saya sms teman wanita.
kredit tiada.
saya minta dia ke laman muka buku.
kami berbual di situ.
ada teks yang muncul cepat
ada teks yang muncul lambat.
hubungan yang tertakluk di bawah kuasa talian komunikasi moden.
beginilah cara untuk teruskan hubungan.
di dunia kapitalis.
satu hubungan disandar pada ketamakan manusia.
tidak mengapa.
lupakan sebentar buruk sisi manusia.
lihat kepada yang indah.
saya punya wanita istimewa.
dia layan karenah saya.
walau kadangkala meroyan bagai nak gila.
gurau.
jangan marah cinta.
terlalu banyak sisi indah pada diri dia.
blog ini akan jadi blog cinta jika mula bercerita.
saya sayangkan dia.
itu sahaja.
No comments:
Post a Comment