Wednesday, August 4, 2010

celaka lu kak

ERL..

Salah satu cara pengangkutan awam darat yang boleh tahan laju..

Masanya tetap. memudahkan penumpang merancang perjalanan.

Biasanya saya naik kalau nak pergi KL. Kalau duit banyak la.

Saya ni duduk Putrajaya.

Nak Pegi Kl sentral dah rm9.50.

Tapi boleh sampai sana dalam masa 20 minit. fix.

sumpah tak tipu.

Kira laju la tu untuk Malaysia.

Biasanya kalau naik kereta atau bas, paling2 tak kurang 30 minit.

Itu tak kira beratur bayar tol lagi, dengan traffic jam lagi.

Lain la kalau kau boleh bawak kereta laju siap dengan drift macam dalam Evolusi KL Drift.

Yang pasti pengajaran cerita tu, kalau nak buat drift, lebih-lebih lagi di waktu malam, kat jalan Putrajaya yang luas je. Mudah dan selamat. Termasuk kepada mana-mana pelumba kereta haram.

Alkisah..

beberapa hari lepas, saya perlu ke Kuala Lumpur.

Masa yang ditunjukkan di papan maklumat digital hanya 1 Minit sebelum tren ERL ke Kuala Lumpur yang seterusnya berlepas.

Bergegas saya ke kaunter tiket. Kalau terlepas yang ni, kena la tunggu lagi setengah jam.

Sampai di kaunter tiket. Ada dua kak comey yang bertugas nampaknya.

kakak A sedang berurusan dengan seorang pelanggan. kakak B nampaknya melihat ke arah saya. mungkin dia sudah dapat mengagak niat saya ingin membeli tiket.

Masa yang ditunjukkan masih 1 minit.

Bergegas saya kepada kakak yang memandang itu.

Sampai di kaunter, baru saya perasan. Kakak B yang memandang tadi sedang memegang gagang telefon sambil berborak dengan mesra dengan orang di hujung talian.

kakak A di sebelah masih belum habis berurusan dengan pelanggan.

1 minit

Saya pandang akak B itu dengan muka yang cemas.

Akak itu tersenyum sambil terus berborak.. hati saya kecewa dan marah, Tuhan sahaja yang tahu..

Kakak A di sebelah sudah habis berurusan dengan pelanggan. saya ke arahnya membeli tiket dengan rasa tidak puas hati pada akak bertelefon itu.

sedang saya menghulur duit bayaran tiket, akak bertelefon berkata pada orang di hujung talian

"weh, call lepas ni, ada pelanggan"

Seorang lelaki berbangsa Inggeris datang ingin membeli tiket. kakak bertelefon meletakkan telefon dan bertanya..

"may I help u sir?"

"Yes, one ticket to KL Central please"

"Certainly sir"

Akak B itu menjawab.

sambil dengan pantas mengurus tiket untuk pelanggan Inggeris itu.

0 minit

"Dik, tiket ni"

Saya tersentak. Kakak A sudah pun menghulur tiket pada saya.

Saya bergegas melepasi barrier.

Sampai dibawah, tren sudah pun tiba dengan pintu sudah pun mula untuk tutup.

Saya masuk, diikuti lelaki Inggeris yang tangannya hampir tersepit..

Celaka lu kak.

Aku ni bukan pelanggan?!!!

Tak profesional langsung!!!!

Sakit hati aku!!

.....

Saya ingin ke Muslim Overseas Camp sebenarnya pada waktu itu.

Di Shah Alam.. Naek Ktm di Kl central..

Sabar.. fuh... Sabar..

3 comments:

Anonymous said...

sakit nye hati. kalau kakngah, sound je pompuan tu.. haish..

kakngah mu yg comel zatil hanan

Anonymous said...

wehh kash, ERL bukan ada button nak bukak pintu ke? ni dah lambat gila la ni?

kash berimbun said...

angah: comel? haha. nak sound pun dah tak sempat ngah.

Amy: mmg da lambat sgt dah.. yang tak tahu pasal button tu org utih tu..