Saturday, August 13, 2011

Alkisah lelaki dangkal fikiran

Ada seorang lelaki..

Fikirannya kadang cetek, kadang terlalu dalam.

Di masa dia cetek fikirannya, lidahnya mengambil alih tugas.

Mengaburi akal mereka di sekeliling dengan kata-kata yang kononnya bijaksana.

Mereka yang di sekeliling pula ada masa percaya, ada masa akal mereka bijak mentafsir.

Sehingga suatu masa, lidahnya tidak berhenti berkata-kata.

Lidahnya terluah kata-kata, yang kononnya bijaksana pada rupa, namun amat bodoh pada sifatnya.

Maka lelaki itu terlupa akan fikirannya yang cetek tatkala dia sendiri terpedaya dengan lidahnya sendiri yang bercbang dua, tiga.

Dia percaya ketika itu dirinya yang paling bijaksana. Walhal sifat lidahnya sendiri yang berfungsi ketika itu hanyalah untuk mengabur akal dan telinga.

Lelaki itu terpedaya oleh diri sendiri.

Maka hilanglah lelaki itu suatu harta, yang pada fikirannya yang paling dalam, nilainya amat berharga.

Ketika lelaki itu sedar, sudahlah terlambat.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Harta yang cukup bernilai itu hilang, berlalu begitu sahaja..

Sesal lelaki yang dangkal fikiran itu tidak berkesudahan.

Lidahnya kini kelu..

Lelaki dangkal fikiran terus membisu..

No comments: