Saturday, August 28, 2010

Untuk mereka yang suka bergaduh dan bosan

Kebanyakan manusia dengan hasrat yang sama.

Siapa la yang tidak mahu..

aman

damai

gembira

adil

kaya

Dengan hasrat yang sama, tinggal lah kita untuk tentukan cara untuk capai hasrat.

Masalahnya bukan pada matlamat, pada cara.

Maka ramailah punya pelbagai idea.

Pelbagai-bagai idea..

Ada yang tidak setuju, maka bercanggah pendapat.

Ada satu golongan yang tidak kisah bemtuk cara..

Sehinggakan cara itu memberi kesan tidak baik pada orang lain.

Kemudian ada satu golongan lagi..

Berkait rapat dengan golongan pertama..

Yang inginkan hasrat yang sama..

Tapi tidak kisahkan orang lain..

Hanya dia yang mencapai hasrat..

Tidak kisahkan sama ada cara baik atau tidak.

Orang itu kita panggil orang yang berkepentingan sendiri..

Kita masyarakat bersetuju menganggap mereka sebagai mereka yang harus ditentang.

Golongan seterusnya, mereka yang tidak tahu.

Mereka yang tidak tahu, percaya.

Tidak tahu cara yang baik, mereka ikut mana orang yan g mereka rasa bagus.

Mereka percaya.

Ada lagi golongan-golongan lain.

Sila kategorikan sendiri..

Tapi, masalah yang timbul,

Bila mereka-mereka ini bergaduh..

Daan terus bergaduh..

Bosan.

Sila terjemah

Monday, August 23, 2010

Tika Bosan

MPH Alamanda taknak bagi saya kerja sebab saya nak buat part time sahaja.


Dia kata, kalau nak part-time jugak, kena kerja waktu raya..

Sah-sah saya yang old school ni tak nak.


Keluarga diutamakan.


Duit pun diutamakan.


Makanan pun diutamakan.


Tidak mengapa.


Saya cari kerja kat Parkson sudah.


Abang Loceng..

Abang Loceng.. Di tengah Jalan

Cari Muatan untuk Mencari Makan..

Lalalalalala

Wednesday, August 18, 2010

Tak lepas Ke UK

ARGHHHHHHH!!!! GUA TAK LEPAS NAK PEGI UK!!!!!!

adoi. result exam keluar, tengok2 gua tak lepas requirement nak fly ke universiti di UK toh.

Sabar je la. tapi selepas beberapa hari, saya memberanikan diri jua untuk move on.

Tak apa. gagal sekarang bukan bererti gagal selamanya.

Kepala otak aok. Cakap senang.

Susah nak berhadapan dengan dunia ni.

Kali terakhir saya rasa sedih macam ni bila kena serangan Epilepsi (sawan khinzir) waktu 2 tahun lepas.

Menangis2 awak..

Sekarang dah biasa dah.

Nasib baik sekarang ni lagi penyabar. Doakan saya.

Doakan apa?

Untuk jadi orang kaya.

so apa nak buat sekarang?

Relaks suda?

menunggu hari2 yang indah?

Makan dengan banyak ketika berbuka puasa?

online di internet sambil mengharap ada yang memberi simpati di facebook?

Oh tidak..

Kita usaha. Perjuangan belum selesai.

Terima kasih Mr.Adhari.

Saya hormat awak.

Kepada yang mengenali, jangan segan2 untuk memberi simpati.

Kutukan?

Biasalah tu.

Siapa yang tak pernah mengumpat.

Saya halalkan sahaja.

Jangan risau.

Gagal sekali bukan bererti gagal selamanya.

Bosan..

winyu2

Monday, August 9, 2010

2 bulan = Kakak dan Abang Ipar Baru

saya dah dapat seorang abang ipar.

Dalam masa 2 bulan lalu, saya dapat seorang abang ipar, dan seorang kakak ipar.

Kak Afikah, Abg Jamal.

Welcome to the Family.

paling latest, Abg Jamal, Jumaat 6 Ogos lepas.

In this family, we look out for each other..

Financially..

Huwahahahahaha!!!

Joke la.

Keluarga saya dah berkembang pesat.

Dengan terjalinnya hubungan dengan dua orang ipar, keluarga kami dah berkait dengan dua lagi keluarga nukleus lain.

Alhamdulillah.

hanya satu benda yang saya tak minat pasal keluarga baru.

The awkwardness yang mengelilingi kami bila mula2 nak berkenalan.

Tapi lepas dah kenal tu jadi biasa semula.

Baiklah, untuk memudahkan pengenalan, jangan terkejut jika saya selepas ini nampak malas dan suka tidur dan makan semata.

Itu suatu yang perlu dijangka.

Saya mahu jadi seorang pakcik!!!!!!!

Cepat la salah satu pasangan beranak!!!!

Gua mahu anak saudara!!!

Wednesday, August 4, 2010

celaka lu kak

ERL..

Salah satu cara pengangkutan awam darat yang boleh tahan laju..

Masanya tetap. memudahkan penumpang merancang perjalanan.

Biasanya saya naik kalau nak pergi KL. Kalau duit banyak la.

Saya ni duduk Putrajaya.

Nak Pegi Kl sentral dah rm9.50.

Tapi boleh sampai sana dalam masa 20 minit. fix.

sumpah tak tipu.

Kira laju la tu untuk Malaysia.

Biasanya kalau naik kereta atau bas, paling2 tak kurang 30 minit.

Itu tak kira beratur bayar tol lagi, dengan traffic jam lagi.

Lain la kalau kau boleh bawak kereta laju siap dengan drift macam dalam Evolusi KL Drift.

Yang pasti pengajaran cerita tu, kalau nak buat drift, lebih-lebih lagi di waktu malam, kat jalan Putrajaya yang luas je. Mudah dan selamat. Termasuk kepada mana-mana pelumba kereta haram.

Alkisah..

beberapa hari lepas, saya perlu ke Kuala Lumpur.

Masa yang ditunjukkan di papan maklumat digital hanya 1 Minit sebelum tren ERL ke Kuala Lumpur yang seterusnya berlepas.

Bergegas saya ke kaunter tiket. Kalau terlepas yang ni, kena la tunggu lagi setengah jam.

Sampai di kaunter tiket. Ada dua kak comey yang bertugas nampaknya.

kakak A sedang berurusan dengan seorang pelanggan. kakak B nampaknya melihat ke arah saya. mungkin dia sudah dapat mengagak niat saya ingin membeli tiket.

Masa yang ditunjukkan masih 1 minit.

Bergegas saya kepada kakak yang memandang itu.

Sampai di kaunter, baru saya perasan. Kakak B yang memandang tadi sedang memegang gagang telefon sambil berborak dengan mesra dengan orang di hujung talian.

kakak A di sebelah masih belum habis berurusan dengan pelanggan.

1 minit

Saya pandang akak B itu dengan muka yang cemas.

Akak itu tersenyum sambil terus berborak.. hati saya kecewa dan marah, Tuhan sahaja yang tahu..

Kakak A di sebelah sudah habis berurusan dengan pelanggan. saya ke arahnya membeli tiket dengan rasa tidak puas hati pada akak bertelefon itu.

sedang saya menghulur duit bayaran tiket, akak bertelefon berkata pada orang di hujung talian

"weh, call lepas ni, ada pelanggan"

Seorang lelaki berbangsa Inggeris datang ingin membeli tiket. kakak bertelefon meletakkan telefon dan bertanya..

"may I help u sir?"

"Yes, one ticket to KL Central please"

"Certainly sir"

Akak B itu menjawab.

sambil dengan pantas mengurus tiket untuk pelanggan Inggeris itu.

0 minit

"Dik, tiket ni"

Saya tersentak. Kakak A sudah pun menghulur tiket pada saya.

Saya bergegas melepasi barrier.

Sampai dibawah, tren sudah pun tiba dengan pintu sudah pun mula untuk tutup.

Saya masuk, diikuti lelaki Inggeris yang tangannya hampir tersepit..

Celaka lu kak.

Aku ni bukan pelanggan?!!!

Tak profesional langsung!!!!

Sakit hati aku!!

.....

Saya ingin ke Muslim Overseas Camp sebenarnya pada waktu itu.

Di Shah Alam.. Naek Ktm di Kl central..

Sabar.. fuh... Sabar..