Tuesday, July 31, 2012

inspirasi

saya bosan malam ini.

saya sms teman wanita.

kredit tiada.

saya minta dia ke laman muka buku.

kami berbual di situ.

ada teks yang muncul cepat

ada teks yang muncul lambat.

hubungan yang tertakluk di bawah kuasa talian komunikasi moden.

beginilah cara untuk teruskan hubungan.

di dunia kapitalis.

satu hubungan disandar pada ketamakan manusia.

tidak mengapa.

lupakan sebentar buruk sisi manusia.

lihat kepada yang indah.

saya punya wanita istimewa.

dia layan karenah saya.

walau kadangkala meroyan bagai nak gila.

gurau.

jangan marah cinta.

terlalu banyak sisi indah pada diri dia.

blog ini akan jadi blog cinta jika mula bercerita.

saya sayangkan dia.

itu sahaja.


Friday, July 27, 2012

Aku, Abang Dan Public Prosecutor

"kalau kau nak jadi PP ni, kena kuat. Aku tak rasa kau boleh tahan," ujar Abang. Matanya fokus ke hadapan melihat jalan sambil pandu kereta.

Aku pandang Abang.

"Kenapa pulak bang?" Aku bertanya.

"PP ni banyak godaannya. Orang bagi duit, perempuan," jawab Abang. Tangan kanannya memegang puntung rokok yang sudah separuh disedut.

"Maksud Abang?" Aku bertanya buat-buat tidak faham.

"Yelah, kau yang decide nak press charges ke tidak, nak siasat ke tidak. Orang datang dekat kau la nanti," Abang sambung bicara.

Malam ini hanya ada beberapa motor dan kereta di atas jalan raya. Bulan Ramadhan. Selesai berbuka, perut kenyang. Rehat di rumah. Tidak banyak yang ada hati ingin berjimba tengah malam.

" Kita ada pilihan untuk tolak pemberian macam tu," Aku cuba memberikan pendapat sendiri. Usai berkata, Aku berasa dirinya naif.

" Masalahnya yang bagi macam-macam ni bukan orang biasa. Yang ada kuasa, yang ada pengaruh, cable perform. Kau tolak, dia call orang atas, kau kena la transfer entah ulu mana. Sanggup?" Abang bertanya berbunyi retorik.

Aku diam berfikir. Dalam pemikiran Aku, dia berasa dia boleh melaksanakan keadilan. Namun fikir logiknya menyedari realiti kehidupan tidak semudah yang biasa manusia sangka.

"Orang bagi kau 50ribu untuk tak press charge, kau sanggup nak tolak? Bagi perempuan hot depan mata hantar kat rumah, cukup kuat ke kau? Bukan sekali dua offer. Selalu," Abang seolah-olah dapat membaca fikiran Aku.

Kereta merah Abang berhenti di depan kedai makan. Malam ramadhan ini, Abang dan Aku ingin minum-minum.

logo merdeka

Saya ni tak pernah ambil pusing sangat logo2 merdeka ni.

Tapi baru-baru ni ramai pulak yang tidak berpuas hati.

ramai rupanya yang kisah berkenaan logo kemerdekaan ni.

Selama ni ingatkan semua macam dah bersetuju yang logo2 ni tak pernah menarik pun.

Skema memanjang.

Yang saya gembira merdeka ni setiap tahun adalah bersyukur negara saya masih merdeka.

Itu saja.

Ramai rupanya yang deep.

Thursday, July 12, 2012

Tanah milik kita

Sekurang-kurangnya saya masih ada negara..

A place where i call home.

If the world is your home, jadi kenapa kita tidak pacak sahaja khemah di mana-mana taman atau tempat awam dan tidur disitu?


Sunday, July 8, 2012

Jangan lari

Mahu lari dari dunia.

Tapi dunia terlalu besar.

Setapak kaki saya melangkah, lebih kecil dari zarah jarak yang diliputi.

Ini larian yang tidak akan berakhir.

Saya masih tidak dapat melawan hukum graviti.

Menarik kaki ke tanah, sehingga mati, ke tanah jua.

Dunia tidak akan melepaskan kita.

Ia bertindak atas arahan.

Ia tiada kuasa melainkan yang diizinkan Tuhan.

Ini larian yang tidak akan terhenti.

Bukan hak kita kita untuk berhenti.

Walau kadang-kadang kita cuba dan mencuba.

Maka berhenti dan duduk seketika.

Fikirkan lumrah dunia.

Klise bila dilihat dari mata burung.

Namun dari mata manusia, setiap yang dilalui berbeza bagi setiap insan.

Berhenti sejenak dan berfikir.

Betapa banyak potensi tidak dapat dipenuhi jika kita lari.

Sunday, July 1, 2012

Itali Mendebar Hati Saya.

Saya ni memang tak pakar sangat bola sepak ni.

Tapi sekali dua tengok nampak macam Italy main lagi sedap daripada Sepanyol.

Jadi, sokong Italy la malam ni. Sokong dalam tidur.

Besok pagi ada periksa la pulak,

Malang nasib ni.