apa yang saya paling malas bila bekerja dalam kumpulan, mendapatkan kerjasama. paling susah, jika masing2 hanya kisahkan diri sendiri. beberapa kali, ada meeting. meeting dalam erti kata lain, perbincangan melibatkan ahli atau jawatankuasa yang mana keputusannya pasti melibatkan ahli organisasi. seperti, bayaran untuk beberapa event, bagaimana memudahkan kerja ahli, apakah aktiviti2 yang perlu. namun, sesetengah pihak, memang tidak mengerti. mereka hidup dalam dunia mereka sendiri. mereka tidak hadir.
beberapa alasan standard yang mudah difahami, 'aku nak study', 'aku nak siapkan kerja'. baiklah, urusan kita di kolej adalah untuk berjaya dalam pelajaran. tidak ada masalah. luangkanlah selama 60 minit sahaja untuk perbincangan yang akhirnya, it will still concerns u. anda sudah belajar selama hampir 24 jam.. bagaimana hanya 60 minit diluangkan untuk memastikan kehidupan dikalangan kita lebih selesa?
tetapi, terdapat satu lagi golongan alasan, yang mencapai levelnya yang tersendiri seperti berikut, 'aku lapar doe (doe, dipronounce sebagai 'dow'), nanti la', 'aku penat la, banyak kerja kot', 'aku mengantok la, lain kali boleh?' alasan2 ini bekisar mengenai keperluan seharian masing2. kita hidup dalam masyarakat. jika kita sakit, patah kaki, demam teruk, keracunan makanan, sakit kepala sebab study, siapa lagi yang kita mintak tolong kalau bukan kawan2. sedangkan kawan2 lain turut merajinkan kaki menghadiri apa2 meeting, mengapa tidak kita. barulah orang nak tolong pun, ringan hati. mudah bukan?
kita tidak akan faham, sehinggalah kita merasa satu-satu kesusahan. di suatu masa, pasti kita akan memerlukan orang lain. kesakitannya akan terasa apabila kita tidak mendapat bantuan atau kerjasama.
saya ni bukanlah apa. cuma sedih sebab kadang2 kawan sendiri pun taknak tolong. teringat kejadian pada hari yang lalu. saya meminta pertolongan seorang kawan untuk membantu menguruskan acara dalam sebuah majlis. setelah dipujuk-dipujuk, dia akhirnya berkata ' respect la sikit keputusan aku. aku tak nak selagi mana tidak ada orang lain yang join'. agaknya benar kata-kata beliau untuk menghormati keputusannya. selaku kawan, saya tidak boleh berbuat apa. saya tertarik untuk berfikir lebih lanjut.
'orang lain tak join ke?' kalau difikirkan semula, setiap kali kita minta orang tolong, ada orang tanya soalan ni. kalau dah semua orang tanya soalan ni, siapa yang nak tolong dahulu? pening kepala saya. tapi, saya sudah terlanjur untuk melupakan tabiat kita selaku manusia. kita tidak sama. masing- masing ada pendapat yang berbeza dan masing-masing ada pendirian mereka, kepentingan mereka sendiri yang harus dijaga.
namun, tidak salah rasanya bukan, jika kita merajinkan tangan seketika untuk membantu orang lain?
1 comment:
menarik sekali topik yg dibincangkan ni. aq rasa ia berlaku di mana2 sja di dunia ini.
bila ko citer kisah ni, aq teringat kt salah satu aktiviti kt induction week kita. aktiviti 'support & trust'. intipati aktiviti tu adalah kita hendaklah membantu & menyokong rakan2 kita yg lain, pasal kita kt dunia ni mmg xleh hidup sorang2
tp sejauh manakah intipati di sebalik aktiviti tu yg kita mampu ambil pengajaran & adaptasi dalam kehidupan.
adakah aktiviti support & trust tu ( aktiviti menolak-nolak bdn rakan) hanyalah aktiviti yg hanya dipenuhi keseronokan & hilai tawa semata-mata? selepas hbs, tiada apa yg kita dapat.
erti hidup pada memberi, bak kata saiful islam
tapi sejauh mana kita mampu untuk memberi, tanpa pernah mengharap untuk mendapat balasan yg indah2?.
Di mana letaknya keikhlasan manusia?
ah, keikhlasan itu umpama semut hitam yg berjalan di atas batu hitam di waktu malam yg kelam. ia ada tetapi ia amat sukar utk dilihat.
'sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada orang lain' (Al-Hadith)
eh, panjang gk aq tulis ni. ko x kisah kn kash?
~sekadar menulis apa yg terlintas di fikiran.
Post a Comment