Tuesday, May 10, 2011

Geli Lelaki: Susah nak mengaku jiwang

saya menulis hanya bila ada idea saja.

Kalau dirasakan tak ada idea, dan penulisan artikel dalam blog hanya sampai sekerat jalan sahaja, saya tak tulis.

Kebelakangan ni, idea makin kurang.

tak tahulah sebab peperiksaan yang baru lepas ni buat saya makin bengap ke, itu masih lagi rahsia alam.

Saya tak suka memaksa diri untuk menulis.

Bila rasa best saja, baru saya tulis.

Masalahnya, kalau dah sebulan rasa tidak best, macamana nak menulis?

Maka terbiarlah blog ini.

Blog ni ibarat surat cinta saya.

Kalau tak sepenuh hati, macamana nak hantar?

Romantik.

Memang romantik.

Diri sendiri pun geli dengar. tapi itulah hakikatnya.

Ibarat cerita cinta dimana saya berlari bebas di tepi pantai sambil melayangkan selendang putih.. (scene god of cookery)

Begitulah bebasnya saya,

Geli lagi.

Lelaki memang tak suka tunjuk mereka jiwang.

Geli katanya.

Tapi depan awek lelaki jiwang jugak.

Jadi, hanya awek, atau bekas awek sahajalah yang berpeluang melihat mereka jiwang pada tahap maksimum.

Geli saya pada diri sendiri berkenaan penulisan malam ini.

Geli.

...............

Turun bawah, blender epal hijau sebiji buat jus.

Tengok cerita The Mask.

Hilang geli.

7 comments:

Dai said...

takdela la jiwang tu. aish.

Anonymous said...

mane dpt cite the mask? download ke astro? nak tgkkkkk.
-angah-

kash berimbun said...

angah- astro sajo yer ngah. mahu tonton, balik umah!

kash berimbun said...

dai: not following dai. aku x faham komen ko. hehe

Anonymous said...

dah download cite the mask. less than 1 hour. kah kah kah.
-angah-

kash berimbun said...

angah: orang angkuh akan mendapat balasan. plus, sila bawa ke rumah nnti yer. mahu. haha

Anonymous said...

oppss terlambat bace msg. lepas tgk kakngah terus delete cite tu daaaa..