengelak yuran sekolah dan bayaran beg sekolah dan alat tulis.
6. Mula biasakan diri dengan diet sehari sekeping roti dan sebagainya sebagai latihan berlapar kelak ataupun mula puasa sunat. Sekurang-kurangnya dapat pahala.
7. Mula belajar menembak dengan tujuan mendapatkan lesen untuk senjata api. Ini bagi persediaan menentang perompak yang nak merompak rumah anda atas dasar tiada duit.
8. Belajar naik kenderaan awam mulai sekarang agar dapat biasakan diri dengan sesak bas dan tren dan juga dapat mengkaji bajet pengangkutan dengan lebih luas. Jangan jual kereta anda supaya senang kalau anda tiba-tiba berniat nak berhijrah ke Thailand dan sebagainya.
Dan banyak lagi nasihat-nasihat lain yang jelas berfaedah namun tidak dapat dimuatkan disini kerana penat menulis.
Selamat Mencuba!!
*Disclaimer: segala kesan akibat mengikut nasihat-nasihat diatas ,baik atau buruk, tidak akan ditanggung oleh pihak blog ini.
1 comment:
ok.aku cuba, aku nak kahwin umur 25.woha!
Post a Comment