Monday, May 16, 2011

Perubahan: Saya dan Adik2

Ketika saya berumur 11 tahun, saya dilarang langsung menggunakan komputer kerana ketika itu kalau budak2 umur 11 tahun buka komputer, memang tiada benda lain, main game.

Kini, adik saya yang berumur 11 tahun dibenarkan menggunakan komputer ketika hari minggu dan pada waktu2 tertentu pada hari biasa untuk mggunakan facebook dan bermain game.

perubahan.

Ketika saya berumur 14 tahun, saya di sekolah berasrama. Akses kepada komputer memang amat, amat susah pada hari-hari tertentu atau tiada langsung. Maka kerjanya melepak2 dengan kawan, atau bukak buku pada waktu prep.

Kini, adik saya yang berumur 14 tahun seronok dengan akses pada waktu tertentu pada hari biasa dan akses mudah pada hari minggu untuk melayari you tube, blogger, facebook, etc2. Melepak dengan kawannya secara maya. Buku entah ke mana. Duduklah di kerusi seberapa lama sehingga ibu menegur suruh bangun.

perubahan lagi.

Ketika di sekolah berasrama, waktu belajarnya di atas meja dan kerusi diselang seli dengan perbualan kosong dengan rakan2.

Kini, waktu belajar adik2 di internet sambil meyari laman web pendidikan dan diselang seli dengan laman facebook dan chatting.

lagi-lagi perubahan

Ketika di sekolah menengah, merayu2 minta mama abah belikan telefon bimbit.

Kini, mama abah belikan terus sebagai cenderamata. katanya keperluan hidup. Merayu hanya untuk tambah nilai.

perubahan demi perubahan

Ketika di bangku sekolah, tidurnya memang pada jam 11-12 kalau di rumah.

Kini, adik2 berbaring melayari internet menggunakan i-pad abah sehingga tidur jam 1-2 pagi. sebaik aku masuk bilik nak periksa, buat-buat tidur. bagus2. aku ambik i-pad aku sorok.

perubahan, perubahan, perubahan.

Saya dah besar. Saya memerintah di rumah bila tiada mama abah.

hahahaa

Perubahan.

5 comments:

Hfz A. said...

dem.sedap je aku baca entri ni.dem!

kash berimbun said...

Mochi: susah2 ko je mochi. ni yg aku syg ko lbey ni.

Dai said...

part last aku suka gila dowh! =)

kash berimbun said...

dai: thanx dai :)

Anonymous said...

malam tadi time kakngah masuk bilik tgk alya dgn anis tgh gune ipad abah. kakngah rampas dan simpan dalam bilik abah. tugas kamu: pastikan sorok lagi sekali kat tempat yang abah pun tak bleh jumpe. heheeh.